View: 13208|Reply: 32
|
7 dulang hati nyamuk & 7 dulang hati kuman
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by ultraman_nexus at 17-12-2011 17:00
salam
antara permintaan puteri gunung ledang kepada sultan mahmud adalah 7 dulang hati nyamuk dan 7 dulang hati kuman yang mungkin tidak masuk akal untuk kita perolehi, tetapi tahukah anda makna sebenar disebalik permintaan tersebut? saya terpanggil untuk shared sedikit maklumat yang saye perolehi sewaktu menghadiri satu wacana mengenai "terbitan ilmiah kurang popular berbanding terbitan hiburan" antara tetamu kehormat yang dijemput ialah Prof. Dr. Abu Hassan Bin Hasbullah. antara ungkapan yang menarik perhatian saya sewaktu beliau menyampaikan syarahan ialah mengenai permintaan puteri gunung ledang kepada sultan mahmud. iaitu 7 dulang hati nyamuk dan 7 dulang hati kuman.
7 dulang hati nyamuk, membawa maksud 7 hati manusia atau pembesar yang sering melakukan penindasan terhadap penduduk di melaka dengan kata lain lintah darat. penggunaan "nyamuk" tiada didalam kosa kata melayu sewaktu itu, ianya telah dikaji sendiri oleh Prof. Dr. Abu Hassan Bin Hasbullah, nyamuk yang disebut melambangkan golongan pembesar dibawah pemerintahan sultan mahmud yang sering menindas rakyat melaka sewaktu itu, dan nyamuk ialah sejenis serangga yang menghisap darah.
7 dulang hati kuman pula membawa maksud 7 hati manusia yang berkelakuan seperti kuman yang akan memberi satu kesan buruk kepada manusia jika tidak ditangani dengan cepat dan akan merosakkan tubuh badan secara kita tidak sedar. 7 hati kuman ialah 7 hati pembesar dibawah pemerintahan Sultan Mahmud yang sering mengampu raja dan mengamalkan rasuah didalam pemerintahan Sultan Mahmud.kuman juga tiada didalam kosa kata melayu sewaktu itu, tetapi ianya muncul didalam kitab salatus salatin sama seperti nyamuk yang turut muncul didalam kitab tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# ultraman_nexus
yes ultraman..
saya setuju.
ini lah kehebatan sastarawan di zaman melayu dulu2.
mereka menggunakan bahasa melayu yg amat tinggi.
then kite kene memahami dan mentafsirnya dgn baik.
bukan menerima sebulat2nya..cth nya 7 dulang hati nyamukk..jadi kene penuhkan hati nyamuk sebanyak 7 dulang.
padahal ini adalah bahasa sastera yg amat tinggi yg digunakan oleh orang melayu time tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by masa_lalu at 17-12-2011 17:46
orang melayu dah tau ttg kuman masa tu!
tapi aku lebih suka versi lagi satu.
tujuh dulang hati kuman = penyakit dan penderitaan rakyat demi memenuhi kehendak sultan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# masa_lalu
hehehehe..
kuman2 yg berbahaya.
yg boleh menyebarkan pengaruh jahat dan menyebabkan jangkit2 sana sini dan akhirnya menjadi lemah dan terumbang ambing.
jejejeje.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# masa_lalu
petikan dari perkataan "kuman" hanya muncul dari kitab salatus salatin, sebelum perkataan "kuman" itu muncul, perkataan tersebut tiada didalam kosa kata melayu kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply masa_lalu
petikan dari perkataan "kuman" hanya muncul dari kitab salatus salatin, sebelum p ...
ultraman_nexus Post at 17-12-2011 17:48
aku faham, kitab karangan tun sri lanang ni pon kitab lama juga,maksud aku orang melayu dah tau ada kuman ni masa tu, bukan zaman puteri gunung ledang |
|
|
|
|
|
|
|
bangsa melayu, bangsa yg suka berkias, bahasanya tinggi dan indah~~
nice info |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# day2
bg sy.
bangsa melayu mempunyai tamadun yg amat tinggi pada suatu ketika dahulu.
then lama kelamaan, tamadun yg tinggi ni jadik rendah.
lgpun, ni kan hukum alam, setiap benda yg kemuncak akan turun, then akan naik balik.
tp tak tahu le bile.
ehehhehe..
