CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Universiti di Perancis

[Copy link]
Post time 19-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tawar ijazah sarjana muda, PhDLULUSAN sekolah mempunyai pilihan mendapat ijazah sarjana muda hingga ke peringkat doktor falsafah (PhD) dari universiti di Perancis dengan peluang bersaing dengan pelajar seluruh dunia.\n\n\n\n  Negara berkenaan menggalakkan kemasukan pelajar antarabangsa dengan Campus France sebagai agensi yang mengadakan promosi di seluruh dunia.\n\n\n\n\n\n  Penasihat Program Kejuruteraan Campus France, Prof Dr Jean-Pierre Trotignon, berkata negaranya menawarkan kelayakan akademik pada peringkat siswazah dan pasca siswazah yang mendapat pengiktirafan global.Beliau yang juga Pengarah Eksekutif n+i, iaitu pertubuhan gabungan 70 grandes ecoles (sekolah kejuruteraan) di Perancis berkata, negaranya mempunyai program khas untuk graduan kejuruteraan seluruh dunia meneruskan pengajian peringkat sarjana.Katanya, graduan yang sudah mempunyai ijazah sarjana muda kejuruteraan dari negara masing-masing akan disaring untuk mengikuti program dua tahun di grandes ecoles itu.  Beliau berkata, program persediaan n+i di Malaysia selama enam bulan disediakan Universiti Kuala Lumpur-Malaysia France Institute.\n\n\n\"Sesi pengajian di grandes ecole bermula pada September setiap tahun dan graduan kejuruteraan boleh memohon antara Ogos hingga Mac sebelum kakitangan dari n+i  menemubual mereka.\"Kami akan meneliti keputusan akademik untuk empat tahun peringkat ijazah sarjana muda dan grandes ecole pula akan menawarkan tempat kepada graduan yang mempunyai motivasi tinggi,\" katanya diketika ditemui di sini, baru-baru ini.Trotignon berkata, lebih 2,000 graduan sarjana antarabangsa dari 64 negara sudah dilahirkan oleh grandes ecoles menerusi kerjasama n+i sejak 10 tahun lalu.Perancis juga mempunyai lebih 200 institusi atau universiti teknologi yang menganugerahkan ijazah sarjana muda kejuruteraan yang bernaung di bawah Majlis Sekolah Kejuruteraan dan Universiti Teknologi (CDEFI).Sementara itu,  Wakil CDEFI ke Kesatuan Eropah, Prof Michel Mudry, berkata institusi kejuruteraan di Perancis mempunyai kekuatan dalam semua pengkhususan seperti telekomunikasi, tenaga, elektronik, komputer, penerbangan, aeroangkasa atau mekanikal.Katanya, standard pendidikan kejuruteraan di Perancis berada pada tahap tinggi kerana kualitinya dikawal badan profesional Commission des titres d\'ingenieur (CTI) yang memberi akreditasi kepada institusi setiap enam tahun.Beliau yang juga bekas pensyarah University of Orleans, Perancis, berkata institusi kejuruteraan di negara itu juga mempunyai hubungan rapat dengan industri.\"Jurutera yang sedang bekerja menjadi pensyarah di universiti dan grandes ecoles supaya pelajar mendapat pendedahan mengenai perkembangan terkini dalam setiap bidang.\"Pelajar kejuruteraan pula mesti menjalani latihan industri sekurang-kurangnya tujuh bulan sama ada di Perancis atau di negara lain,\" katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 78932 Replies : 3297
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13682 Replies : 117
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20325 Replies : 98
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 299442 Replies : 7413
Perangkap halus kewangan :Buy Now Pay Later galak rakyat Malaysia berhutang.Anda setuju?
YgBenarPerangkap halus kewangan :Buy Now Pay La
Views : 8421 Replies : 39
ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น @UFADEAL เว็บพนันครบวงจร ไม่ผ่านเอเย่นต์
poppy5ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น
Views : 6466 Replies : 0
แทงบอลยูโร สมัครแทงบอลยูโร @UFADEAL เว็บแทงบอลยูโรที่ดีที่สุด เว็บตรง
poppy5แทงบอลยูโร สมัครแทงบ
Views : 6568 Replies : 0
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4648 Replies : 4
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 10841 Replies : 86
Korang beli lagi tak surat khabar
makitingKorang beli lagi tak surat khabar
Views : 11430 Replies : 77

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.046042 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list