View: 5844|Reply: 1
|
Irfan Haris pun nak ikut berduet dengan Fattah Amin dan Amira Othman
[Copy link]
|
|
Sekadar berbalas komen, penyanyi Irfan Haris tiada niat cuba mencelah atau mengambil kesempatan di sebalik isu membabitkan kakaknya iaitu Amira Othman.
Irfan atau Ifran Haris Othman, 24, berkata tindakan dia membalas komen Fattah Amin sekadar menghormati pelakon berkenaan yang meninggalkan komen di akaun TikTok miliknya.
"Saya tiada niat pun nak mencelah, sekadar balas komen sahaja sebab dia minta untuk berduet dengan kakak saya.
"Saya tidak mesej dia secara peribadi untuk mendapatkan perhatian itu dan saya bukan orang seperti itu untuk meraih populariti," katanya ketika dihubungi mStar.
Mengulas mengenai perancangan bakal berduet bertiga, Irfan memberitahu dia masih belum ada perbincangan mengenai perkara itu.
Malah segalanya diserahkan kepada Fattah sekiranya pelakon berkenaan serius dengan komen tersebut.
"Saya rasa kena tanya tuan badan, saya pun buat cover lagu itu saja-saja tak sangka pula Abang Fattah komen," luahnya.
Dalam pada itu, Irfan memberitahu dia sentiasa menyokong segala keputusan Amira berkaitan memilih pasangan hidup.
Katanya, kegembiraan kakaknya merupakan keutamaan walaupun dengan siapa pasangan yang dipilih.
"Sejujurnya kakak saya tidak ada kongsi apa-apa dengan saya mengenai dia dan Abang Fattah. Saya pun tidak tahu apa-apa.
"Sebagai adik saya okay sahaja. Kalau betul itu jodoh mereka, saya hanya boleh doakan yang baik-baik. Apa-apa jadi saya akan berada di pihak kakak saya.
"Keutamaan saya adalah kakak saya, kalau dia gembira saya sokong sahaja," kongsinya.
Sebelum ini, Fattah meninggalkan komen yang meminta izin untuk berduet dengan Amira selepas Irfan menyanyikan lagu Wanita Terakhir di TikTok.
Namun Irfan membalas agar mereka berduet bertiga sekali gus mengudang pelbagai reaksi netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Amira Othman ni tak begitu lawa kat pic...rupa seiras Hana bini Syed...
but real live lawa pula.. sweet jer muka...
I wonder if they try untuk buat modus operandi sama untuk relationship ini seperti fenomena Lofatah dan Fattzura...
Anyway both nampak suka each other...i tunggu jer arah tuju relationship derang..... btw untung Amira dari tak ramai kenal jadi terkenal pula... |
|
|
|
|
|
|
| |
|