CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14154|Reply: 123

Aku yang bengang dengan suami kawan aku

 Close [Copy link]
Post time 5-3-2012 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Bukan sebab aku mengorat dia tak layan, tapi suami kawan aku suka buat aku macam kaunter pertanyaan.

1. Bini dia (A) berjalan & dia tak tahu ke mana, call aku.
2. A nak bercuti tak ajak dia, call aku.
3. A chat dengan entah siapa, call aku.
4. A datang jumpa aku, call aku.

A kawan aku masa sekolah form 4 - 5. BFF kiranya. Habis SPM aku sbg belajar, A kawin dgn B. Aku kira2 dah 16 tahun dorg kawin, anak 5. A lepas kahwin kerja sekejap kemudian jadi housewife, jaga anak & laki. Aku pulak, masa study masih happy hour lagi, sampai grad, A ada dtg konvo aku. Kami memang rapat, selalu contact sampai sekarang.

Semuanya mula masa aku dengan A bercuti ke Bandung. Girls outing hah. Masa nak pergi A ada bagi no tel aku kat B, in case emergency katanya. Padahal sebelum ni kami ke NZ berdua, seingat aku dia tak ada pula bg tau ada bagi no tel aku kat B. Masa kat Bandung, malam2 aku terdengar A ada bertengkar dgn B kat telefon tapi aku tak masuk campur. Yang buat aku terperanjat, esoknya B call aku tanya betul ke aku kat Bandung dengan A.

Sejak itu, 3-4 weks B call aku tanya aku tahu tak A ke mana. Aku rasa pelik, aku tanya A adakah dia guna nama aku bila nak keluar dengan org lain? A kata tak pernah, kalu jumpa aku mmg dia bg tau jumpa aku, kalu jumpa kawan lain dia bg tau jumpa kawan lain. Bulan 12 thn lepas aku bercuti kat KK, B call aku tanya A ada tak kat situ. Aku bg tau B terus terang, aku tak tahu apa masalah between dorg, but jangan babitkan aku. B kata sorry.

Lepas KK trip, aku tanya A betul2 apa masalahnya. Akhirnya A mengaku dia dah kantoi YM dengan mamat KK. Dia kata dah lama, sebelum we all ke Bandung lagi. Sejak tu B syak wasangka walaupun A dah sumpah tak ada apa2 hubungan lagi dengan mamat KK.

Dipendekkam cerita, malam tadi sebab aku bengan sangat kat B, aku terlepas cakap. Aku kata mmg patut A mintak cerai sebab perangai dia yang menyesakkan. B terdiam dan.kemudian aku rasa bersalah. Sebabnya selama B call aku je, tak sekali dia mengadu A ada minta cerai dari dia. Aku tahu dari A sendiri & may be B tak sangka A akan cerita sampai tahap tu ke aku. Dari malam tadi aku terasa nak call or sms B minta maaf tapi aku tak pasti patut ke? Yang paling aku bimbangkan if A sebenarnya tak pernah mintak cerai dari .B dan B tahu perkara tu dari aku. Alamak, what say you?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2012 11:05 AM | Show all posts
seeloknya tak payah ckp dekat husband kawan tu sampai cerai2 ni. Never tell the stories between u and A walau bengang mcmna pun.  Kata2 u menguatkan lagi "fakta" yang A ada hubungan dgn mamat kk tu walau tak betul tau soal CERAI jgn dibawa main2.

elok minta maaf la..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 11:08 AM | Show all posts
ulasan:

1. sbb B percaya kat tt.
2. A x bleh dipercayai (laki sendiri pun bleh tipu, apelagi ngan kengkawan)
3. setkan priority dlm apa2 jua perlakuan.
4. jalinkan hubungan yg setaraf mengikut no 3. eg: anak dara bff ngan anak dara, mak jan bff ngan mak jan, bini bermasalah bff ngan bini bermasalah, etc.
5. kalau aku jadi B, aku usha tt. jadi bini no 2. BFF la puas2 - akak ngan adik..

