CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4744|Reply: 22

Barat Memomokkan Sejarah!!!

[Copy link]
Post time 16-12-2011 08:57 PM | Show all posts |Read mode
Saya sangat tertarik dgn artikel ini... Penuh kesedaran ttg bagaimana barat cuba mengubah persepsi dan tanggapan kita bergenerasi lamanya sehingga ke anak cucu hanya dgn mengubah fakta sejarah. Ironinya kita tetap mengguna pakai buku2 sejarah ini kerana tiada perubahan dari mereka yang sepatutnya bertindak. Contohnya saya masa skolah dulu mmg menyanjung tinggi kamal attartuk sbb dalam buku sejarah tinggakan enam menyatakan semangat nasionalisma tanah melayu dipacu oleh perjuangan kamal di turki... Selain itu, buku sejarah kita juga melebel tok janggut, dan pejuang lain sebagai pengganas & pemberontak ..



Perkembangan Islam di China disorok, penipuan Joseph Needham diiktiraf

"SEPARUH daripada penulisan sejarah adalah dengan menyembunyikan kebenaran." Pandangan Pemenang Anugerah Nebula 2005 (Skrip Terbaik - Serenity), Joss Whedon pasti tercerna daripada kekaburan yang dibawa pensejarahan Barat mengenai penyimpangan dalam teks, karya atau fakta sejarah.

Apatah lagi penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan fakta wujud secara berleluasa dalam dokumen, teks serta karya sejarah yang ditulis orientalis mahupun pengarang Barat.

Tujuan orientalis dan pengarang Barat hanyalah satu, iaitu menghilang dan menggelapkan pengaruh Islam khususnya terhadap kebangkitan dan kekuasaan imperialisme mereka, sekali gus mengabsahkan hegemoni mereka.

Lebih menyedihkan pandangan yang kononnya bersifat sejarawi itu, diekori oleh sejarawan dan pengarang dari Asia atau dunia Islam sehingga menerimanya sebagai fakta sejarah yang satu-satunya sah lagi benar.

Hasilnya, sejarah Islam dan tamadun lain di Timur bukan saja ditulis dan dibukukan oleh orientalis serta pengarang Barat, bahkan dibentuk dan dimuatkan berdasarkan kerangka pandangan alam mereka.

Tidak hairanlah banyak sumbangan Islam dan Timur terhadap kebudayaan dan peradaban Barat menjadi wap yang hilang di langit sejarah dunia sehingga yang tinggal adalah sejarah yang dibentuk berdasarkan bekas yang ditinggalkan oleh orientalis dan pengarang mereka.
Gejala minda tertawan ini dikemukakan Pensyarah Jabatan Matematik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail ketika mengupas Diskusi Intelek: Cheng Ho, Cina, Alam Melayu dan Perkaitannya di Panggung Percubaan UPM, Serdang, baru-baru ini.

Dr Mat Rofa berkata, tiga dinasti di China mempunyai hubungan erat dengan Islam, iaitu Dinasti Song, Yuan dan Ming, tetapi sejarah dinasti itu kurang dicatat dalam teks sejarah China.

“Malah, ramai yang tidak tahu pengaruh Islam dalam pemerintahan dinasti di China sudah sampai kepada tahap menjadi agama yang dianuti maharajanya, apabila Zhu Yuanzhang menjadi Maharaja Islam yang pertama.

“Bagaimanapun, apabila Dinasti Ming kalah di tangan Dinasti Manchu, kerajaan mengharamkan rakyat daripada belajar sejarah dinasti Islam itu,” katanya pada diskusi anjuran Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM itu.

Tidak hairanlah, Dr Mat Rofa berkata, sumbangan besar dunia Islam tidak diketahui oleh umum seperti penciptaan peluru yang dikatakan sebagai sumbangan tamadun China sebenarnya dicipta oleh saintis Islam yang dibawa dari dunia Islam.

“Malah pelayaran Laksamana Cheng Ho atau Zheng He sendiri banyak diselewengkan sehingga ada sejarawan yang menohmah pelayarannya adalah bertujuan untuk membunuh musuh politik maharaja di Asia, meskipun beliau mahu menunaikan haji di Makkah.

“Ia jauh sekali berlawanan dengan fakta Zheng He membawa armada kapal yang sangat besar dalam pelayarannya tetapi tidak membawa balik harta rampasan,” katanya.

Ini kerana, Dr Mat Rofa berkata, China datang ke alam Melayu untuk melindungi kerajaan kecil di Gugusan Kepulauan Melayu seperti amaran Zheng He kepada Raja Siam yang mengganggu Kesultanan Melayu Melaka dengan mengingatkan kesultanan itu umpama adik kandung kepada China.

