Edited by maklukpenggoda at 19-11-2024 01:18 PM
Nasiruddin juga, katanya, dikehendaki memulangkan semula darjah kebesaran tersebut kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh.
Melaka hari ini mengumumkan menarik balik Darjah Pangkuan Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk kepada Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) pada 25 Ogos lalu.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Azhar Arshad, dalam kenyataannya memaklumkan tindakan ke atas Nasiruddin Mohd Ali itu diambil oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam, selepas mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
"Sehubungan itu, nama Nasiruddin telah dikeluarkan dari Senarai Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2024.
"Penarikan balik darjah kebesaran ini selaras dengan kuasa prerogatif Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam Perkara 34B, Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Melaka," katanya.
Justeru, Azhar berkata, Nasiruddin tidak dibenarkan mengguna pakai gelaran berkenaan.
Pada 14 Okt lalu Mufti Melaka Abdul Halim Tawil berkata jawatankuasa fatwa negeri yang bermesyuarat pada 3 Okt memfatwakan ajaran dan amalan dalam GISBH adalah sesat.
MalaysiaKini
|