View: 2386|Reply: 13
|
Pengasas Facebook lawat Vietnam
[Copy link]
|
|
MARK ZUCKERBERG (tengah) diberikan bunga sebelum dia melawat Ha Long Bay di wilayah Quuang Ninh kelmarin.
|
HANOI, Vietnam - Pengasas bersama laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg melakukan lawatan rahsia bersama kekasihnya Priscilla Chan ke Vietnam, lapor akbar VnExpress kelmarin.
Berdasarkan laporan beberapa sumber, VnExpress menyatakan, Zuckerberg telah menyewa satu penerbangan dari Bangkok menuju ke Lapangan Terbang Noi Bai di Vietnam pada 22 Disember lalu.
Beliau diberikan visa untuk memasuki Vietnam dari 12 Disember selama dua minggu.
Seorang pembaca menelefon jabatan pengarang VnExpress untuk memberitahu, dia dapat mengecam Zuckerberg bersama teman wanitanya semasa terserempak dengan mereka pada Jumaat lalu.
Menurut sumber, Zuckerberg ketika itu memakai baju-T bersama pakaian sukan.
Selepas melawat Penjara Hoa Lo di pusat bandar raya ini, beliau berkunjung ke sebuah kedai telefon bimbit dan kedai jean Levis sebelum kembali ke hotel penginapannya di sini.
KEPALA Mark Zuckerberg (dua dari kiri) ditutup dengan baju yang dipakainya di wilayah Quuang Ninh kelmarin.
Tambahnya, pemilik Facebook itu kelihatan peramah tetapi beberapa pengawai peribadinya bertindak menghalang orang ramai daripada merakam gambarnya.
Selain sumber berkenaan, beberapa lagi sumber menyatakan, Zuckerberg menginap di sebuah hotel lima bintang, dipercayai sama ada Hotel Hilton atau Hotel Sofitel Metropole yang terletak dekat Tasik Hoan Kiem di sni.
Bilionair berusia 27 tahun berada di Vietnam dipercayai kerana kunjungan peribadi sempena cuti perayaan Krismas di Amerika Syarikat.
Beberapa sumber menyatakan, beliau akan melawat sebuah tapak pelancongan popular di Vietnam, dipercayai Pulau Con Dao.
Dalam perkembangan terbaru, Zuckerberg bersama sembilan pengiringnya bermalam di Ha Long Bay yang dilabel sebagai antara tujuh keajaiban alam semula jadi di dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook itu sempat melakukan aktiviti berkayak dan melawat beberapa buah gua di teluk berkenaan.
Beberapa lagi sumber memberitahu, sebelum pergi ke Ha Long Bay, Zuckerberg dan teman wanitanya itu telah berkunjung ke pusara Ho Chi Minh di sini.
Pada Hari Krismas pula, Zuckerberg melakukan perjalanan ke Sapa yang merupakan destinasi popular wilayah Lao Cai, utara Vietnam. - Agensi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ini menunjukkan Mark Zuckerberg lebih mengenali Vietnam berbanding Malaysia... Vietnam truly Asia... |
|
|
|
|
|
|
|
tak singgah Malaysia ke, Mark? Malaysia negara ke-17 pengguna Facebook teramai di dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Zuckerberg bersama sembilan pengiringnya bermalam di Ha Long Bay yang dilabel sebagai antara tujuh keajaiban alam semula jadi di dunia......
Malaysia xdak dalam list...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
mark takut kot mai sini sbb Malaysia terkenal dgn sentimen anti yahudi nye. |
|
|
|
|
|
|
|
mark takut kot mai sini sbb Malaysia terkenal dgn sentimen anti yahudi nye.
idola Post at 27-12-2011 14:48
good point. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dah kaya.... hidup umpama dalam fantasi jerrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
untung nyer jd kekasih dia nie... |
|
|
|
|
|
|
|
dia wat apa kat vietnam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kisah la nak pegi manapun janji jangan bawa dakyah yahudi |
|
|
|
|
|
|
|
DUNIA
Zuckerberg tunggang kerbau
GAMBAR yang dirakamkan pada Isnin lalu menunjukkan Mark Zuckerber menunggang seekor kerbau dengan seorang petani berjalan di tepi haiwan itu di lokasi pelancongan terkenal, Sapa di wilayah Lao Cai, Vietnam.
HANOI, Vietnam - Pengasas bersama laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg menunggang seekor kerbau semasa dia melawat Vietnam selama beberapa hari sempena cuti perayaan Krismas di Amerika Syarikat (AS).
Bilionair berusia 27 tahun itu tiba di Vietnam dengan menaiki penerbangan sewa khas bersama teman wanitanya, Priscilla Chan dan beberapa pengawal peribadi pada 22 Disember lalu.
Penolong Pengurus Hotel Topas Ecolodge, Le Phuc Thien berkata, Zuckerberg tinggal di hotel berkenaan di bandar Sapa, kawasan peranginan utara Vietnam pada Hari Krismas.
Pada hari yang sama, beliau turut mencuba pengalaman menunggang kerbau dengan seorang petani berada di sisi haiwan itu.
Zuckerberg yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook kemudian dibawa bersiar-siar di sekitar resort berkenaan. Dia mengasaskan Facebook pada 2004.
Pemerintah Vietnam menyekat penduduknya melayari laman Facebook dan beberapa laman web lain.
Kredit : Kosmo Online
Gambo:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... ia&pg=du_03.htm |
|
|
|
|
|
|
|
la...dia nak pegi bercuti je kot...tu pun jadi isu...
duit dia...suka dia la nak bercuti ke mana....ape daaa... |
|
|
|
|
|
|
| |
|