CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1978|Reply: 11

Ribuan terkandas syarikat penerbangan bajet bankrap

[Copy link]
Post time 18-2-2012 04:31 PM | Show all posts |Read mode

BEBERAPA penumpang syarikat penerbangan Air Australia yang terkandas duduk di sebuah lapangan terbang Phuket, Thailand.



SYDNEY – Beribu-ribu penumpang dari Hawaii menuju ke Thailand terkandas semalam apabila syarikat penerbangan tambang murah, Air Australia kehabisan wang.
Dalam satu kenyataan syarikat yang berpangkalan di Brisbane itu memberitahu, pihaknya telah melantik firma kecairan tempatan, KordaMentha sebagai pentadbir sukarela syarikat tersebut.
Pentadbiran sukarela itu adalah sama dengan terma perlindungan bankrap.
Perkembangan tersebut berlaku sehari selepas syarikat penerbangan utama Australia, Qantas mengumumkan ia membuang sekurang-kurangnya 500 pekerja, memotong perbelanjaan dan menutup dua laluan antarabangsa selepas keuntungan syarikat merudum 83 peratus pada suku pertama kewangan tahun ini.
“Semua pesawat Air Australia tidak akan melakukan penerbangan. Syarikat kehabisan dana untuk membayar kos operasi, justeru, semua penerbangan dibatalkan dengan serta-merta,” kata kenyataan ketua Korda Mentha, Mark Korda.
Menurutnya, sekitar 4,000 penumpang yang kini berada di seberang laut telah menempah tiket penerbangan pulang dengan Air Australia.
Beliau seterusnya menasihati mereka agar membuat persiapan alternatif untuk pulang ke Australia.
Beliau memberitahu stesen radio tempatan, ABC bahawa Air Australia tidak dapat membeli bahan api di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand pada malam kelmarin.
“Susulan perkembangan tersebut, lembaga pengarah syarikat bermesyuarat pada pukul 1.30 pagi semalam dan melantik kami (KordaMentha) sebagai pentadbir sementara Air Australia,” kata Korda.
Dalam perkembangan berkaitan, penumpang yang terkandas rata-rata memberitahu, mereka tidak dimaklumkan tentang perkembangan tersebut.
“Tiada seorang pun wakil Air Australia di lapangan terbang,” kata seorang wanita, Wesa Chau kepada media Australia ketika menunggu penerbangannya di Phuket.
“Mereka (Air Australia) tidak menawarkan apa-apa  bantuan,” tambahnya.
Penerbangan Air Australia merangkumi  laluan antarabangsa ke Pulau Bali di Indonesia, Pulau Phuket dan Hawaii selain destinasi tempatan iaitu Brisbane, Melbourne, Perth, Derby dan Port Hedland di Australia Barat. – Agensi


p/s: kesian...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2012 05:28 PM | Show all posts
camner la leh twos tbe2 bangkrap...huhuh....tak balik r dorg sume tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 06:18 PM | Show all posts
kesiaaaannnnn....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 09:00 PM | Show all posts
sykt penerbangan murah luar negara kena belajo dari datuk toni pernendezz nie
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2012 12:11 AM | Show all posts
Yang AirAsia nak kena saman dengan Australia aper cer?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2012 12:00 PM | Show all posts
kesiannye.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2012 11:08 AM | Show all posts
hm,kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 11:14 AM | Show all posts
lagi buleh sengih2.... bertabah sungguh.... dugaaannnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2012 11:15 AM | Show all posts
skang bole dikatakan sume company berada di dlaam keadaan berjaga2 dan ade yg dah bungkus...air asia bonus sebulan gaji jah
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 05:00 PM | Show all posts
Adehh..siannyer...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 04:00 PM | Show all posts
terkandas lak...mmm..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 11:57 AM | Show all posts
cemana duit boleh kehabisan terus???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.506237 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list