View: 14429|Reply: 112
|
Isteri yg Masih Mengharap Meskipon Suami Hopeless
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by ParinAmat at 5-3-2012 13:15
Apasal lah pompuan2 melayu ni????
Laki dah buat cenggitu masih terhegeh2 nak mengemis kasih
Dah tau laki perangai cam dot dot dot....blah je lahh
Nak tunggu apa lagi
Bagi aku sbb isteri yg baik sngat lah (baca: kureng cerdik) yg buat suami makin naik lemak
Silap2 dapat saham bila suami berzina/buat maksiat sbb tutup mata jahhh
Semuanya gara2 takut ngan gelaran Miss 'J'
Kalau dah bodow melantun2 camni elok sangat lah kena hazab sengsara cenggini
Lagi nak meroyan menagih simpati
Utusan Malaysia Ahad
ARKIB : 26/02/2012
Lelaki hanya mahu bercintaLelaki hanya mahu bercinta
TUJUAN saya bercerita bukan nak salahkan sesiapa, tetapi ingin berkongsi pengalaman semoga jadi iktibar kepada wanita lain supaya tak jadi macam saya. Kalau nak tolong suami berpada-pada, tolong diri sendiri dulu sebab suami sekarang bukan macam ayah kita yang berkorban untuk keluarga.''
Menurut Nornajwa, dia berkahwin selama 30 tahun tetapi sudah dua kali bercerai sebab tak tahan dengan perangai suami.
''Saya tak mahu burukkan suami saya Jay pada saudara mara. Saya tolong dia cari duit dengan berniaga kecil-kecilan, sayangnya Jay semakin ditolong dia nak pijak kepala saya. Lagipun siapa percaya Jay yang bergaji tetap tak ada duit?
''Suami orang lain bertanggungjawab beri isteri makan, tapi saya terpaksa balik rumah emak minta bantuan. Lepas beranak satu, hidup semakin sempit. Nak beli susu anak pun tak ada duit. Takkan nak minta duit emak lagi. Jadi saya buat kuih jualan demi anak. Sebab Jay setiap bulan bawa balik tak sampai RM80. Katanya dia banyak hutang.
''Mula-mula jual kuih sejenis dua, lepas tu tambah nasi lemak bungkus dan ambil tempahan juga. Dengan duit jual kuih, saya boleh beli susu dan makanan anak. Bila ada duit, Jay terus lepas tangan. Hingga anak tiga, kebanyakan urusan rumah dan belanja sekolah saya pikul.
''Punca Jay tak ada duit dia kaki 'baca kitab', sebut aja daun apa, semua dia tahu. Dia gila berjudi. Makan minum anak-anak dia tak ambil tahu. Tapi saya tak pernah cerita pada emak bapa atau adik-beradik kerana tak mahu jatuhkan air muka Jay.
''Ceti pernah datang rumah tagih hutang. Akhirnya saya yang kena bayar setiap bulan. Saya kena bantu supaya Jay tak diberhenti kerja.
''Malangnya semakin saya tolong dia semakin ligat. Bila anak semakin besar, dia ada hobi baru, suka main cinta. Orang lain semakin tua nak kumpul duit beli rumah untuk persediaan bersara tapi Jay ligat bercinta.
''Saya sentiasa ikut kalau pindah. Kami pernah tinggal di Labuan, Johor dan utara. Jadi kalau alasannya bercinta kerana jauh daripada isteri, itu tak benar. Cuma masa dipinjamkan ke Subang, di situ dia jumpa Azie seorang ibu tunggal.
''Saya pernah hubungi Azie ceritakan siapa Jay sebenarnya tapi Azie tak percaya. Saya tak pernah jumpa dia tetapi anak-anak yang kebetulan ada di KL jumpa Azie. Mereka ceritakan semuanya. Bahawa Jay bukan duda, ada tiga anak, dia tak ada BMW atau rumah banglo dan bukan pegawai tinggi.
''Saya fikir tentu Azie marah dan mereka putus, malangnya entah apa Jay bohong, hubungan mereka diteruskan juga hingga kini di samping kekasih barunya.
''Jay berhenti kerja selepas 20 tahun berkhidmat. Dengan sedikit duit berhenti kerja kami buat deposit beli apartmen di utara, dia janji bayar setiap bulan. Kalau masa bekerja hidup susah, dah berhenti kerja dengan pencen tak seberapa tentu kami tambah susah. Tapi dia rajin cari kerja. Saya fikir tentu hidup kami lega sikit, tetapi dia masih gila bercinta.
''Saya pernah tanya Jay bila dia nak berubah, tak cukupkah saya bantu dia cari duit dan besarkan anak-anak, tetapi Jay nafikan tenaga, pengorbanan dan duit ringgit yang saya curahkan kepadanya. Malah dia kata saya menyusahkan hidupnya. Saya rasa amat sedih dan kecewa. Anak yang dengar kata-kata kesat ayahnya suruh saya berhenti buat kuih. Katanya tak guna tolong orang yang tak tahu kenang budi.
