View: 16508|Reply: 86
|
Misha Omar Duta Baru Shiseido Malaysia
[Copy link]
|
|
Teks oleh Kheme Rosly
[email protected]
KUALA LUMPUR, 8 MAC 2012: Semenjak memasuki fasa baru sebagai tunangan orang, rezeki Misha kini lebih murah dan aktiviti seninya juga semakin rancak.
Namun, perkhabaran gembira buat Misha yang telah ditemui ketika pelancaran rangkaian alat solek terbaru Shiseido iaitu MaQuillage baru-baru ini, apabila dia telah dilantik sebagai salah seorang duta jenama Shiseido di Malaysia.
Meskipun didatangi pihak Shiseido sebelum dia melangsungkan pertunangan, namun menurut Misha, perlantikan itu sebagai sebuah berita yang cukup manis apatah lagi dengan statusnya sekarang.
Menurut Misha, sebelum ini dia pernah menggunakan rangkaian alat solek daripada Shiseido dan tidak pula menyangka dia akan didatangi oleh pihak Shiseido untuk menjadikannya duta dan berkongsi dengan umum juga peminat mengenai produk White Lucent.
"White Lucent merupakan satu set pencerahan kulit muka yang sememangnya berkesan dan anda boleh menyaksikan perbezaannya dalam tempoh yang tidak terlalu lama.
"Ia bukan seperti produk penjagaan pencerahan yang lain, di mana akan membuatkan kulit muka anda mengelupas.
"Tetapi tidak buat produk ini, kerana ia bertindak mencerahkan kulit anda bukan menukar warna kulit anda menjadi putih.
"Jadi bagi mereka yang mahukan kulit yang cerah dah sihat saya sarankan anda mencuba produk White Lucent daripada Shiseido ini.
"Bukan sahaja mencerahkan kulit, malah ia menampilkan kulit anda sentiasa berseri dan tiada cela juga dalam masa memelihara kulit anda.
"Untuk tampil berseri White Lucent merupakan pilihan yang tepat.
"Inilah sebahagian daripada persediaan saya sebelum melangkah ke jinjang pelamin," ujar Misha yang kelihatan bertambah berseri setelah dilantik menjadi salah seorang duta untuk Shiseido.
Dalam pada itu, Shiseido mengajak anda untuk bersama mencuba alat solek terbaru daripada rangkaian MaQuillage sempena musim Bunga/Panas 2012.
Memperkenalkan tiga produk terbaru terdiri daripada MaQuillage True Rogue yang hadir dalam 12 tona, MaQuillage Styling Eyes untuk mata menawan dan MaQuillage Perfect Multi Compact untuk kelihatan berseri sentiasa.
Turut hadir pada acara itu, selebriti terkenal Chelsia Ng dan Izara Aishah.
Credits: murai.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
cantek btl gg misha skrg.congrats misha! dapat jd duta shiseido |
|
|
|
|
|
|
|
perhaps amik ixara pun not bad kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
Lawanyer Misha sekarang ni..berseri2 |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah micha. rezeki org nak kawen..... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah misha,dlm diam2 dah jdi duta shiseido kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
curlast gak la shiseido, congrats |
|
|
|
|
|
|
|
curlast gak la shiseido, congrats
September14 Post at 8-3-2012 16:28
dari lux hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
biru mata hitam ku...
tahniah.. |
|
|
|
|
|
|
|
ooo....ok la |
|
|
|
|
|
|
|
wahh..tahniah mek misha!makin berseri2 la nampknye.. |
|
|
|
|
|
|
|
ct : twitter.com/samihahomar |
|
|
|
|
|
|
|
ct: twitter.com/samihahomar |
|
|
|
|
|
|
|
Misha Omar Duta Baru Shiseido Malaysia
Makin cantik si misha ni..
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
sejak dah jd tunangan org makin cantik berseri2 lak ku nengok misha ni. ixara always gojess |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa.ku rasa muka dia dulu lg comel??apasal rasa pelik jer muka dia skrg??mata ku dah kena tambah power spec ke????ampunnnnn pd peminat mishaa...ni pendapat ku sahaja.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|