View: 2026|Reply: 8
|
Kartun dijangka peroleh lelongan RM120 juta
[Copy link]
|
|
LUKISAN bertajuk Sleeping Girl yang dihasilkan oleh Roy Lichtenstein dan bakal dilelong pada 9 Mei depan,
dijangka mampu mencecah harga AS$40 juta.
|
NEW YORK - Lukisan artis Roy Lichtenstein bertajuk Sleeping Girl yang diinspirasikan daripada buku komik dijangka dapat dilelong pada harga AS$40 juta (RM120.4 juta) oleh rumah lelongan Sotheby's di New York pada 9 Mei depan.
Lukisan tahun 1964 yang memaparkan seorang wanita berambut perang dan seksi itu merupakan sebahagian daripada siri lukisan Lichtenstein. Ia disifatkan sebagai hasil karya terhebat dunia seni pasca perang Amerika Syarikat.
"Sleeping Girl ialah salah satu karya terbaik kurun ke-20. Ia sebaris dengan lukisan ikonik wanita oleh pelukis seperti Pablo Picasso, Constantin Brancusi dan Amedeo Modigliani.
"'Gadis-gadis' Lichtenstein sememangnya antara hasil karya Lichtenstein yang paling dikehendaki pada hari ini. Sleeping Girl didambakan oleh para peminatnya sejak ia dihasilkan pada tahun 1964. Lukisan ini amat segar dan bertenaga, seolah-olah ia baru dilukis semalam," kata Ketua Seni Kontemporari Seluruh Dunia Sotheby's, Tobias Meyer.
Lukisan yang menjadi sebahagian daripada Jualan Seni Kontemporari Sotheby's akan dipamerkan di Los Angeles, Hong Kong, London dan New York sebelum dilelong. - REUTERS |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mybe faktor usia lukisan tersebut mnjadikan ia mahal.. |
|
|
|
|
|
|
|
mantap ah..pasni nk jadi artis la plak..{:4_243:} |
|
|
|
|
|
|
|
it's an iconic artwork pada abad ke-20...
disebabkan ada yang sanggup nak bayar premium untuk lukisan tu membuatkan auction house berani letak harga 40 juta...
one man poison is another man meat... |
|
|
|
|
|
|
|
Laaaaa .... mcm ni pun berjuta?? Bodoh ka?? Gila??
AskMeWhy Post at 28-2-2012 22:17 
tu la pasal...huhuhu...ape la yg spesel eyk.. |
|
|
|
|
|
|
|
hanya org seni je tau nilai sebuah lukisan... |
|
|
|
|
|
|
|
xphm mcm mane org nilai lukisan
mybe daku ni x brseni |
|
|
|
|
|
|
|
Laaaaa .... mcm ni pun berjuta?? Bodoh ka?? Gila?? |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk lukisan tu cam biasa jer...
or aku ker yang buta seni |
|
|
|
|
|
|
| |
|