|
Kaligrafi jawi diangkat di atas kanvasKALIGRAFI jawi yang sudah ditalkinkan masyarakat Melayu moden hari ini mendapat tempat istimewa pada Pameran Kalam 3 sehingga kesyahduannya sebagai wadah penulisan bangsa Melayu suatu ketika dulu, dapat dirasai dan menonjol apabila ‘diangkat’ sebagai karya seni di atas kanvas.\n\n\n\nPameran di Puncak Art Gallery, Bukit Jelutong, Shah Alam yang menggabungkan pelukis veteran dan muda memaparkan adunan yang mantap apabila karya sentuhan artis veteran dan muda tampak istimewa sehingga pasti ada sesetengah khalayak berhenti sejenak untuk menikmati setiap karya.\n\n\n\n\nPameran sehingga 31 Disember ini yang dirasmikan oleh suami selebriti terkenal, Sofea Jane iaitu Datuk Meor Zain Azman yang bertujuan menghidupkan kembali tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda, tampil memikat sehingga menimbulkan rasa ingin tahu khalayak.Pelukis tersohor, Awang Damit Ahmad, 55, yang menghasilkan beberapa lukisan kaligrafi Jawi berbentuk abstrak mengakui memilih emosi sebagai titik utama kepada karyanya dan memastikan unsur tradisi diberi sentuhan dalam pengolahan ideanya.Karyanya, Sejadah Biru yang melambangkan dirinya dalam kehidupan harian adalah percubaan Awang Damit menggambarkan suasana pada waktu subuh iaitu ketika sesetengah orang masih tidur, ada sesetengah orang sudah turun ke laut untuk mencari rezeki.Pelukis muda sudah menumpahkan keringat selama empat tahun dalam persada seni tampak dan sudah mula mengukir nama, Shahrul Jamili, 33, senada dengan Awang Damit akan kepentingan mempertahankan kaligrafi Jawi untuk dikenali golongan muda. \n\n\n“Tulisan Jawi adalah sebahagian daripada tamadun bangsa Melayu dan kita perlu mempertahankannya daripada berkubur. Saya rasa terpanggil untuk membawa kaligrafi ini ke pentas lebih moden kerana bagi saya tamadun bangsa tidak boleh dilupakan sekalipun ketika kita mengejar kemajuan.\"Selalunya saya akan meminjam kata-kata pujangga daripada Za\'ba mengenai kepentingan tulisan Jawi dan berasa ini satu cara bagi menghalang pusaka Melayu daripada terus dilupakan,\" katanya.Shahrul lebih banyak menghasilkan karya berkonsepkan Geometri dan digabungkan dengan kaligrafi bagi menampakkan hasil tangan yang lebih kreatif.INFOPameran Kalam 3Tempat: Puncak Art Gallery di Bukit JelutongTempoh: Sehingga 31 Disember
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|