CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4249|Reply: 24

Spesies baharu setiap 2 hari di Mekong

[Copy link]
Post time 13-12-2011 10:08 AM | Show all posts |Read mode

CICAK spesies cnemaspis psychedelica yang ditemui di rantau Mekong, Thailand.



BANGKOK - Sekumpulan saintis berjaya mengenal pasti spesies-spesies baharu setiap dua hari di rantau Mekong, jelas Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dalam satu laporan yang memperincikan penemuan-penemuan luar biasa tahun 2010.
Antara penemuan itu ialah burung siul daun dan monyet yang ditemui di negeri Kachin, Myanmar. Terdapat juga satu spesies cicak betina yang mampu mengklon dirinya sendiri tanpa memerlukan cicak jantan. Ia ditemui secara tidak sengaja oleh seorang saintis ketika melihat menu makanan di sebuah restoran Vietnam.
Namun begitu, WWF memberi amaran bahawa sejumlah spesies boleh pupus sebelum ia sempat direkodkan.
Lebih 200 spesies baharu direkod tahun lalu di rantau Mekong yang meliputi Thailand, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Laos dan wilayah barat daya China, Yunnan.
Jurucakap WWF bagi rantau Mekong yang berpangkalan di Hanoi, Sarah Bladen berkata, di sebalik jumlah spesies baharu yang ditemui, rantau itu turut berdepan 'krisis kepupusan'.
"Negara-negara terbabit perlu melihat biodiversiti sebagai sesuatu yang perlu dihargai. Jika tidak, kita berisiko kehilangan spesies-spesies liar dan habitat pada kadar yang luar biasa," jelas Bladen.
Senarai tersebut didominasi oleh tumbuh-tumbuhan, 28 jenis reptilia dan tujuh spesies amfibia. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2011 10:09 AM | Show all posts
Mcm kena radioaktif je... atau transpormer..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 11:05 AM | Show all posts
cantik...tp eee geli aaa...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 12:41 PM | Show all posts
tercelop water color!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 08:55 PM | Show all posts
cantik tapi sori le aku geli ngan cicak.

minggu lepas angkat TV29' pindah masuk stor tetiba ada cicak lak kat atas TV. tengah nak landing time tu lak dia nak melompat. sakit sakit pinggang aku gara gara cicak. :@
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 09:11 PM | Show all posts
haku pun goli ngan cicak...
kalo cicak melekat kat badan... meremang segala vulus weiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2011 10:18 PM | Show all posts
colourfulnya badan cicak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 11:36 PM | Show all posts
Warna warni.. Suke tgk binatang pelik-pelik ni. And slalu kuar kt nat geo wild.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2011 11:41 PM | Show all posts
cantiknya cicak. kaler2 lagik
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 11:46 PM | Show all posts
cicak man ??
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 12:05 AM | Show all posts
cantik...tp mesti brbisa..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 12:38 AM | Show all posts
Cicak tu bru je lepas mengecat umah aku.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 02:11 AM | Show all posts
cantik kaler dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 02:34 PM | Show all posts
Tengok cicak ni.. teringat kat tragedi cicak kat bawah ni
Salah masuk lubang kaedahnya

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 07:27 PM | Show all posts
haiwan selalu berevolusi
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 07:45 PM | Show all posts
Gelinya tgk cicak nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2011 07:57 PM | Show all posts
Reply 14# solstice


   hehehe cicak mmg suka kamikaze kan?? hr tu rmh i blackout pasal cicak masuk dlm soket gak
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 10:09 PM | Show all posts
comey...tapi sori cik/abe cak, ambo geli.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 09:00 AM | Show all posts
selalu yg kalerful ni sbb nak bg amaran kat pemangsa. samada betul beracun or wayang je.
damn nature, you're scary!
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 11:16 AM | Show all posts
gila comel cicak 2...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.065963 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list