''Atas bantuan kawan, Jay dapat kerja dengan PLKN, yang peliknya dia tak pulang ke rumah hampir setahun. Alasan Jay, dia sibuk walaupun ada cuti panjang Krismas, Tahun Baru Cina atau hari raya. Kata Jay kem PLKN rumahnya. Rupa-rupanya di situ ada komputer dan dia sibuk bercinta dalam Facebook, chatting dan entah apa lagi.
''Di situ dia kenal Ct isteri orang. Rahsianya terbongkar bila kawan anak saya nampak gambar wanita dengan Jay. Tapi bila tanya Jay, dia sanggup bersumpah menafikan. Melalui khidmat friendfinder saya jejaki telefon Jay. Katanya bekerja, tapi dia ada di PP.
''Saya dan anak jejaki dia di hotel. Petugas kaunter sahkan Jay dah dua malam menginap dengan 'isterinya'. Kerana sakit hati tertipu, saya buat laporan polis dan pegawai pencegah maksiat. Dia ditangkap basah dan dibuang kerja.
''Esoknya kami ke hotel tersebut dan dapati mereka masih di situ. Langsung tak takut dan malu ditangkap basah semalamnya. Saya terus minta cerai depan wanita tersebut dan Jay setuju. Dua minggu kemudian dia rujuk semula.
''Apabila tak bekerja, baru dia duduk rumah. Saya yang kesian minta tolong kawan dan Jay dapat kerja di Sabah. Waktu itu dia ajak saya temankan. Dia juga merayu bantuan saya untuk bayar denda Mahkamah Syariah. Memikirkan dia dah insaf kerana usia pun dah 50 tahun, saya janji akan carikan RM3,000. Apabila saya setuju bayar, dia suruh saya balik kononnya kesian kat anak.
''Rupa-rupanya dia panggil Ct datang temankan dia. Walaupun saya bayarkan denda RM3,000 tetapi Jay tegah saya ke mahkamah. Mengikut cerita kawan yang jadi penjamin, Jay mengaku depan hakim akan kahwin selepas Ct bercerai.
''Satu hari Jay tertinggal pen-drive. Apa lagi anak-anak pun buka dan lihat gambar mereka yang amat memalukan. Dengan semua bukti yang ada, saya tak boleh maafkan dia lagi. Saya minta cerai setelah enam bulan kami rujuk.
''Saya tak mahu bersubahat dengan maksiatnya. Saya juga telefon suami Ct dan ceritakan apa yang berlaku. Saya kirimkan gambar sebagai bukti. Suatu hari saya terima panggilan daripadanya memberitahu dia sudah ceraikan Ct. Katanya dia tak mahu simpan biawak lagi.
''Saya tak pernah tegah Jay kahwin lagi, tapi dia memang tak mahu kahwin. Azie hingga kini lebih 13 tahun menunggunya, begitu juga Ct dah lebih setahun bercerai tapi Jay masih tak ambil dia jadi isteri. Kerana apa? Kalau bukan kerana perangai Jay lebih suka bercinta daripada berkahwin. Bagi saya biarlah Jay terus mencari apa yang diidamkannya.
"Saya tidak pernah kesal dengan perceraian ini sebab saya telah jalankan amanah sebagai isteri dan ibu. Saya rela hilang rumah yang kami diami kerana dilelong bank, tapi saya tak boleh hilang anak-anak. Hanya Allah boleh pisahkan kami. Dulu saya takut kena cerai tapi kini saya tak mahu bersubahat dengan dosanya lagi. Selepas bercerai saya boleh berdikari kerana bantuan anak-anak, merekalah segalanya dalam hidup saya.'' Itu cerita Nornajwa yang bercerai setelah 30 tahun berkorban demi seorang suami.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sah jantan ni tentera
Kalau Labuan.. utara... subang bagai TUDM lah
Tentera brsara bila 21 tahun
Atau polis kut
Geng2 ni suka main pompuan & brjudi |
|
|
|
|
|
|
|
hadoi.. confuse nak kesian ke apa dengan pompuan cam ni :@ |
|
|
|
|
|
|
|
bersabar btl dia ngan karenah laki dia..
blh pulak rujuk balik tuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa kena ubah tajuk thread..
istri yg terus hopeless bila somi juga hopeless.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# ParinAmat
uolsss ubah lah apa2 tajuk yg sesuai
ai pasrah jahhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
sbb wanita mempunyai daya tahap pasrah yang tinggi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ParinAmat
uolsss ubah lah apa2 tajuk yg sesuai
ai pasrah jahhhh
solstice Post at 5-3-2012 13:01
cantekkk.. jarang ko bukak topik kat FD, biasanya slalu aku nengok kat CI je.. tahniah tahniah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Isteri yg Masih Mengharap Meskipon Suami Hopeless
Lps 30 thn br brcerai...hmmmm...
