CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4314|Reply: 20

China kehilangan dua puluh buah tasik setiap tahun

[Copy link]
Post time 14-12-2011 10:27 AM | Show all posts |Read mode

NEGARA China memiliki kira-kira 24,000 tasik-tasik semulajadi namun kini satu persatu didapati hilang pada kadar 20 buah setiap tahun menurut satu deklarasi dari forum alam sekitar.

Tasik-tasik semulajadi China meliputi kawasan seluas 83,000 km persegi juga memainkan peranan penting di dalam mengekalkan keseimbangan sistem ekologi, mengawal banjir dan mengurangkan kesan kemarau.



Menurut deklarasi itu lagi, tasik-tasik di China menghadapi kesan serius akibat perubahan cuaca disebabkan oleh aktiviti manusia.

"Setiap tahun, kira-kira 20 tasik-tasik semulajadi lenyap dengan cara yang mengecewakan" menurut deklarasi itu lagi yang menekankan bahawa aktiviti manusia telah menyebabkan akibat serius terhadap tasik-tasik tersebut.

"Kualiti air semakin buruk, mendapan terkumpul, tanah lembab semakin mengecil dari segi saiz dan haiwan akuatik menghadapi kematian. Akibatnya peranan tasik sebagai kawalan banjir dan kemarau telah terjejas"

"Tasik ini tidak dapat bertahan terhadap kerosakan akibat aktiviti manusia"

Menteri Sumber Air China, Chen Lei pada forum berkenaan berikrar untuk meningkatkan input kerajaan terhadap usaha melindungi tasik.

Lebih 800 pakar-pakar dan para pegawai menghadiri forum tersebut yang diadakan pada 10 dan 11 Disember baru-baru ini.

Sumber: ECNS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2011 11:08 AM | Show all posts
byk nye tasik kt sane..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 11:23 AM | Show all posts
byknyer tasik yg hilang....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 11:27 AM | Show all posts
kalau dah rakyatpun lebih dari 1 bilion,byk la masalahnya....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 11:30 AM | Show all posts
boleh jadi tempat untuk berlakon suasana kemarau...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 11:36 AM | Show all posts
klu dh kring 2 mmg xkn naik air lg yer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2011 10:14 PM | Show all posts
contoh yang paling ketara... Laut Hitam dan Laut Baikal.... terletak ditengah tengah benua... saiz laut ni semakin mengecill....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 07:23 PM | Show all posts
oh global warming
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2011 02:54 PM | Show all posts
mak oii,.....

lame2 tasik2 yg cantik2 tuh pon leh ilang kot...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 03:25 PM | Show all posts
Reply 2# Loloq89


   mmg ler...tgok la negara china beso mane..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 05:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by boyagombak at 17-12-2011 17:43

Reply 1# jofizo


  NEGARA China memiliki kira-kira 24,000 tasik-tasik semulajadi namun kini satu persatu didapati hilang pada kadar 20 buah setiap tahun menurut satu deklarasi dari forum alam sekitar.

Tasik-tasik semulajadi China meliputi kawasan seluas 83,000 km persegi juga memainkan peranan penting di dalam mengekalkan keseimbangan sistem ekologi, mengawal banjir dan mengurangkan kesan kemarau.




Senarai negara mengikut keluasan Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari

Berikut ialah senarai negara-negara yang diatur menurut keluasan masing-masing. Taksiran diberikan dalam unit metrik. Negara yang di bawah jajahan (dependencies) ditunjukkan bersama negara penguasa mereka.
Ukurun luas juga merangkumi kawasan-kawasan air tawar seperti danau, kolam air dan sungai.[sunting] Kedudukan
No.NegaraKeluasan (km2)
-Dunia510,072,000



111Jordan92,300
112Azerbaijan86,600
113Austria83,858
114Amiriah Arab Bersatu82,880

Jadi keluasan Tasek2 di China yang berjumlah 83,000 km2 tu lebe kurang sama besar dengan AUSTRIA

ataupun AMIRIAH ARAB BERSATU (UAE)`

mungkin kalau dah kering, bole le rakyat china tu buat penempatan plak kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 05:43 PM | Show all posts
Antara Tasek di China yang menarik
Qinghai Lake
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 05:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by boyagombak at 17-12-2011 18:30

Jiuzhaigou


Amazing places that you should see at list once in your life.



1. Wuhua Hai lake or lake 5 flowers. National Park Jiuzhaigon in China.







Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 07:04 PM | Show all posts
ya ALLAH..cantiknyaa!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 07:27 PM | Show all posts
bagus la tasik hilang... nanti tanah tempat tasik tu boleh bina rumah ke kilang ke, ye tak?????...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 08:37 PM | Show all posts
Cantiknya tasik kat China tu!!!!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2011 02:57 PM | Show all posts
sayangnya....tasik yg cantik camni ilang camtu jer..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 05:13 PM | Show all posts
Jiuzhaigou


Amazing places that you should see at list once in your life.



1. Wuhua Hai la ...
boyagombak Post at 17-12-2011 17:45



    subhanallah. cantik sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 05:58 PM | Show all posts
cantiknye tasik2 kat china nih......
sayangnye kalau hilang......
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 11:06 AM | Show all posts
kuranglah sumber air bersih kat China... dah lah penduduk dorang ramai... pasnie kene gali air bawah tanah la...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.340346 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list