tempat sorg (atau lebih) isteri adalah disamping suaminya samaada di bandung, new zealand, kk, etc..  susah sama susah, senang sama senang, enjoy sama enjoy..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 11:18 AM | Show all posts
Alahai...TT...I know..mmg a bit annoying kalau laki org or bini org suka call call kita nak check on their spouse. Sure kita rasa tak best nak masuk campur...in case kalau ada apa2 hal yg berlaku later..kita pulak yg di salahkan. Tapinya.... to mention about cerai2 ni mmg sangat2 tak patutlah. mmg boleh mendatangkan masalah besar nnt. tolong tarbiyah kawan kamu tu lebih2 sikit (since dia bff kamu kan)...kalau suami tak izinkan..tak payah lah sebok2 nak girls outing selalu2 sangat. duduk aje lah rumah layan makan minum suami dan juga dapat pulihkan kepercayaan suaminya pada dia. apa sangatlah yg di kejarkan outing2 tu semua, kalau suami jadik penasaran nak check sana sini pasal bini sendiri. atau...suaminya bff kamu ni mmg seorang yg zalim ke? tak bertanggungjawab ke? suka pukul2 bini ke? sampai bini lebih suka outing dng kawan2 drpd dng suami sendiri...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 11:18 AM | Show all posts
kerap ke ko gi cuti2 dgn A?
aku heran sket nie, mcm mana bini orang kerap gi cuti2 luar dgn kawan2 perempuan instead dgn suami & anak2?
oh..maybe aku baru kawen kot..jadi nak setempekk ajer dgn laki wp laki kedekut benar nak cuti.
laki A tu, si B payah nak cuti ke menyebabkan dia selalu gi cuti2 dgn ko?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 11:27 AM | Show all posts
hati2 bila berkata2....marah boleh marah tp jgn campur urusan rumahtangga dorang. silap2 apa yg kita cakap tu jd punca dorang berkrisis. Yg bini pun laki bg holiday tinggal anak2 boleh menggedix nak berym dgn jantan lainnn...huhhhh sedihhhh.....

patut la laki duk menyepai dia dgn ko sbb bini dia dah buat onar dan tak boleh dipercayai....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-3-2012 11:30 AM | Show all posts
seeloknya tak payah ckp dekat husband kawan tu sampai cerai2 ni. Never tell the stories between u an ...
darkness Post at 5-3-2012 11:05



Pasal cerai tu dah lama A bg tau tapi sebab takde kaitan dengan aku, aku buat dek jek. Lagipun aku tak fikir A nekad bercerai sebab dia tak kerja & B suami yg bertanggungjawab dan berduit. Kalau tidak takkan la housewife mampu nak bercuti sana sini dengan aku. Tapi mcm aku bg tau, mlm tadi aku bengang dengan B. Aku dah lama sabar  tapi maybe malam tadi mood aku tak bagus, anak aku suspek HFMD walaupun budak tu aktif bermain, so aku terlepas cakap. Sikap B, selagi kita tak beri jawapan yg dia nak, dia akan mendesak. Aku rasa B ni mmg bermasalah, cemburu buta & insecure. Kesilapan B juga, lepas gaduh2 dgn bini dia keluar dari rumah tak balik2. Kalau dah tak duduk serumah, mcm mana nak settle masalah? Mcm mana nak tahu aktiviti A? Malam tadi punya cerita, B dapat tahu dari anak dia yg A nak ke HK next week. Mmg A ada ajak aku tapi aku busy dgn kerja, cuti kena beku la so aku kata tak boleh. Aku tak tanya pula dia nak pergi dengan siapa, maybe sorang kot.

Aku had perbualan aku dengan B dengan jawab soalan dia je selama ini. Pasal tindakan dia keluar rumah, jumpa anak seminggu sekali, aku tak pernah tanya dia kenapa sebab apa kes aku nak ambil tahu? Ko lelaki pandai2 ko la jaga anak bini kan.. cuma dgn A je kadang2 aku tanya dia, aku nasihatkan dia tapi dia ikug ke tak, aku bukan boleh paksa pun.

Perlu minta maaf? Hurmmmm, maybe aku patut tunggu 2-3 hari kot?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 11:31 AM | Show all posts
Reply 1# BidadariAnggun


   ni le padahnya bila terjebak dengan masalah rumahtangga orang lain. alangkan hal rumahtangga adik-beradik sendiri pun jangan campur, nih plak kawan. bahaya koo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2012 11:33 AM | Show all posts
ulasan:

1. sbb B percaya kat tt.
2. A x bleh dipercayai (laki sendiri pun bleh tipu, apelagi nga ...
mziskandar Post at 5-3-2012 11:08



Amboi ko, kawan makan kawan. Aku tak heran la dengan B tu sbb dia tak hensem & anak ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 11:34 AM | Show all posts
uish aku pernah kena mcm nie tau.  my bff guna my name utk alasan dia berjimba dgn orang lain.

seriau aku when dpt tau n finally warning my bff kalo sekali lagi gunakan my name i will confront laki dia.

smpi skang terus dia delete akak sebagai bff dia.  tarak apa...i dont loose anythings!
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 11:36 AM | Show all posts
kesilapan yu sbb mention pasal cerai tue.. better call & explain kt BFF yu tu pasal nie... kang x sepasai bende lain lak yg jadi, pastu explain elok2 kt suami BFF tue, jgn call yu sesangat sbb yu pun x tau xtiviti bini dia..setakat kuar 2-3 kali jer.. pastu kalu dia call lagi, sila jgn jawab.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 11:38 AM | Show all posts
kut2 ur fren tu selalu jual nama you..sbb tu la apa2 laki dia cari you...
tp bab cerai berai tu...tak salah pun if u call b bgatau u minta maaf kalau u terlepas ckp pasal cerai tu...cakpla u terlepas ckp sbb geram ke apa ke...

