View: 117|Reply: 0
|
Pengkhususan pengurus berketrampilan di PTPL
[Copy link]
|
|
MEWUJUDKAN insan harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani memerlukan pengurusan berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. \rPengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sesebuah kumpulan membabitkan satu atau lebih orang atau entiti bertujuan menyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. \r\n\n\n\n\r Pengurusan sering kali merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan dan teknologi serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan. \r\r\n\n\n\n\n Menyedari permintaan tinggi dalam kerjaya berkenaan, Kolej PTPL menawarkan Diploma Pengurusan yang berada di bawah Sekolah Pengurusan Perniagaan & Pengajian Profesional.\rProgram ini diwujudkan bagi melahirkan pelajar yang mampu menyumbang kepada keperluan negara dalam melahirkan tenaga kerja dalam bidang pengurusan yang peka kepada persaingan di peringkat tempatan dan global.\rProgram ini menyediakan pelajar berpengetahuan setara dengan isu semasa membabitkan pengurusan dan perniagaan. Pelajar akan diserapkan dengan kemahiran pengurusan organisasi yang baik daripada pelbagai aspek antaranya perancangan, penyusunan, kepimpinan dan pengawalan. \rDengan kelayakan asas Sijil Pelajaran Malaysia dengan tiga kepujian dalam mana-mana mata pelajaran, keutamaan diberikan kepada pelajar yang mendapat kepujian dalam Sains dan Matematik atau sijil lain yang diiktiraf. \r\n\n\n\rGraduan juga berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah di Management & Science University (MSU) melalui Faculty of Business Management & Professional Studies (FBMP) dengan pelajar boleh membuat pindahan kredit ke tahun dua pengajian di MSU ataupun mana- mana institusi pengajian tinggi dalam atau luar negara. \rSelain Diploma Pengurusan, terdapat pelbagai program di bawah Sekolah Pengurusan Perniagaan & Pengajian Profesional antaranya Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Modal Insan, Diploma Pemasaran, Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Diploma Pengurusan Peruncitan dan Diploma Perguruan. \rBagi yang berminat mengikuti program di peringkat sijil mereka mempunyai pilihan untuk Sijil Pengurusan Perniagaan dan Sijil Pendidikan awal kanak-kanak. \rPelajar lepasan SPM/SPMV yang berminat mendapatkan maklumat awal berhubung program yang ditawarkan dan tarikh kemasukan, dengan menghubungi 03-55136688 atau layari laman sesawang rasmi PTPL di www.ptpl.edu.my
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|