CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3535|Reply: 5

Revolusi Mental dan KeMalasan Melayu

 Close [Copy link]
Post time 12-3-2012 09:32 PM | Show all posts |Read mode

REVOLUSI MENTAL DAN KEMALASAN ORANG MELAYU

Revolui mental adalah sebuah buku terbitan UMNO (United Malayan National Organization yang dihasilkan oleh 14 penulis. Revolusi mental di definisikan sebagai satu perubahan sikap, nilai dan falsafah sosial masyarakat tertentu yang bertujuan mengubah pemikiran , pandangan dan tingkah laku masyarakat bagi mengadaptasikan diri dengan peredaran zaman dan merebut peluang yang sedia ada.
Dalam buku ini menyatakan ,beberapa ciri masyarakat Melayu seperti berikut:-
1. Tidak jujur kepada diri sendiri
2. Tidak melihat kesalahan sendiri
3. Kurang keberanian
4. Sedia berkorban di bawah pimpinan yang baik
5. Patuh pada undang-undang selagi agama tidak diganggu
6. Tidak berfikir secara rasional
7. Tidak tunjukkan disiplin dan ketepatan waktu
8. Tidak tunjukkan semangat kekerasan
9. Suka membazir

Hal ini turut memaparkan buku Revolusi mental gagal memberi pandangan yang tepat dan jitu terhadap ungkapan “masyarakat Melayu malas”.secara kasarnya ia menghindari isu kemalasan orang Melayu tetapi masih berbelah bahagi. Namun begitu pemaparan secara negatif masyarakat Melayu hanyalah untuk memberi kesedaran dan keinsafan agar masyarakat Melayu dapat mengubah keadaan hidup mereka kesan daripada belenggu kolonialisme. Dalam buku tersebut juga turut dinyatakan tidak semua ciri Melayu itu adalah buruk. Clifford menyatakan orang Melayu adalah golongan yang tidak  menguntungkan kerana tidak menyediakan tenaga kerja manakala bagi Revolusi mental ,ia menyetujui pendapat ini dengan menghuraikan sumbangan  para imigran Cina. Sumbangan orang Melayu diperkecilkan tetapi orang Melayulah yang mengurus negeri menjadi anggota polis, pengeluar bahan makanan dan sebagainya. Bagi pihak kolonial mereka tidak memberi penumpuan  kepada sumbangan orang Melayu. Tanpa sokongan orang Melayu dan pemimpin Melayu sukar bagi mereka menyempurnakan tujuan mereka. Revolusi mental amat tidak menerima sistem kasta kapitalisme kolonial.
  Dalam dua bahagian dinyatakan orang Inggeris menuduh masyarakat Melayu malas sedangkan mereka membawa pekerja dari India  dan China untuk memonopoli sumber mentah, lantaran itulah orang Melayu  menjadi miskin di negeri sendiri. Buku Revolusi mental merupakna idealogi yang menyimpang daripada Parti Melayu dan memberi kekeliruan tentang kapitalisme  kolonial . parti Melayu  menyalahkan masyarakat Melayu yang diungkapkan oleh pemimpin Melayu. Mereka menyesali sikap masyarakat Melayu luar bandar yang mengharapkan para pemimpin bagi meyelesaikan konflik yang dihadapi. Masyarakat luar bandar haruslah membantu diri sendiri. Dalam bab ini juga dinyatakn buku Revolusi mental dapat dijelaskan dengan kemiskinan intelektual para penulisnya. Pemaparan watak orang Melayu secara negatif oleh Revolusi mental adalah salah kerana ia dibuat tanpa pengamatan dan penelitian yang bijak. Memang ada sikap tersebut  pada masyarakat Melayu tetapi tidak semua lapisan masyarakatnya bersikap demikian.
Terdapat beberapa permasalahan dalam Revolusi mental dan 3 penjelasan pokok bagi menjawab persoalan ini:
1. Pemimpin anggap masyarakat Melayu mempunyai sikap negatif
2. Pemimpin hindari diri daripada tanggungjawab terhadap kesalahan pemerintah dalam usaha majukan masyarakat Melayu.
3. Peningkatan taraf ekonomi masyarakat Melayu secara umum.

