View: 4534|Reply: 24
|
Makanan Ciptaan Tuhan Pun Dipalsukan Di China..
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by sara2511 at 12-4-2012 21:20
Undang-undang keselamatan makanan yang tidak efektif di China menyebabkan ada rakyatnya yang mengambil kesempatan membuat makanan palsu untuk mengaut untung lebih. Bukan saja meniru produk keluaran pelbagai syarikat, yang lebih menarik makanan ciptaan tuhan pun hendak ditiru, tetapi sudah tentu hasilnya tak sama kualiti dengan makanan ciptaan tuhan.
Walnut Palsu
Kacang walnut yang sebenar dikeluarkan dari kelongsongnya, dan digantikan dengan ketulan konkrit kecil dan kemudian kelongsong tadi digam kemas. Untuk menyempurnakan ‘ilusi kacang’ ini, konkrit tadi dibalut dengan kertas.
Madu Lebah Palsu
Madu lebah palsu ini mula dikesan pada produk madu yang dilabel secara palsu dan dihantar melalui India ke Amerika Syarikat. Ia ialah hasil mencampurkan air gula, pemanis malt, sirap beras atau jagung, gula tidak ditapis dan pengawet yang lain dengan hanya sedikit kandungan madu lebah asli.
Daging Lembu Palsu
Membuat daging lembu dari daging ayam dan daging babi kemudian meletakkan harga paling mahal sering berlaku di China. Nak membuat daging lembu palsu ini pun tidak sukar, hanya memerapkan daging ayam atau babi tadi dengan sedikit ekstrak daging lembu gred tinggi dan ejen penyadur selama 90 minit. Campuran ‘bahan perap’ ini sangat berbahaya. Ia didapati boleh meracun organ manusia secara perlahan, menghasilkan kecacatan dan juga mungkin kanser.
Beras Palsu
Pihak berkuasa Singapura telah melaporkan terdapat beberapa syarikat di China yang menghasilkan beras dari plastik resin, kentang dan keledek. Dalam keadaan mentah, beras palsu ini kelihatan asli, tetapi apabila dimasak, ia akan menjadi keras dan liat. Makan tiga mangkuk nasi palsu ini sama kadar dengan makan sehelai beg plastik, kata seorang pegawai dari Persatuan Restoran Cina Singapura.
Telur Faux
Telur buatan manusia dihasilkan dari bahan kimia, asid alginik, potassium, kalium klorida, gelatin, parafin, pewarna tiruan dan air, dijual seolah ianya telur asli. Ianya direbus dalam air kencing budak lelaki dan kulit telur pula dibuat dari kapur. Tambah merosakkan, cara membuat telur palsu ini boleh didapati dari pelbagai laman sesawang. Adalah dikatakan yang telur buatan manusia ini nampak seperti telur asli, tetapi apabila dimasak, kuning telur akan melantun. Makan makanan tiruan yang menjijikkan ini secara berterusan boleh mengakibatkan amnesia dan kemurungan.
Pau Kitar Semula
Pau yang telah basi tetapi dipakejkan semula untuk dijual ialah satu lagi masalah di China. Sesetengah kedai barangan keperluan harian dikatakan menghantar kembali pau yang tidak laku kepada pembuatnya: syarikat makanan Shanghai Shenglu, di mana pau basi tadi dimasukkan dalam campuran air, tepung dan pewarna kuning yang tidak diluluskan bersama pemanis tiruan. Pau tadi kemudian dibungkus dan dijual semula. Tindakan undang-undang telah diambil kepada pengarah syarikat tersebut oleh kerajaan China dan 30,000 unit pau basi mereka telah dikeluarkan dari semua rak-rak kedai.
kredits to amazing nara.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ape ke teruk bebenor la china nie.............
dri gadget segala ke makanan pon nak palsukan........... |
|
|
|
|
|
|
|
pasal daging tu, aku rasa org cina terer dalam bab2 imitasi nie..dulu diorang guna kacang soya jer..maybe kacang pun dah mahal skrg, guna bahan kimia lah pulak...huhuhuuhuh |
|
|
|
|
|
|
|
bab meniru ni bagi le negara China.. |
|
|
|
|
|
|
|
sifat tamak haloba nak cepat kaya..tak ambik iktibar kes keracunan susu bayi dulu akibat plumbum yang berlebihan, pastu mainan kanak-kanak yang ditarik dari pasaran dunia sebab kandungan toksik tinggi...asal boleh aje guna bahan kimia sesuka hati |
|
|
|
|
|
|
|
teruknyerrrr..smua nk palsukan..nk tgu sperm n ovum palsu lak..bleh ker dorang buat pastu bleh jd org btul |
|
|
|
|
|
|
|
sayaur kobis palesu xmo letak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sayaur kobis palesu xmo letak ke?
plasterhati Post at 12-4-2012 14:57
kobis pn ada gk ker??hekhek..sbo jer la.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu dh makanan /barangan dipalsukan,x mustahil maklumat peribadi diorg palsukn jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# sara2511
try tanye pakcik gugel..taip aje kobis palesu china.belambak gamba proses dia uolss |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sara2511
try tanye pakcik gugel..taip aje kobis palesu china.belambak gamba proses dia ...
plasterhati Post at 12-4-2012 15:18
isk..diorg ni gilo ko apo smpai sumer skali nk tiru.. |
|
|
|
|
|
|
|
nk untung byk punye psl...jgn terkejut plk nnt ada isu air mani palesu plk |
|
|
|
|
|
|
|
ish ish ish ish.... mcam2 lah derang ni...
made in China lah katakan.. semua BOLEY |
|
|
|
|
|
|
|
aper ke dasyat benor deme2 nie... |
|
|
|
|
|
|
|
China memang bangsat tul bab makanan palsu...dulu buat telur palsu...kuih pau dari kotak yang direndam dll.... |
|
|
|
|
|
|
|
china ni mmg bab tiru meniru depa agak ke hadapan sikit dr org len |
|
|
|
|
|
|
|
mintak jauhla ngn benda2 palsu ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Jepun dulu tere meniru tapi untuk hasilkan produk yg lebih berkualiti dan murah dari US dan UK
tapi China ni dia meniru untuk hasilkan prpduk yg boleh membunuh dan merusakkan orang
Patutlah dulu2 orang Jopun ske bunuh orang China |
|
|
|
|
|
|
| |
|