View: 12167|Reply: 92
|
[Tempatan]
Lima produk kosmetik dikesan mengandungi racun - KKM
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan produk berkenaan ialah Karisma Aqua Birds Nest yang mengandungi racun hidrokuinon manakala Skin Revolution - PAP - Blemish Control Serum dan Skin Revolution -PAP- Blemish Fade Cream masing-masing mengandungi clindamycin dan metronidazole.
Turut disenarai ialah Ufora Daily Treatment 10g yang mengandungi racun betamethasone 17-valerate, sementara Dnars Gold Debalen Cream (Night) dikesan mengandungi racun hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17-valerate.
"Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik itu dengan serta-merta.
"Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," menurut kenyataan itu.
Menurut KKM, produk yang mengandungi hidrokuinon, clindamycin, metronidazole, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.
Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini.
"Hidrokuinon menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, manakala tretinoin menyebabkan kulit menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
"Penggunaan clindamycin dan metronidazole memberi kesan mudarat kepada kesihatan dan boleh meningkatkan risiko kerintangan yang seterusnya mengurangkan keberkesanannya untuk merawat jangkitan, sementara betamethasone 17-valerate mengakibatkan kulit menjadi nipis, iritasi serta berjerawat," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Produk Dnars je prnh dngr tp xprnh laa beli..jenama yg lain² ats tu xprnh dngr.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dnars ni dari dulu sampai sekarang tak habis2 ada kes merkuri. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau produk yg masuk watson tu slmt kan? i beli kt watson je produk kpop..
xyah la pakai produk timbang kilometrico ni...blh detect kot muka berkilat produk thai |
|
|
|
|
|
|
|
Dnars nampak sgt x de R&D.. tak serik2 eh |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kes gini, kkm buat random checking atau founder hantar sample ke kkm?
Ke guane? |
|
|
|
|
|
|
|
Deyols don't care. Janji kulit putih berkilat gitew |
|
|
|
|
|
|
|
ada orang report. biasanya dah ada kes baru ada tindakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ufora nasib belum pakai. ada revew muka jadi teruk lepas pakai bekas kedua. 1st time pakai memg takda reaction.
Kebanyakan org kena bila dah pakai lebih dari sebekas ufora
Karisma byk kali dah nama produk naik dlm kkm.dnars bertahan ek sampai skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Iols aritu guna skintific rasa mcm xde peribahan. Pastu iols saspek dia ni timbang kilo ke oem dr china. Sbb byk brand lain murah2 sama produk skintific
Sekali skang iols rasa kulit iols dah glowing la.. habis sebotol cleanser dia.
Mula2 aritu mcm xcaye kt dia |
|
|
|
|
|
|
|
so sbnrnya skintific ni dari mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu tertengok interview dgn founder Olynn dan ingat sgt produk dia famous thn 2007 sampai 2011 mcm tu lepas tu dah sunyi sepi dari pengiklanan dlm mingguan wanita.Cuma tak pernah pakai dan x pasti produk dia selamat atau tak... |
|
|
|
|
|
|
|
Famous jugak Olynn ni dulu...sorg bos kt tempat kerja iols dulu pakai, putih mayat jadinya..jadi pelik..tangan semua kaler kuning langsat..tp sbb sheol agak berumur kulit pun dah immune dgn racun so xde symptom apa2
|
|
|
|
|
|
|
|
dnars sekali lagi mengungguli carta
moga2 anak arwah tu katup je la kilang timbang kilo tu.. buat la biz lain yg berkat ,
takkan hari2 nak makan hasil tak barokohhhhhhhhhhhhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow
Dinars juara bertahan
Haaa tepok
|
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 2-10-2024 08:28 AM
so sbnrnya skintific ni dari mana?
Manufactured di China, founder dari Indon |
|
|
|
|
|
|
|
Mintak maaf ayat keterlaluan. Dnars ni founder dah masuk kubur tetap ada racun berjadual.
|
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 2-10-2024 10:06 AM
kalau produk yg masuk watson tu slmt kan? i beli kt watson je produk kpop..
xyah la pakai produk tim ...
Hello dik eday. Dah makan nasi berlauk ke?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|