CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1603|Reply: 5

Mayat Kim Jong-il diarak

[Copy link]
Post time 29-12-2011 09:47 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR menunjukkan keranda Kim Jong-il diletakkan di atas bumbung sebuah kereta limousin di sebatang jalan raya di Pyongyang semalam.



PYONGYANG - Stesen televisyen Korea Utara semalam menyiarkan majlis perarakan jenazah bekas pemimpin negara itu, Kim Jong-il.Imej itu menunjukkan puluhan ribu askar menundukkan kepala di sebuah kawasan bersalji di luar Istana Memorial Kumsusan di sini.


Sebuah kereta limousin yang membawa potret Jong-il mengetuai perarakan mayat.Kereta tersebut bergerak perlahan dari Istana Memorial Kumsusan.Anak bongsu Jong-il dan penggantinya, Kim Jon-un yang berusia lewat 20-an dan beberapa pegawai tentera serta awam berjalan di tepi kereta itu.Kereta itu membawa keranda di atas bumbung.

Jong-un memakai pakaian berwarna hitam tanpa sarung tangan dalam cuaca sejuk.Antara pegawai kanan yang mengiringi jenazah itu ialah Jang Song-thaek yang merupakan bapa saudara Jong-un.Song-thaek yang juga Naib Pengerusi Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan dijangka memainkan peranan penting bagi membantu Jong-un memimpin negara.

Jong-un kini digelar sebagai pemimpin tertinggi parti komunis, negara dan tentera.Jong-il memerintah ekoran kematian bapanya pada 1994.


Beliau mati akibat serangan penyakit jantung pada 17 Disember semasa berusia 69 tahun. - Agensi


P/s : RIP Kim Jong-il

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2011 10:25 AM | Show all posts
semalam tgk kt tibi psl ni kan..
ekceli pengetahuan ai dlm bidang2 gini sgt la tandus nyer........
almost sume rakyat korea meratap sendu kematian dia nieh.....
dia ni pemimpin yg baik ke?........ce cite sikit.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 10:55 AM | Show all posts
gile ah, x tanam2 lg ke, ataupun dia ni di awet
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 11:49 AM | Show all posts
baik tahap sampah....semua rakyat die kena brain wash sampai...internet pon kat sana xde...ekonomi tahap afirika sana...sapa2 rakyat yg ade cubaan lari dr negara sendiri kena tembak satu family
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 03:24 PM | Show all posts
semalam tgk kt tibi psl ni kan..
ekceli pengetahuan ai dlm bidang2 gini sgt la tandus nyer........
...
martiena Post at 29-12-2011 10:25



    kan.. aku tgk gigih rakyat2 dia dok nangis meraban penuh perasaan... dok pk la jugak.. apa la sumbangan besar mendiang smpai dikenang mcm tu sekali.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 08:17 PM | Show all posts
North Korea... negara yang amat misteri sekali.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.055816 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list