CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6657|Reply: 5

[Tempatan] Netizen X Lebih Cerdik lebih berpendidikan tinggi Berbanding Netizen TikTok Dan Facebook.Anda tak setuju?

[Copy link]
Post time 2-10-2024 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sebuah kajian baru-baru ini dari Reuters Institute telah mendedahkan sesuatu yang menarik tentang perbezaan tahap pendidikan dan cerdik pandai netizen di media sosial X (dahulunya Twitter) dan TikTok.



Kajian yang melibatkan lebih daripada 93,000 responden dari 48 negara termasuk Malaysia ini mendapati bahawa pengguna media sosial X lebih berpendidikan tinggi berbanding pengguna TikTok.

Malah, pengguna X juga dianggap lebih ‘cerdik’ berbanding netizen di media sosial lain.

Menurut kajian tersebut, 49% daripada netizen X mempunyai latar belakang pendidikan tinggi, menjadikan media sosial tersebut sebagai antara yang ‘terpaling berpendidikan’.

Youtube pula berada di tangga kedua dengan 39% penggunannya adalah mereka yang mempunyai ijazah pendidikan tinggi.

Bagaimanapun netizen di media sosial TikTok dan Facebook berada di senarai paling bawah dengan hanya 37% pengguna yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi.

Ini mungkin mengejutkan bagi sesetengah pihak, terutamanya kerana populariti TikTok yang semakin meningkat dalam kalangan golongan muda.

Kajian ini juga menyentuh tentang perbezaan demografi pengguna antara platform.

TikTok sering dikaitkan dengan kandungan ringan seperti hiburan, tarian, dan trend viral, yang menarik ramai pengguna muda.

Sebaliknya, X lebih dikenali sebagai platform untuk perbincangan isu semasa, politik, dan berita, yang sering memerlukan pengguna yang lebih berpengetahuan.


Namun persoalan utama kajian ini adakah pengguna X betul-betul lebih ‘pintar’, atau adakah platform ini lebih menarik minat individu yang cenderung kepada perbincangan intelektual?

YouTube yang berada di tangga kedua pula menawarkan pelbagai jenis kandungan, dari hiburan ringan hingga kemahiran pendidikan dan dokumentari yang lebih mendalam.

Sebaliknya, Facebook dan TikTok berada di bahagian bawah, yang mungkin disebabkan oleh pendekatan kedua-dua platform yang lebih mesra hiburan dan interaksi sosial yang lebih santai.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 10:37 PM | Show all posts
tak jugak. kalau bbnu ramai yang acah2 cerdik walhal biasa je. Tipikal bbnu la nak jadi terpaling dalam segala hal. pastu sikit2 spill la sis spill la sis..so ewww
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Adeke netizen yg cerdik ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dkt twitter / X plg ramai kaki sembang & hasanah
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau deme nipu taraf pendidikan deme sekalipun, bknnya ada sesiapa yg tau
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 11:03 PM | Show all posts
tak setuju! acik por lebih cerdik lebih berpendidikan tinggi berbanding netizen x, tt n fb
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.033649 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list