Mahathir bin Mohamad mengupas tentang kehebatan orang Cina menyatakan lingkungan geografi  mendorong perkembangan sifat Melayu-lemah. Melayu tinggal di pedalaman  dan di Lembah sungai kerana tanaman mudah hidup. Namun segala yang dikerjakan oleh orang Melayu dapat dibuat dengan lebih baik lagi oleh orang Cina yang mempunyai banyak pengalaman dan penderitaan hidup di negeri asal mereka. Orang Melayu juga telah disingkirkan dari bidang perniagaan . ini ditambah lagi dengan keadaan masa selepas masa kemerdekaan.kemunduran orang Melayu disebabkan oleh kebaikan dan perasaan rendah diri orang Melayu. Golongan pendatang yang datang ke Tanah Melayu tidak mempedulikan perasaan sopan santun dan ini menyebabkan bangsa Melayu terpaksa mengalah. Orang Melayu lebih mudah berterus terang dengan golongan dalam kelompoknya. Mahathir turut menyatakan amuk adalah bahagian penting perwatakan orang Melayu yang melambangkan ungkapan fizikal luar dari pertentangan dalam tubuh orang Melayu yang disebabkan  oleh ketaatannya yang kekal terhadap peraturan dan tatacara kehidupan.
Dalam aspek seumpama ini Mahathir menggunakan sejumlah alasan lingkungan dan sosiologi. Namun begitu buku ini merupakan pembelaan yang beralasan tentang perlindungan konstitesional orang Melayu. Mahathir juga menganggap masyarakat Melayu sebagai fatalistik dan tidak memiliki bentuk keberanian yang positif. Dinyatakan juga orang Melayu tidak mengharagai waktu dengan membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah seperti bersembang kosong. Sikap ini mempunyai akibat terhadap orang Melayu. Berhubung dengan kemalasan, Mahathir tidak menjelaskannya secara tepat dan lebih senang menyatakan orang Melayu tidak mampu untuk bekerja keras. Kekuatan yang ada pada orang Melayu sering terbatas. Hal ini sebahagian di sebabkan oleh sikap tidak peduli dan ketidakacuhan . Mahathir turut menyatakan bahawa masyarakat Melayu sukar diubah.
Secara keselurauhannya, komentar yang dicurahkan dalam buku tersebut mendorong kita menganggap pandangan Mahathir tentang kemampuan orang Melayu untuk bekerja keras sebagai hal yang negatif. Walaupun ada kemunduran masyarakat Melayu yang disebabkan oleh kekuatan Inggeris, Mahathir menghargai  beberapa pandangan yang baik tentang orang Inggeris. Orang Inggeris dikatakan cekap menjalankan  tugas. Jelas dalam  dunia mentalnya tidak ada perubahan daripada pemikiran kolonial.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2012 10:19 PM | Show all posts
mrrothschild memang setuju melayu ni pemalas dan lembab nak mampus..
tapi artikel ni xde kena mengena dengan bod mitos,legenda & sejarah.... baik pindah kat bod pakar perubatan tradisional..ha3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2012 10:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 12-3-2012 23:27
mrrothschild memang setuju melayu ni pemalas dan lembab nak mampus..
baik pindah kat bod pakar perubatan tradisional..ha3
MrRothschild Post at 12-3-2012 22:19



   sesuai kat Bod Misteri n Sakti la ek?
Semoga momod dapat pindahkan benang ni ke mana2 yang dirasakn sesuai..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 12:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by winamp05 at 13-3-2012 00:40

nak pindah kemana ? board buku ada. jap aku carik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2012 12:46 AM | Show all posts
Reply 4# winamp05


   Tak sesuai pindah ke bod buku sebab nama buku cuma Revolusi Melayu...tajuk sebelah tu kena diambil kira iaitu KeMalasan Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 12:51 AM | Show all posts
okey kalau macam tu aku lock aje lah. tujuan utama nak mengkucar kacirkan kedamaian yg sedia ada dalam board HML ni je kan. sila tulis surat kepada PM melayu yang anda mahu hak anda sebagai bugis di malaysia. terima kasih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.055084 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list