kalu kite tgk,
org melayu yg btol2.
sebenarnye amat rajin, bersopan santun, berhemah tinggi, yang paling penting bijak pandai.
org bugis sulawesi sendiri menyatakan org melayu adalah bangsa yg amat bijak. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ultraman_nexus at 17-12-2011 19:10
kebanyakkan orang melayu yang bijak pandai adalah dari zaman pemerintahan kesultanan melayu, namun setelah kehadiran bangsa penjajah, golongan ini telah dibelakangkan serta dibuang negeri oleh kerana hasutan pihak penjajah yang ingin menguasai tanah melayu pada ketika itu, dan akhirnya golongan bijak pandai ini tenggelam dan dilupakan serta dilabel sebagai pengkhianat sedangkan mereka ini berjuang demi mempertahankan tanah melayu yang tercinta, golongan pembesar yang kurang berilmu dan tamakkan harta, termakan dengan sogokan harta dari pihak penjajah sehingga sanggup mengkhianati bangsa sendiri serta negara..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# ultraman_nexus
owh.
mcm mana ultraman leh kata mcm tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ultraman_nexus at 17-12-2011 19:48
antaranya ialah Abdur Rahman bin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong. beliau adalah seorang pejuang agama dan pejuang negara yang turut dilabel sebagai pengkhianat bangsa dan akhirnya beliau dibuang negeri ke singapura dan seterusnya ke Mekkah, dan akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Mekkah, bukan di tempat tanah tumpah darahnya dalam buangan walaupun perjuangan beliau adalah mulia.Ianya terjadi oleh kerana pihak penjajah bimbang akan kebangkitan beliau yang mampu memberi impak yang besar kepada pendudukan bangsa penjajah yang durjana,dan mampu menggugat kedudukan mereka serta merosakkan agenda mereka untuk menguasai bahan mentah di tanah melayu. akhirnya tanah melayu telah kehilangan seorang pejuang yang bijak pandai dan memiliki karisma yang tinggi serta semangat patriotisme yang penuh didada untuk diangkat sebagai pembela bangsa namun dibuang begitu sahaja.... |
|
|
|
|
|
|
|
Permintaan PGL yang lain tu apa pulak maksud kiasan dia?
1 Jambatan emas dari istana Melaka ke puncak gunung ledang
1 Jambatan perak dari istana Melaka ke puncak gunung ledang
7 tempayan air mata anak dara
7 tempayan air pinang muda
Semangkuk darah putera mahkota |
|
|
|
|
|
|
|
best jugak discuss pasal PGL.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# ultraman_nexus
ooo..
tp abdul rhmn limbong n the geng..(tok jngut, dato bhmn, tok gajah) semua ni dh diangkt sbg pjuang pd thn 1970 an kot.
penulis tmptn yg mngangkt tokoh2 ni yg mnyatakn mereka adalah pjuang bngsa n tnh air. |
|
|
|
|
|
|
|
Cis, kena tipu dengan cikgu BM dah bertahun rupanya aku ni. |
|
|
|
|
|
|
|
jadik jambatan emas ngn jambatan perak tu bukan betul2 emas dan perak la yer..mungkin merujuk kepada pertalian,persahabatan...? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# ultraman_nexus
kalau ada butang 'like' sy dh tkn 100 x...hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# manuskrip_lama
memang benar dan tidak disangkal akan kebenaran tersebut bahawa mereka ini diangkat sebagai tokoh dan pejuang bangsa serta negara. namun berbaloikah mereka ini diangkat selepas kematian mereka. mengapa mereka perlu mati sebagai seorang pengkhianat bangsa pada ketika itu? sedangkan agenda perjuangan mereka amatlah mulia. ini semua terjadi oleh kerana terdapat sesetengah golongan pembesar yang sebangsa dengan pejuang ini yang kurang bijak menggunakan akal fikiran serta tidak dapat melakukan pertimbangan didalam memberi hukuman secara waras setelah diracuni dengan harta serta kuasa yang disogok oleh penjajah durjana sehingga akhirnya pejuang-pejuang ini dilabel sebagai pengkhianat bangsa serta dijatuhi hukuman yang kurang wajar pada mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 19# ultraman_nexus
owh.
btol2.
tp sy percaya.
zaman dorg ni, mesti ada yg menganggap mereka sbg pejuang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|