“Bagaimanapun, sejarah sumbangan dan pengaruh Islam di China digelapkan sehingga Islam tidak dianggap memainkan peranan penting dalam peradaban yang sangat besar itu.

“Penulis Barat, Joseph Needham, yang diupah oleh orientalis bukan saja mengubah sejarah China, bahkan banyak menyelewengkan fakta,” katanya.

Needham yang turut dikenali sebagai Li Yuese menghasilkan Science and Civilisation in China yang asalnya mengandungi tujuh jilid pada 1948, berkembang kepada 24 jilid dengan 15 daripadanya ditulisnya sendiri, selain turut menghasilkan Science in Traditional China.

Kerangka yang ditinggalkan Needham itu masih meninggalkan pengaruh yang kuat kepada pensejarahan China, apatah lagi apabila namanya diabadikan sebagai Institut Kajian Needham (NRI), Cambridge, England, yang mengepalai penyelidikan dalam sejarah sains, teknologi dan perubatan di Asia Timur.

Lebih teruk, Dr Mat Rofa berkata, sejarawan China sendiri banyak bergantung kepada Needham dalam penulisan sejarah bangsa dan tamadun mereka.

“Sebenarnya, Zheng He meninggalkan diari hariannya yang dianggap paling asli, sekali gus catatan yang ditulis oleh penulisnya, Ma Huan itu banyak bercanggah dengan tulisan Needham.

“Sepatutnya sebarang penulisan mengenai sejarah di China khususnya Islam perlu berpandukan kepada catatan harian itu berbanding karya yang lebih mutakhir,” katanya.

Beliau mengingatkan banyak pembohongan dalam sejarah diterima sebagai fakta yang sah dan benar seperti Dr David Livingstone yang menjadi orang pertama menemui Sungai Nil atau Singapura yang dibuka oleh Stamford Raffles.

“Lebih melucukan apabila fakta penemuan Dr Livingstone pernah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah di Mesir kerana kalau mahu menipu pun, janganlah sampai keterlaluan.

“Fakta penemuan Dr Livingstone itu umpamanya kita mempercayai bayi menyambut kelahiran bidannya kerana Sungai Nil sudah lama wujud dan Afrika sendiri sudah lama mempunyai penghuni,” katanya. (seperti Pulau Pinang dan Singapura dibuka oleh Light dan Raffles seolah-olah ia tidak pernah ada sebelum ini)

Penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan sejarah oleh orientalis dan pengarang Barat itu sudah lama dibiarkan bermaharajalela dalam membentuk kerangka kronologi dan pensejarahan dunia Timur khususnya Islam dan alam Melayu.

Sudah sampai masanya sejarawan dan pengarang kita membongkar teks dan sumber sejarah sendiri yang tersisih kesan daripada metodologi pensejarahan dan klasifikasi teks yang dirangka oleh Barat untuk menafikan hakikat sebenar sumbangan dan pengaruh Islam ke atas peradaban dunia.

Sebarang kitab, teks, hikayat, dokumen, catatan dan salasilah yang ditulis ulama dan pendakwah, sejarawan dan pengarang dunia Timur serta Islam perlu dikumpul, disusun dan dicantumkan dalam kerangka ilmu yang sebenar dengan menggunakan kekuatan intelektual untuk mentafsir dan menulis sejarah yang tepat.

http://www.bharian.com.my/bharia ... kkansejarah/Article

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2011 09:32 PM | Show all posts
Sejarah   ditulis  oleh  mereka  yg    menang   ...
yg  kalah     tu   menjadi....    sejarah   

madey:   sesiapa  pun     boleh  menulis sejarah   ni     asalkan   ada    fakta  .....
lagi   email  pelesu  pun   org   percaya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 10:10 AM | Show all posts
Mari bincangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 12:10 PM | Show all posts
salam,
ehhehe..

bagi sy,
kite kene variasi kan pembacaan kite.
bg sy, buku skolah form 1-6 adalah utk peringkat permulaan kite sahaja.

utk mengetahui sleebihnya, kite kene baca buku2 lain..
variasikan pembacaan...lebih2 lagi dr penulis tempatan...
sebbab penulis tempatan mempunyai ideologi berbeza dengan mat saleh.

then, nak lebih power lagi, kite gi baca sumber2 rekod pertama.
seperti manuskrip, annual report, tulisan tangan seseorang tokoh penting tersebut, ucapan2 tokoh penting tesebut.

