CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1902|Reply: 9

Kereta mesra alam serba boleh

[Copy link]
Post time 4-1-2012 12:04 PM | Show all posts |Read mode

KERETA yang dihasilkan uintuk pertandingan anjuran syarikat Volkswagen.
      
BEIJING: Seorang pencipta China menghasilkan rekaan baru sebuah kereta yang menakjubkan, yang boleh bergerak di atas jalan tar, pasir, ais dan juga air.
Kenderaan itu yang mempunyai kelajuan maksimum 92 kilometer sejam dan beroperasi seperti  hoverkraf, boleh bergerak antara permukaan itu tanpa gangguan.

Yuhan Zhang, 21, menghasilkan kereta yang diberi nama Volskwagen Aqua untuk menyertai pertandingan anjuran syarikat pembuat kereta Jerman itu.
Ia dilengkapi dengan empat kipas dan digabungkan dengan dua beg angin yang boleh menggelembung untuk membolehkannya bergerak seperti hoverkraf.

Ia juga mesra alam kerana kedua-dua motornya menggunakan kuasa hidrogen tanpa mengeluarkan sebarang karbon.

Satu daripada motor itu menggelembungkan ‘skirt’ di sekeliling kenderaan itu untuk membolehkannya terapung sementara satu lagi memacunya ke depan dan mengawal arah.


“Tidak ada pengangkutan yang lebih baik daripada kenderaan kusyen udara kerana ia boleh bergerak dengan baik di darat, ais dan air.

“Saya berharap Aqua satu hari nanti akan menjadi  kereta super yang mampu dimiliki oleh orang awam,” kata Zhang.

Peserta pertandingan berkenaan  dikehendaki  menghasilkan sebuah kenderaan yang boleh digunakan di luar jalan raya. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2012 12:05 PM | Show all posts
Yuhan Zhang, 21, menghasilkan kereta yang diberi nama Volskwagen Aqua untuk menyertai pertandingan anjuran syarikat pembuat kereta Jerman itu.


Mudanyaaa pereka ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 01:01 PM | Show all posts
cerah masa depan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 01:21 PM | Show all posts
bagusnya budak niii
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 05:18 PM | Show all posts
Mcm ni la bagus...
Xla asik wat produk tiruan jah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 05:20 PM | Show all posts
tang mana pintunya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2012 09:04 PM | Show all posts
very useful... budak ni mmg very brilliant
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 12:53 AM | Show all posts
bila nak klua kete ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 01:07 AM | Show all posts
This car design already looks very interesting
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 01:55 PM | Show all posts
tp aku rasa kete ni xboleh turun naik bukit...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.074847 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list