View: 2507|Reply: 8
|
Susun lebih tiga juta duit syiling
[Copy link]
|
|
SEORANG sukarelawan memeriksa duit syiling yang akan diletakkan dalam satu rantaian di Taman Rizal, Manila semalam.
MANILA, Filipina - Lebih tiga juta duit syiling 25 centavo Filipina (RM0.01) akan disusun dalam satu rantaian di Taman Rizal di sini.
Sejumlah sukarelawan menyusun duit syiling itu sejak semalam sehingga Sabtu ini sebagai percubaan untuk memecahkan rekod Guinness World Record.
Rekod sebelum ini dibuat di Amerika Syarikat apabila duit syiling berjaya disusun dalam satu rantaian melibatkan jarak 64.8 kilometer. - Agensi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau buat mcm ni dgn duit 1 sen Malaysia yg tak laku okey jygak.. |
|
|
|
|
|
|
|
jenuh la nak awasi duit syiling tu. |
|
|
|
|
|
|
|
banyaknyer.....
buat apa sahaja untuk masok rekod.... |
|
|
|
|
|
|
|
suka benor buat rekod dunia murahan... |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia plak nak buat rantaian manusia ...
Rantaian manusia 355km bakal direalisasi melalui Ziarah for Peace
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Rakyat dijemput untuk bersama-sama menyertai Majlis Pelancaran Ziarah for Peace melalui kaedah rantaian manusia bermula daripada Changkat Jering ke Putrajaya sejauh 355 kilometer pada tahun depan.
Pengasas dan Pengerusi Ziarah for Peace, Mohd. Zamri Mohd. Noordin berkata, projek itu akan melibatkan wakil-wakil pihak Persatuan Pendidik Antarabangsa Bagi Keamanan Dunia (IAEWP) seluruh dunia.
"Rantaian manusia ini bakal membuktikan pada dunia bahawa kita mampu bersatu atas sebuah landasan keamanan bagi menzahirkan 'Keamanan untuk semua dan Dunia untuk semua'.
"Ia akan direkod sebagai rantaian untuk keamanan yang terpanjang di dunia dengan anggaran penglibatan 1.5 juta orang seterusnya ke arah memartabatkan Malaysia sebagai destinasi keamanan," katanya.
Beliau beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Pelancaran Portal Ziarah for Peace (www.ziarah.org.my) di sini, semalam.
Portal tersebut adalah sebagai usaha untuk menyemarakkan amalan ziarah dan memberi kesedaran kepada semua tentang hikmah besar yang terselindung.
Amalan itu kini dilihat semakin berkurangan kerana kecanggihan teknologi makulmat dan manusia yang lebih gemar mengambil jalan mudah dengan sekadar bertanya khabar melalui alat komunikasi yang sedia ada.
Tambahnya, IAEWP yang merupakan pertubuhan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Misi Keamanan Dunia telah memberi pengiktirafan tertinggi dan mengangkat projek ziarah sebagai sebuah projek yang mempunyai kesan jangka panjang untuk dilaksanakan.
"Projek ziarah juga telah dibangunkan dengan teras yang kukuh dan bersistematik serta mempunyai visi, misi, nilai-nilai dan strategi termasuk sembilan prinsip yang berupaya memartabatkan Malaysia sebagai Destinasi Keamanan Dunia melalui cetusan Ziarah for Peace.
Sembilan prinsip itu diperkenalkan sebagai Formula 1-2-6 untuk dijadikan ingatan dan panduan kepada masyarakat dunia iaitu ikhlas, prihatin, tanggungjawab, kasih sayang, kesyukuran, penyatuan, kedamaian, ilmu dan kesuburan benih ekonomi," jelasnya.
Dalam pada itu, Mohd. Zamri menjelaskan, ziarah bukannya perkataan keagamaan tetapi ia lahir daripada bahasa Arab iaitu zirayat yang mana kaedah mendekati itu mendorong masyarakat untuk mengenali dan memahami seseorang dengan lebih dekat seterusnya menciptakan sebuah hubungan.
"Amalan ziarah bagi setiap manusia tidak terbatas kepada ziarah makam, kubur, pesakit mahupun meninggal, namun ia boleh diamalkan dalam suasana keceriaan bagi menzahirkan pertemuan tersebut," ujarnya.
**kedit Utusan Meloya on9 |
|
|
|
|
|
|
|
tak ke sesak nanti jalan raya tu, camne nak angkut orang seramai1.5 juta tu, ataupun setiap jalan akan dipenuhi oleh penduduk disekitar yang berhampiran, maka bergumbiralah semua penyamun2 perompak2 bila semua rumah dah kosong |
|
|
|
|
|
|
| |
|