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
sbb wanita mempunyai daya tahap pasrah yang tinggi....
nuryakmal Post at 5-3-2012 13:07
betul tu kemal...suami dah berperangai mcm2, si isteri tetap jugak setia menunggu walaupun berendam air mata....
hanya ada kes2 tertentu jer pompuan jenis 2 x 5 ja~ |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin pompuan2 ni tak yakin hidup bersendirian kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
tak de support system yang kuat.. family pun tak boleh nak buat hape... |
|
|
|
|
|
|
|
Sah jantan ni tentera
Kalau Labuan.. utara... subang bagai TUDM lah
Tentera brsara bila 21 tahun
...
solstice Post at 5-3-2012 11:23 kalu bini yg jenis kemas tak sememeh dah lama cerai dan kahwin baru.. |
|
|
|
|
|
|
|
masa tgh duk mencanak tuh, kata apa, buat apa pun x jd dah, tggu bila sakit sukar esok baru kalut... masuk la bersamamu bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Lps 30 thn br brcerai...hmmmm...
(posted by mobile)
MamaMima711 Post at 5-3-2012 13:45 better late than never.... |
|
|
|
|
|
|
|
better late than never....
cmf_blingblings Post at 5-3-2012 14:35
aku amin kan aje.... |
|
|
|
|
|
|
|
itu kisah suami taik judi makan kederat bini....yg ni pulak!!
Suami bunuh aktres terkenal China
Font: [ BB B M S ]
•Dunia •Dunia •2012-03-04 08:55 •Click: 81 •Disediakan oleh Berita Harian
■ Bai Jing
Bai Jing ditikam selepas bergaduh isu tuntut cerai
BEIJING: Aktres terkenal China, Bai Jing, 29, terbunuh selepas ditikam suaminya sendiri dalam satu pertengkaran Selasa itu di kediaman mereka di Chaoyang, insiden yang menggemparkan China dan peminat pelakon itu. Laman web Asianone.com melaporkan, suami Bai Jing, Zhou Chenghai, 44, dikatakan menikam Bai Jing sebelum dia sendiri membunuh diri. Bai Jing yang pernah disebut sebut sebagai pengganti kepada Michelle Yeoh adalah aktres kung-fu wanita paling terkenal dan sudah membintangi banyak filem termasuk Kung Fu Wing Chun, Three Kingdoms:Resurrection of the Dragon dan banyak lagi.
Berita kematian Bai Jing diumumkan kira-kira jam 3 petang oleh pengurus besar sebuah agensi hiburan Ju Chunlei melalui laman Twitter berbahasa China.
“Tragedi berlaku berikutan masalah pasangan itu yang kerap bertengkar. Kematian ibu Zhou 31 Januari lalu adalah punca terakhir mereka bergaduh,” katanya.
Jun bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci perkara itu, tetapi sebuah akhbar China Legal Evening News melaporkan, Zhou bersemuka dengan Bai Jing selepas menerima tuntutan cerai isterinya.
Di dalam petisyen perceraiannya, Bai menyatakan bahawa dia tidak tahu mengenai perkahwinan pertama Zhou yang menghasilkan seorang anak lelaki dan menuduh lelaki itu berlaku curang.
Zhou adalah seorang jutawan yang memperoleh kekayaan daripada pasaran saham dan hartanah, dikatakan mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan pertama sebelum bercerai.
Beliau melabur banyak wang untuk membantu meningkatkan kerjaya Bai sebelum mereka akhirnya berkahwin pada Oktober 2010.
Awal tahun ini, satu sumber mendakwa, Bai bersubahat dengan teman lelakinya untuk mencuri 20 juta yuan (RM28.5 juta) daripada suaminya, selain mengupah pelacur untuk menggoda Zhou agar dia boleh menuntut cerai dan mendapat banyak wang.
Akibatnya, ibu Zhou meninggal dunia kerana merasai tekanan masalah rumah tangga anaknya awal tahun ini, menurut laporan.
Pengarah, Zhang Tongzhu yang pernah bekerja bersama Bai berkata khabar angin seperti itu tidak benar.
“Bagi saya, dia (Bai) tidak bersalah dan seorang yang kuat bekerja,” kata Zhang. Pihak berkuasa masih menyiasat kes bunuh dan bunuh diri itu. – Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
bila dh berumahtangga, selalunya pompuan akan jadi kuat dari segi mentaliti... dh kena belasah patah tulang etc pun, masih gagah utk mempertahankan rumahtangga, dgn alasan.. anak2 membesar tanpa kasih sayang seorang ayah walaupun ayah yg balik tahu nak mengeji jer anak2... kekadang carly pun x faham naper cetek betul pemikiran manusia nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# carly_lah
Alasan stended: x nak anak2 kehilangan kasih ayah
Wal hal sbb takut jadi janda
Anak2 pon stress mak ayah asyik gadoh
Bila cerai, anak2 lagi aman damai |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 19# solstice
carly perasan, bukan setakat kat malaysia jer... bleh kata ini adalah alasan 1 dunia... x tau naper.... kalu tgk citer omputih tue.. sampai anak terikut2 pangai bapak pun mak nye still sabar.... entah ler.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|