CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 34029|Reply: 66

[2012] Filem Sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh : Feteh 1453

[Copy link]
Post time 13-1-2012 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by isabel at 12-3-2012 16:50

Filem sejarah kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya menakluki Kota Konstantinopel seperti yang disabda oleh baginda Rasulullah SAW:


“Akan dibuka konstantinopel itu yang mana sehebat-hebat pemimpin ketika itu adalah pemimpinnya dan sehebat-hebat tentera adalah tenteranya”. ( Riwayat Imam Ahmad didalam musnadnya dan al-Hakim dalam Mustadrak dengan sanad yang sohih.)

Filem ini akan ditayangkan secara rasmi di Turki pada 17 Februari 2012.



Laman web rasmi: http://www.1453fetih.com/

Harap filem ini dapat dibawa masuk ke Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2012 08:32 PM | Show all posts
...huhuh best nie....better than mer...ehem
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 09:36 PM | Show all posts
pnh tgk yg animasi.
sgt seronok!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 03:52 AM | Show all posts
takde sbb takleh nak tayang dekat mesia..kalau tak boleh jugak!! WTH!

tak sabar nak tunggu tgk!! tgk trailer pun rase cam sgt best!! sejarah islam!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2012 09:23 AM | Show all posts
Reply 4# mrs.senah
filem ni dari turki, pernah ke filem dari turki dibawa masuk ke malaysia?

sayangnya kalau tak boleh tgk...kena tunggu yt la kalau camtu...huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2012 09:24 AM | Show all posts
Reply 3# im_cyclist

saya pun dah tgk animasi, mmg sgt hebat Sultan Muhammad Al-Fateh... skrg live action movie pulak, mesti lg best!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-1-2012 09:26 AM | Show all posts
sementara movie ini belum ditayangkan, jom kita mengenali sejarah ringkas pembukaan konstantinople dan Sultan Muhammad Al-Fateh. sumber iluvislam.

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.

Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2012 09:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by lowgil at 14-1-2012 09:38

Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?
Biodata Ringkas

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.


Baginda menaiki takhta ketika berusia  19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.


Pendidikan

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan,  memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.


Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.


Keperibadian

Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.


Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.


Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.


Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2012 09:37 AM | Show all posts
Melancarkan Seragan ke atas Konstantinopel

Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan Raaja Bizantin menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn (BOLEH LIHAT SCENE INI DLM TRAILER). Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Bizantin habis terbakar dek bedilan meriam Uthmaniyyah. Pertahanan Bizantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah SAW dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Bizantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Bizantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar (laungan Allhuakbar seperti dalam Trailer!!!).

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. (scene solat pun ada! ALLAHUAKBAR!!)

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.

Dinihari kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan ketamadunan dan kegemilanagan ISLAM ini kembali. Ayuh, kita mulakan langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha menakluk kota hebat Konstantinopel.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 10:55 AM | Show all posts
rasanya x ada filem turki yg ditayangkan kt malaysia, so tunggu download jer
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 12:52 PM | Show all posts
ada scene sultan muhammad fatih xberbaju dgn pompuan?
i rather not watch this twisted version of sultan fateh history..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 02:03 PM | Show all posts
Reply 11# beta_carotene


    yalah, sepatutnya babak mcm tu x payah la,
walau pun scene somi istri mcm x best jer..mesti pengarah nak naikkan rating..ada babak2 mcm tu film boley meletop..mcm siot jer
:@
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 02:29 PM | Show all posts
macam best je cite nih.........
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 03:52 PM | Show all posts
Melancarkan Seragan ke atas Konstantinopel

Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda mengh ...
lowgil Post at 14-1-2012 09:37



   i loike!!! sinopsis tentang sejarah muhammad al-fateh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 03:52 PM | Show all posts
Reply  mrs.senah
filem ni dari turki, pernah ke filem dari turki dibawa masuk ke malaysia?

saya ...
lowgil Post at 14-1-2012 09:23



   kenapa tak boleh yer?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 09:29 AM | Show all posts
Bukan tak boleh tapi Mesia nie berkiblatkan Hollywood dan Bollywood jer..
Jarang filem-filem yang bagus (contoh dari France n Iran) ditayangkan kat sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2012 09:35 AM | Show all posts
filem pasal Isketambola
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 11:41 AM | Show all posts
WILL BE RELEAADED IN: TURKEY, GERMANY,NETHERLANDS, BELGIUM, AUSTRIA, FRANCE, GREAT BRITAIN, SWITZERLAND, TURKISH REPUBLIC OF NORTHERN CYPRUS, MIDDLE EAST COUNTRIES, INDONESIA, MALAYSIA, RUSSIA..

best3...........................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 02:27 PM | Show all posts
Reply 18# GuaAnakMelaka

wow, ditayangkan di Malaysia
serbu pawagam, 17 Februari ni jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 02:29 PM | Show all posts
Reply 19# lowgil


   itu kena tepon FINAS....

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor,
MALAYSIA.
No. Tel: 603-41041300
No. Fax: 603-41075216
Emel: [email protected]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.153079 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list