CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 104|Reply: 0

Ikhlas tingkat ketakwaan Muslim

[Copy link]
Post time 29-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Jujur laksana tanggungjawab, ibadat   tugas utama  manusiaBELUM terlewat kita ambangkan 2012 dengan penuh insaf dan syukur. Segala yang berlaku menjadi pengajaran. Untuk tahun baru, tentu azam dan perancangan dinobat lagi, tidak lain dan tidak bukan  merealisasikan hasrat dan tekad  baru, semoga ia menjanjikan kehidupan lebih baik daripada  sebelumnya. \n\n\n\n Sebagai makhluk menjunjung tugas khalifah, setiap manusia tidak terlepas daripada tanggungjawab kepada Yang Maha Mencipta, sesama manusia dan makhluk serta   diri sendiri. Semuanya  semata-mata  ketaatan kepada Allah SWT. \n\n\n\n\n\n Tujuan diciptakan manusia sebagai  makhluk di muka bumi ini  semata-mata untuk beribadah kepada Allah SWT. Apa juga tindak tanduk bukan  ibadat ialah perbuatan  sia-sia dan tidak mendapat ganjaran kebaikan di akhirat kelak, bahkan hanya menjadi amalan  diri sendiri, sedangkan  pekerjaan  dilakukan dengan susah payah boleh menjadi ibadat dan meningkatkan  ketakwaan kepada Allah SWT. Itulah kelebihan orang  bekerja. Selain mendapat upah dan  meningkatkan kemahiran,  kerja  dilakukan dengan penuh keikhlasan dan terjaga dalam batas syariat  dianggap ibadat yang  mendekatkan diri kepada Allah serta memungkinkan  terpilih bersama golongan beruntung di akhirat. Beribadah bukan saja tertakluk kepada solat, puasa, menunaikan zakat dan haji  tetapi meliputi semua perbuatan termasuk menuntut ilmu, mengajar, berjual beli, mentadbir, berpolitik hatta makan dan minum, asalkan ia dilakukan kerana takut kepada Allah. Kerja bukanlah semata-mata  menuntut kita berada di pejabat. Ia bukan juga  memerlukan kelulusan  tinggi. Ia  tidak termasuk usaha  mencuri, merompak atau membunuh kerana ia bukan usaha dilakukan untuk menjadikan sesuatu itu lebih baik daripada sebelumnya. Dalam bidang pendidikan contohnya, sudah tentu mereka yang menuntut ilmu berhasrat menjadi orang  arif sekali gus membebaskannya daripada belenggu kejahilan dan nafsu jahat yang menjadikannya sombong kepada Allah. \n\n\n Begitu juga orang yang mengajar, mereka  sedaya upaya mendidik sesiapa saja yang memerlukan ilmu agar mereka keluar daripada kepompong kejahilan dan hawa nafsu, dan menambahkan umat yang patuh kepada perintah  Allah, bersandarkan ilmu diperoleh. Mereka menjadikan kerjaya mengajar sebagai ibadat tidak akan mengajar untuk mendapat gaji bulanan dan bonus tahunan, atau dinaikkan pangkat dan berkira dengan titik peluh atau masa perlu dilaburkan melebihi sepatutnya. Ini kerana mereka pasti keikhlasan  menabur bakti akan mengakrabkan diri kepada Allah dan menjadi nilai tambah dalam kewajipan sedia ada.Paling utama ialah kerja  dilakukan isteri atau ibu yang merangkumi komitmen dalam sfera awam dan domestik. Sebagai  pekerja  bertanggungjawab  dalam bidang tertentu,  isteri atau ibu akan bertugas seperti orang lain untuk memenuhi objektif, misi dan visi organisasi, manakala dalam masa  sama mereka juga perlu memberikan komitmen tinggi kepada tugas domestik, untuk memenuhi keperluan setiap ahli keluarga. Bebanan kerja yang tinggi dan waktu bekerja tidak terbatas bukan boleh dilakukan semua orang. Perlu kita ingat bertambah atau berkurangnya komitmen kita dalam bekerja tidak akan memberi kesan langsung kepada Dia yang menyuruh kita melakukan kerja sebagai ibadat. Allah tidak mengharapkan walau satu sen pun daripada upah kita berkerja, sebaliknya semuanya adalah untuk kita sendiri, bahkan sekiranya kita menjadikan kerja sebagai ibadat, kita  mendapat manfaat daripadanya pada hari pengadilan kelak. Perkara ini jelas dinyatakan  dalam firman Allah  bermaksud: “Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepada-Ku, Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah Dialah saja yang memberi rezeki kepada sekalian makhluk-Nya dan Dialah saja yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh Kekuasaan-Nya”. (Surah Az-Zaariyaat ayat 56-58)Allah memandang rendah kepada orang yang tidak bekerja. Mereka  sentiasa meminta-minta dan tidak mampu menunaikan tanggungjawab kepada diri,   keluarga, agama, bangsa dan negara, bahkan menjadi beban kepada orang lain, sedangkan sesiapa yang berusaha  mencukupi keperluan keluarganya dan tidak berharap kepada bantuan orang lain termasuklah kedua ibu bapanya adalah jihad fisabilillah.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 299341 Replies : 7413
Perangkap halus kewangan :Buy Now Pay Later galak rakyat Malaysia berhutang.Anda setuju?
YgBenarPerangkap halus kewangan :Buy Now Pay La
Views : 8421 Replies : 39
ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น @UFADEAL เว็บพนันครบวงจร ไม่ผ่านเอเย่นต์
poppy5ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น
Views : 4446 Replies : 0
แทงบอลยูโร สมัครแทงบอลยูโร @UFADEAL เว็บแทงบอลยูโรที่ดีที่สุด เว็บตรง
poppy5แทงบอลยูโร สมัครแทงบ
Views : 4447 Replies : 0
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4648 Replies : 4
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 10841 Replies : 86
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13610 Replies : 114
Korang beli lagi tak surat khabar
makitingKorang beli lagi tak surat khabar
Views : 11430 Replies : 77
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20305 Replies : 97
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 74238 Replies : 322

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.052548 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list