kat malaysia ni, tok janggut, dato bahaman, penulis tempatan dh berjuang sejak tahun 1970-an lagi..(kalu tak silap saya) menyatakan mereka adalah pejuang bangsa kerana menentang penjajah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 12:13 PM | Show all posts
bagik saya, istilah menang kalah ni hanya lah istilah orang2 yg menggangap sejaarah adalah tidak penting.

kalau kite variasikan pembacaan kite terhadap perkara yg kite nak tahu...bukannya 1-2 buku...tp kene berpuluh2 beratus2 buku...dan juge rekod2 utama...dengan itu, kite akan leh paham...then kite boleh membuat tafsiran berdasarkan pembacaan kite dan membuat cross reference..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2011 01:58 PM | Show all posts
Reply 5# manuskrip_lama


    Setuju berkaitan baca banyak bahan2 dari sumber berlainan... Hal ni biasa ya dilakukan oleh mereka yg suka membaca& suka  mengkaji.. Tapi berapa kerat sangat yg begini? Bagaimana pulak dgn kelomPok yg hanya kenal sejarah dr buku sejarah di sekolah? Kesian kan meteka salah tanggapan hatta memandang rendah warisan bangsa mereka sendiri..

Saya bagi cth diri saya sendiri.. Dulu2 waktu zaman saya sekolah, saya selalu rasa tak ada apa yg nak dibanggakan dgn  warisan dunia melayu... Seolah olah tiada yg istimewa.. Padahal kita Punyai banyak warisan budaya yg tersendiri yg hanya diceritakan sedikit2 sahaja... Cikgu pun ( sy tak salah kan mereka munhkin sbb latihan begitu) hanya menyamPai sekadar yg tersurat sahaja...

Kata orang, kita belajar dari sejarah.. Tapi saya tak pasti pula jiga golongan pelajar kita cukup matang unyukmmenilai sejarah sendiri buat dijadikan panduan, lebih2 lagi dgn menggunakan teks yg ada..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-12-2011 04:34 PM | Show all posts
Terima kasih pada forumer yg sudi berkongsi di sini.. Kalau ada maklumat ttg sejarah yg diubah dan sejarah sebenar bolehla paste di sini yer..tiba2 pulak terlintas difikiran saya; sejarah sedang diubah dgn keji skrg... Perasan kan asal tgk berita saja, mesti sebut pengganas islam di sini membunuh si polan, keganasan pemberontak muslim ini membunuh orang ini... Itu baru dlm negera, kalau luar negara emm boleh bayanglah kan...

Pasal kes ini jugak teringat kata2 seorang pensyarah saya dulu, orang barat ni bila ceroboh tanah air orang lain dia mesti kata dirinya itu seorang peneroka, seorang pembuka Penempatan... Seolah- olah dirinya sangat mulia sedangkan kita tahulah apa tujuan mereka kan; pencuri!

Orang tempatan yg berjuang berhabis2an menghalau mereka digelar pula sbgai pemberontak dan lanun... Semua ini mmg ada dlm buku teks sebab buku teks ini berdasarkan sejarah yg ditulis siapa? Hihihi... Jadi, adik2 yg terbaca coretan ini jgn tak suker sejarah lagi lepasni yer..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 04:50 PM | Show all posts
Reply 7# midori_katana


hehhee..
btol2 midori.

owh..
sebelum ni belajar sejarah kt Uni ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2011 05:02 PM | Show all posts
Reply  midori_katana


hehhee..
btol2 midori.

owh..
sebelum ni belajar sejarah kt Uni ke?
manuskrip_lama Post at 17-12-2011 16:50


Tak adalah... Saya major bidang lain, cuma ada pensyarah yg sambil2 mengajar tu suka selit2 hal yg tak diajar dlm buku teks ni unyuk buka mata kita...hanya Allah saja yg dpt balas ilmu yg beliau beri...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 05:33 PM | Show all posts
Reply 9# midori_katana

owh.
mcm tu.

hehehhee...

meh la berkongsi ilmu..
ehehhee
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 09:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 17-12-2011 21:28
Tak adalah... Saya major bidang lain, cuma ada pensyarah yg sambil2 mengajar tu suka selit2 hal yg tak diajar dlm buku teks ni unyuk buka mata kita...hanya Allah saja yg dpt balas ilmu yg beliau beri...
midori_katana Post at 17-12-2011 17:02



    A'ah...cikgu sejarah aku pon besh...

