CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202|Reply: 0

Program 'Reach and Teach' beri manfaat 4,047 pelajar SJKT

[Copy link]
Post time 28-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PROGRAM \'Reach and Teach\' anjuran Yayasan Pembina Masyarakat (CBF) dan MIC memberi manfaat kepada 4,047 pelajar sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) seluruh negara.\rPengerusi CBF, Datuk G Palanivel, berkata program berkenaan bermula April lalu dan mendapat kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.\r\n\n\n\n\r  Aktiviti berkenaan kata beliau, membabitkan 25 buah SJKT di semenanjung iaitu 16 sekolah kategori sekolah bandar manakala bakinya luar bandar.\r\r\n\n\n\n\n  “Daripada jumlah 4,047 itu, seramai 2,050 pelajar adalah dari kelas pemulihan dan 1,997 lagi pelajar yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),” katanya ketika melancarkan program berkenaan di SJKT RRI, Sungai Buloh, baru-baru ini.\rBeliau yang juga Presiden MIC berkata, program berkenaan turut membabitkan 489 tenaga pengajar bagi menguruskan bengkel dan seminar kepada pelajar berkenaan.\rKatanya, CBF akan menyumbang sebahagian kos bagi mengendalikan program berkenaan.\r“Pelajar akan didedahkan tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.  Semua kelas ini diadakan dua kali seminggu, selama dua jam setiap sesi. Ia akan bermula selepas waktu persekolahan sebenar tamat.\r\n\n\n\r“Setiap pelajar dikehendaki menghadiri 15 sesi kelas dengan 15 set modul yang disediakan kementerian.  CBF turut membekalkan alat tulis dan modul latihan kepada peserta,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.034024 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list