CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

Keturunan bukan jaminan warisi iman

[Copy link]
Post time 29-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MENJADI  mukmin pasti melalui pelbagai ujian  daripada Allah SWT bagi  menguji  adakah dirinya mukmin sebenar atau  munafik. Allah  tegas menggolongkan kaum munafik  yang suka berdusta  orang tidak beriman walaupun  mengakui dirinya beriman.Firman Allah bermaksud: “Di antara manusia ada  mengatakan, kami beriman kepada Allah dan hari kemudian, pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman.” (Surah al-Baqarah, ayat 8).\n\n\n\n Kita menyedari iman tidak boleh diwarisi daripada orang tua atau nenek moyang. Iman dan Islam bukan secara automatik diwariskan daripada orang tua  kepada  keturunannya. Mengakui orang beriman harus melalui ujian dan perjuangan dalam memelihara iman dan tauhid serta kesungguhan doa kepada Allah agar  menunjukkan kita  hidayah dan keselamatan dunia dan akhirat.\n\n\n\n\n\nUstaz yang salih tidak serta merta mempunyai  keturunan yang juga alim. Jangankan  ustaz, bahkan nabi pun tidak selalu anaknya menjadi orang beriman. Hal ini berlaku  dalam kisah Nabi Allah Nuh AS. Firman Allah bermaksud: “Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku, termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itu  benar. Dan Engkau adalah hakim  seadil-adilnya.” Allah berfirman bermaksud: “Wahai Nuh, sesungguhnya dia bukan termasuk keluargamu (yang dijanjikan selamat), sesungguhnya perbuatannya  tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakikatnya). Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu agar kamu jangan termasuk orang yang tidak berpengetahuan.” (Surah Hud, ayat 45-46).Allah menegur Nabi Nuh agar jangan menganggap anaknya yang condong memilih kafir daripada iman sebagai keluarganya. Bahkan Allah melarang Nabi Nuh mengajukan doa  mencerminkan seolah-olah dirinya sebagai nabi tidak berpengetahuan dalam persoalan  akidah sebagai pengikut setia antara umat manusia, bahkan antara anak dan ayah.Demikian pula dengan Nabi Muhammad SAW. Baginda dengan tegas memperingatkan kepada  keturunannya agar jangan menganggap garis keturunan sebagai  automatik mendatangkan keistimewaan dibandingkan dengan orang lain. Tidak semestinya seseorang yang menjadi sebahagian daripada ahlil bait Rasulullah menjadi yakin dan pasti  dirinya akan masuk syurga dan memperoleh syafaat Nabi Muhammad SAW. \n\n\nSabda Rasulullah bermaksud: “Ahlil baitku berpandangan mereka adalah orang paling berhak mendapat syafaatku, pada hal tidaklah demikian. Sesungguhnya para waliku di antara kamu sekalian ialah yang bertakwa, siapapun kamu dan di manapun adanya.” (Diriwayatkan  Ibnu Abi Ashim, dalam As-Sunnah)Umat Islam harus faham  zaman  ini adalah era penuh fitnah di mana ancaman utama ialah munculnya gejala ‘murtad tanpa sedar’ sehingga Nabi SAW menggambarkan seperti  malam yang gelap gelita.Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Segeralah kamu beramal sebelum datangnya fitnah seperti malam  gelap gelita. Pada pagi seorang lelaki masih mukmin, lalu menjadi kafir pada petang hari. Pada petang hari seorang lelaki masih mukmin, lalu menjadi kafir pada pagi harinya. Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia.” (Hadis riwayat Muslim).Hadis ini menggambarkan dengan tepat keadaan dunia sekarang. Fitnah sudah merebak  sama ada  ideologi, politik, sosial, ekonomi, budaya, hukum, pendidikan dan sebagainya.  Jelas dan tegas Nabi Muhammad SAW mengatakan yang bermaksud: “Pagi beriman, petangnya kafir.”Semoga kita ditunjukkan Allah jalan  lurus (siratal mustaqim), iaitu jalan orang yang diberikan nikmat, bukan jalan orang  dimurkai, dan bukan jalan orang yang sesat.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 299341 Replies : 7413
Perangkap halus kewangan :Buy Now Pay Later galak rakyat Malaysia berhutang.Anda setuju?
YgBenarPerangkap halus kewangan :Buy Now Pay La
Views : 8421 Replies : 39
ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น @UFADEAL เว็บพนันครบวงจร ไม่ผ่านเอเย่นต์
poppy5ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น
Views : 4446 Replies : 0
แทงบอลยูโร สมัครแทงบอลยูโร @UFADEAL เว็บแทงบอลยูโรที่ดีที่สุด เว็บตรง
poppy5แทงบอลยูโร สมัครแทงบ
Views : 4447 Replies : 0
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4648 Replies : 4
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 10841 Replies : 86
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13610 Replies : 114
Korang beli lagi tak surat khabar
makitingKorang beli lagi tak surat khabar
Views : 11430 Replies : 77
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20305 Replies : 97
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 74238 Replies : 322

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.047658 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list