Reply 18# budakgraphic
Pembiayaan Coshare-Kuwait House Of Finance
Peminjam dinasihatkan tidak mengguna khidmat agen-agen pemasaran yang mengenakan pelbagai caj atau yang membagi hadiah yang boleh membebankan peminjam.
(Sila membaca bahagian pendedahan pembiayaan ini sebelum anda membuat keputusan sebelum mengambil pinjaman KFH MURABAHAH PEMBIAYAAN PERIBADI-i KERAJAAN.
Pastikan anda sudah membaca terma-terma dan syarat-syarat pembiayaan ini dengan rinci)
Kuwait Finance House (Malaysia) Bhd KFH MURABAHAH PEMBIAYAAN PERIBADI-I KERAJAAN
Sifat pembiayaan Coshare-KFH Produk ini adalah sejenis pembiayaan peribadi Islam yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan dengan pengiraan berasaskan kadar yang berpatutan dan tetap.
Konsep Shariah yang digunakan -Murabahah adalah merupakan suatu konsep penjualan aset pada harga beli ditambah dengan keuntungan (kos tambah dengan keuntungan jualan) yang dipersetujui. -Tawaruq Harfiah berasal daripada perkataan “wariq” yang bermaksud “dirham” (wang) yang diperbuat daripada perak, konsep ini digunakan untuk kemudahan pembiayaan tunai, di mana pelanggan yang benar-benar memerlukan untuk membeli sesuatu secara kredit daripada Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad dengan pembayaran tangguhan, berdasarkan Murabahah dan kemudian dijual balik kepada pihak ketiga untuk mendapatkan tunai. Dengan cara ini, pelanggan boleh memperolehi tunai tanpa mendapatkan pinjaman yang menghasilkan faedah.
Ciri-ciri pembiayaan Coshare-KFH Kadar faedah 4.99% : Pelanggan akan di beritahu tentang kadar keuntungan yang terkini menerusi pelbagai saluran komunikasi yang disediakan oleh pihak Bank Jumlah Pembiayaan : Minima RM5,000.00 sehingga RM200,000.00 Margin Pembiayaan : Margin adalah 60% dari jumlah gaji /pendapatan Pendapatan Minima : Minima RM1,000.00 setiap bulan Tempoh Pembiayaan : Minima 3 Tahun sehingga 20 tahun atau umur 58 tahun yang mana terdahulu
Kewajipan sebagai peminjam Pelanggan-pelanggan dikehendaki membayar jumlah ansuran bulanan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh pembiayaan. (jumlah bayaran ansuran yang terakhir boleh jadi lebih tinggi atau lebih rendah dari jumlah bayaran ansuran tetap). Jumlah ansuran bulanan akan di tolak dari gaji bulanan yang diterima dari majikan.
Adakah yuran dan caj-caj yang perlu peminjam bayar Pelanggan tidak perlu membayar Duti Stem, premium takaful dan fee broker kerana semua yuran dan caj ini adalah ditanggung oleh pihak bank Kuwait Bank Finance
Bagaimanakah jika peminjam gagal untuk memenuhi kewajipan peminjam - Bayaran 1% diatas kelewatan pembayaran (kos pampasan) akan dikenakan sekiranya ansuran dibayar selepas tarikh tempoh tamat. - KFH mempunyai hak untuk membuat penolakan dari mana-mana baki kredit yang terdapat di dalam akaun anda yang masih dibuka dengan kami, terhadap mana-mana tunggakan di dalam pembiayaan ini.
Bagaimanakah jika peminjam ingin menyelesaikan pembiayaan ini sebelum tamat tempoh Anda boleh menyelesaikan kemudahan pembiayaan ini secara awal, tetapi potongan harga akan diberikan atas budi-bicara pihak Bank.
Apakakah risiko utama pembiayaan Coshare-KFH Sekiranya terdapat sebarang kesulitan dalam memenuhi kewajipan, sila hubungi kami dahulu untuk membincangkan alternatif pembayaran yang lain. Ini adalah bagi mengelak dari dikenakan tindakan undang undang sekiranya anda tidak membuat pembayaran balik bulanan.
Adakah peminjam memerlukan penjamin atau cagaran Tiada penjamin atau cagaran yang diperlukan.
Apakah yang harus dibuat sekiranya terdapat perubahan pada maklumat perhubungan peminjam Ini adalah penting untuk memberitahu kami sekiranya terdapat perubahan pada maklumat perhubungan anda, untuk memastikan sebarang surat-menyurat akan sampai tepat pada masanya.
Dimanakah speminjam boleh mendapatkan maklumat selanjutnya Jikalau anda ingin mendapat maklumat yang lebih lanjut berkenaan dengan KFH MURABAHAH PEMBIAYAAN PERIBADI-i KERAJAAN, anda melayari di laman www.60minit.com
Produk Pembiayaan Peribadi yang lain adalah: - KFH Murabahah Pembiayaan Peribadi – i - KFH Murabahah Pembiayaan Peribadi – i (Umrah & Haji)
CATATAN PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG BOLEH DIAMBIL TERHADAP PEMINJAM JIKA PEMINJAM INGKAR DALAM PEMBAYARAN SEMULA KFH MURABAHAH PEMBIAYAI PERIBADI-i KERAJAAN PEMINJAM
|