CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8876|Reply: 7

[Tempatan] Ibu sebak umum pengantin perempuan batal perkahwinan saat akhir

[Copy link]
Post time 1-10-2024 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 1-10-2024 11:01 PM

SHAH ALAM – Tular di media sosial apabila seorang ibu sebak mengumumkan majlis perkahwinan anak lelakinya tidak akan berlangsung kerana calon isteri menarik diri pada saat akhir.



Susulan daripada itu, wanita berkenaan memaklumkan bahawa keluarganya mengambil keputusan untuk meneruskan ‘hari bahagia’ itu dengan mengadakan majlis bacaan doa selamat.

“Dengan berat hati saya dan keluarga ingin memberitahu, di atas sebab-sebab tertentu… pengantin perempuan telah membatalkan majlis perkahwinan ini pada saat akhir.

“Disebabkan berlakunya pembatalan saat akhir, saya tidak dapat membuat pemakluman pembatalan tersebut kepada setiap jemputan kerana ketika itu saya tidak mempunyai kekuatan dan saya juga tidak mampu untuk bersoal jawab dengan setiap soalan yang akan ditanya.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk teruskan majlis bukan kerana persiapan sudah siap tetapi saya perlu memberitahu sendiri (situasi sebenar) di dalam majlis ini. Dengan pembatalan daripada pengantin perempuan, saya dan keluarga mengadakan majlis bacaan doa selamat yang dipimpin ustaz dan anak-anak tahfiz,” katanya menerusi satu hantaran di TikTok pada Selasa.

Dalam pada itu, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Adam berkata, walaupun sudah cuba mempertahankan hubungan tersebut namun dia masih gagal dan reda dengan ketentuan ditetapkan ALLAH SWT.

Ujarnya, hantaran itu hanya sekadar perkongsian tentang perjalanan hidup kerana bagi dia di dalam dunia ini masih ada ujian yang lebih mencabar.

“Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada ALLAH SWT kerana DIA yang benarkan kita untuk berada di sini walaupun perancangan asalnya tidaklah seperti yang kita rancang, namun apa yang jadi ada hikmahnya.

“Terima kasih kerana sudi meluang masa, datang dan berkumpul. Janganlah (disebabkan) kesedihan kami ini, menjadi sesuatu perkara yang menghalang anda untuk bergembira hari ini. Maafkan kami kalau ada salah silap dan info, kami tak dapat elak apa yang jadi… ini semua takdir ALLAH.

“Pada saya, perkara ini terjadi ada hikmah dan pengajaran untuk kedua-dua belah pihak. Semoga dikembalikan semua doa yang baik ini kepada anda semua,” katanya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kos kenduri bukan murah zaman skrg nih... iskkk kalo x suka jgn terima lamaran
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit hantaran pulang blk ke x tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kemungkinan boleh kena tindakan saman? Minta gantirugi.. majlis kat dewan cantik gitu mau 40k perginya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 12:12 AM | Show all posts
kena dengar cerita kedua belah pihak
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 12:26 AM | Show all posts
shida81 replied at 1-10-2024 03:28 PM
Duit hantaran pulang blk ke x tu

Boleh menimbulkan gangguan bekalan kewangan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2024 12:33 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan Puan dan keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tengok mak dia menangis. Tapi tak cerita pulak kenapa pengantin pompuan taknak kahwin last minit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.036490 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list