CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 114|Reply: 0

Mewah Bahasa: ... Gelong gaeng

[Copy link]
Post time 30-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Jamal: Eh, Fendi!! Lama juga kita tak jumpa yea?\rFendi: A’aa … banyak tahun juga. Eh! Kau aku tengok dah lain sikitlah ….\r\n\n\n\n\rJamal: Memanglah lain daripada dulu, dah semakin tua!! Hahahaha ….\r\r\n\n\n\n\nFendi: Hahaha ... memang umur semakin tua tapi aku tengok kau macam dah bertambah muda!!\rJamal: Tambah muda?? Mana ada umur makin lama jadi makin muda!! Matematik jenis apa yang kira makin lama makin kurang ni?!! Hehehe ….\rFendi: Bukan apa aku kata macam tu, aku perasan yang kau ni dah nampak lebih muda daripada kali terakhir kita jumpa. Dulu perut boroi, muka nampak pucat semacam je ....\rJamal: Hehehe … sekarang??\r\n\n\n\n\rFendi: Dah tak boroi lagi aku tengok, dah kempis!! Muka pulak dah berseri dan tak pucat lagi, orang putih kata dah warna tan!!\rJamal: Eh!! Mana pula kempisnya, ada lagi ni lemak ni ....\rFendi: Hehehe … Memang ada tapi tak le macam dulu. Macam mana kau buat hilangkan lemak tu dan nampak lebih berseri dan cergas ni?\rJamal: Hehehee … memang betul tu, aku berjaya kempiskan perut dan sekarang terasa lebih cergas dan sihat!! Dulu badan gelebeh dan rasa tak sihat aje memanjang sebab tak aktif. Pejabat duduk dalam aircond, balik makan dan tidur, itu aje rutin harian, mana badan tak lembik!!\rFendi: Kau pergi gim ke??\rJamal: Tak!! Aku main basikal sekarang ni ….\rFendi: Basikal??\rJamal: Ha’ah … basikal, tapi bukanlah basikal yang macam kita pakai pergi sekolah dulu tu ….\rFendi: Aku tau le, selalu juga aku tengok sekarang ni orang naik basikal ramai-ramai kat highway. Siap dengan pakaian keselamatan lengkap ….\rJamal: Kau tak minat ke?? Boleh pertingkatkan kesihatan dan kecergasan badan.\rFendi: Minat juga, tapi tak ada kawan.\rJamal: Haa … Kalau gitu masuk geng aku le, kita menunggang bersama. Selalunya hujung minggu atau cuti umum.\rFendi: Ok, hujung minggu ni aku ikut kau!\rJamal: Eh!! Kau ada basikal ke??\rFendi: Tak ada le lagi ….\rJamal: Abis tu nak ikut macam mana?\rFendi: Eh! Betul gak ek?!\rJamal: Camnilah … hari Sabtu ni ikut aku pergi kedai basikal. Kita tengok yang mana sesuai dengan kau dan bajet kau.\rFendi: Ok gak tu, tapi tak menyusahkan kau ke?\rJamal: Aku memang nak pergi pun ….\rFendi: Nak beli lagi?\rJamal: Tak, nak repair basikal aku ni.\rFendi: Rosak ke?\rJamal: Ha’ah …. rosak sikit. Jatuh minggu lepas terlanggar anjing, tayar gelong ….\rFendi: Gelong? Tayar ke?\rJamal: Tayar dah gelong, rimnya gaeng! Kalau boleh nak repair je, tapi kalau tak boleh, tukar baru le ….\rFendi: Kan ke tayar basikal tu bulat, nak repair macam mana pulak lagi??\rJamal: Memang le tayar tu bulat, tapi dah gelong ….\rFendi: Tayar tu memang berbentuk gelung, kan??\rJamal: Memang le berbentuk gelung, tapi dah gaeng … Jalan pun jadi gelong!!\rFendi: Tak faham aku, ini istilah basikal ke??\rJamal: Bukan istilah basikal, tapi bahasa kampung aku le, bahasa orang Perak!!\rFendi: Laa … patutlah aku tak faham. Cakaplah bahasa Melayu betul, bahasa Melayu baku!\rJamal: Aku tak tau apa namanya dalam bahasa Melayu baku! Dalam dialek aku, aku tau le. Hehehe ….\rFendi: Hah!! Apa maknanya gelong gaeng tu??\rJamal: Rim tayar basikal aku tu dah tak rata, dah bengkok, itu le yang orang Perak kata dah gaeng. Bila dah gaeng ni, tayar tu bergolek tidak sempurna, keadaan itulah yang dikatakan gelong.\rFendi: Ooo … tayar tu bergolek tak lurus le yek?!\rJamal: Hah!! Tau pun!! Kau tau ke, dalam bahasa Melayu baku panggil apa tu?\rFendi: Entah!! Aku pun tak tau. Kalau susah sangat kita guna ajelah dialek Perak tu … hehehee\r....\rNota Kaki\rKolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan  juga bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.229821 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list