dah pastu abis takat tu je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2012 11:41 AM | Show all posts
Alahai...TT...I know..mmg a bit annoying kalau laki org or bini org suka call call kita nak check on ...
housequeen Post at 5-3-2012 11:18



Outing jauh2 sampai bermalam aku rasa setahun 2 kali kot.. time cuti sekolah. Hari2 sekolah A sibuk uruskan anak2 dia, hantar sekolah, ambil sekolah, hantar tuisyen, hantar kelas mengaji, masak, kemas rumah etc. Aku kenal kawan aku, hari sekolah dia mcm surirumah lain, dia takde maid, sesekali aku pergi rumah dia mmg kemas rumah dia. Kadang2 jumpa aku siap bawak lauk apa yg dia masak hari tu.  B tu yang aku rasa sakit jiwa, hari2 biasa pun dia syak wasangka dengan A. Ko duduk rumah tak kerja, salah ke bukak internet? FB ke, forum ke, salah ke? Si B tetap akan tuduh A ada skandal. Ko bengang tak laki ko tuduh ko forum sebab ada skandal dalam ni? Macam itulah yang A rasa. Outing2 tu terjadi sekali sekala je, aku pun tulis kan, 3-4 weeks B call. Maknanya once a month la A maybe keluar jumpa kawan sekolah ke, jumpa orang jual2 barang ke, takkan nak bertapa dalam rumah jek.

Sabor ajelah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2012 11:49 AM | Show all posts
kerap ke ko gi cuti2 dgn A?
aku heran sket nie, mcm mana bini orang kerap gi cuti2 luar dgn kawan2  ...
Hana Post at 5-3-2012 11:18



Bukan kerap pun cuti2 dgn aku, baru je pergi NZ, Seoul, Bandung,  jumpa banyak kali kat KL (ni balik hari la) itu je, sejak aku terlebih duit nak cuti2 ni. bukan takde langsung dorg bercuti sama2, ada jugak. Dorg dh kawin belas tahun, anak2 dah besar, duit selama jadi wife dh byk kumpul kot, itu yg nak rehat2, jalan2 sesekali. Entahlah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 11:49 AM | Show all posts
Reply 9# BidadariAnggun

mungkin A nak carik laki yg lebih hensem (supaya kengkawan dia ckp... "eee hensemnya laki ko!".. laki yg x hensem n anak ramai juga punya hati dan perasaan..

sama gak mcm henbeg.. cuba org ckp.. "eee.. henbeg buruk giler siot!", pasti dia beli henbeg lain walaupun henbeg yg dianggap buruk itu masih elok dan amat berguna.

berbeza ngan lelaki, kalau org ckp "eee.. bini ko buruk aaa. bonobo pun ada manisnya..", laki punya bini akan ckp.. "lu perhal beb?" wachaaa!" ~ dush ~ (walaupun secara hakiki bininya mmg buruk)

*thanks mod nuryakmal for the creds
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2012 11:55 AM | Show all posts
kesilapan yu sbb mention pasal cerai tue.. better call & explain kt BFF yu tu pasal nie... kang x se ...
carly_lah Post at 5-3-2012 11:36



Aku pernah try tak jawab, dekat belas2 missed call dari B.  Aku rasa aku tak macho nak cakap sorry, aku sms je kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2012 11:59 AM | Show all posts
kut2 ur fren tu selalu jual nama you..sbb tu la apa2 laki dia cari you...
tp bab cerai berai tu...t ...
beldandy Post at 5-3-2012 11:38



I dont think so. Aku percaya A, kalau dia buat dia mengaku. Aku rasa cuma no tel aku je yang B ada kot.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 12:29 PM | Show all posts
I dont think so. Aku percaya A, kalau dia buat dia mengaku. Aku rasa cuma no tel aku je yang  ...
BidadariAnggun Post at 5-3-2012 11:59


mungkin jugala kan
he has no one else gitu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 12:37 PM | Show all posts
Reply  BidadariAnggun

mungkin A nak carik laki yg lebih hensem (supaya kengkawan dia ckp... "eee ...
mziskandar Post at 5-3-2012 11:49 AM



    sila cerai dulu baru boleh cari laki lain yg lagi tampan bergaya dari laki skang...
kalo cari laki dlm pd kita masih isteri org....perghhhhhh seburuk mana pun rupa laki...
tidak membenarkan bini melakukan sebegituh.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 01:02 PM | Show all posts
Reply 19# mammavoque

nanti x leh aa nak gi jenjalan holiday.. dah x de saper nak seponser
laki yg tampan n bergaya nak ke 1 + 5.. 23hrs shapewear coverline. 1hrs bukak sbb nak mandi.
kalau B x sayang/accept, x de nyer B nak cari - sebok call tt..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.489024 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list