Dia selalu kutuk2 sejarah Melayu...2 orang cikgu sejarah aku lagutu..yang pompuan tu lagi otai siap tunjuk jari tengah masa mengajar sejarah.. kutuk2 negeri Selangor sebagai negeri pertama terima penjajah...lepastu dia kata saya benci mengajar sejarah

Cikgu sejarah lagi sowang tu besh gak...dia kata orang Melayu ni x bertamadun macam tamadun yang lebih awal dr zaman orang Melayu ni....maksudnya walaupun Melayu dh hidup di zaman yang kehadapan tapi tetap mundur mengalahkan tamadun lain yang beratus tahun dh berlalu...tu la betapa hine nye
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 11:04 PM | Show all posts
Kat Malaysia ni... tokoh sejarah Tanah Melayu yg diangkat sbg yg paling terer sapa? Kalau bab2 sejarah je mesti rujuk kat dia ni.... cakap je apa sejarah kat Tanah Melayu ni... agak2, nak ke dia mengiktiraf sejarah Melayu yang gemilang dulu tu?

Ramai lagi pemimpin2 kerajaan yg tak nak mengiktiraf sejarah Melayu yg gemilang tu.... termasuk la sorang tu yg siap tulis buku kutuk2 Melayu ni.. maklum le... dia tu kacukan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 03:34 AM | Show all posts
jgn kata sejarah tamadun asia..sejarah kemerekaan malaysia sendiri pun byk putar belit..apatah lagi sejarah tamadun yg sgt luas tu..hmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:15 AM | Show all posts
Wednesday, July 14, 2010
WONG FEI HONG @ FAISAL HUSSEIN WONG
Labels:photos


Dicatat oleh
DRS. KHALIL IDHAM LIM

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

(Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas.

Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).

Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.

Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton .

Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan
juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun
dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya [img]http://www.blogger.com/img/blank.gifhttp://www.blogger.com/img/blank ... r.com/img/blank.gif[/img]ngan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah
kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sediaada di China).

Bacaan tambahan di sini, http://en.wikipedia.org/wiki/Wong_Fei-hung
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 11:19 AM | Show all posts
tak payah barat lah. hatta "sejarah" umayyah pon byk "ditulis" masa zaman abbasiyah

mmg betullah sejarah "ditulis" oleh mereka yg menang
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 11:48 AM | Show all posts
kalau ikut pepatah china... lari tak bermakna kalah penuh... yang kalah penuh ialah yang menyerah diri dalam pertempuran:

If all else fails, retreat (走為上/走为上, Zǒu wéi shàng)

    If it becomes obvious that your current course of action will lead to defeat, then retreat and regroup. When your side is losing, there are only three choices remaining: surrender, compromise, or escape. Surrender is complete defeat, compromise is half defeat, but escape is not defeat. As long as you are not defeated, you still have a chance.

- Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Thirty-Six_Stratagems
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2011 04:50 PM | Show all posts
buku teks sejarah sekolah rendah saya dulu dah tulis pemberontakan di negeri2 melayu sebagai perjuangan.....

dan pasal orang barat yang 'jumpa' itu dan ini...itu lebih kepada perspektif mereka...contohnya pasal Raffles. Kita baca Stamford Raffles sebagai 'pengasas' Singapura (dan menidakkan Sang Nila Utama)..tapi sebenarnya dia lebih kepada pengasas Singapura sebagai pusat perdagangan moden
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 04:50 PM | Show all posts
buku teks sejarah sekolah rendah saya dulu dah tulis pemberontakan di negeri2 melayu sebagai perjuangan.....

dan pasal orang barat yang 'jumpa' itu dan ini...itu lebih kepada perspektif mereka...contohnya pasal Raffles. Kita baca Stamford Raffles sebagai 'pengasas' Singapura (dan menidakkan Sang Nila Utama)..tapi sebenarnya dia lebih kepada pengasas Singapura sebagai pusat perdagangan moden
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 05:00 PM | Show all posts
2000 tahun lepas, herodotus menjumpai mesir
-dialah org pertama menjumpai mesir
-tahun 1500an, christopher columbus menjumpai amerika
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 05:31 PM | Show all posts
Reply  manuskrip_lama


    Setuju berkaitan baca banyak bahan2 dari sumber berlainan... Hal ni  ...
midori_katana Post at 17-12-2011 13:58
yeah saya dulu pung time belajar berpikiran yg sama...dus mcm lomah tul umat melayu nih..senang dikotak katik dek brits..tp time ting 1-3 saya agak berminat ngan sejarah sbb cikgu dia best...biler form 4-5..saya cuma minat sejarah dunia sajer..agaknyer result spm sejarah saya pun harapkan sejarah dunia je la..
tp saya didedahkan dr kecik..like tok janggut tu pejuang..ini cter2 dr org tua..atuk nenek...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.526917 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list