View: 6429|Reply: 4
|
[Dunia]
Doktor bunuh, kerat mayat kekasih hamil
[Copy link]
|
|
Seorang doktor berdepan dengan tiga pertuduhan iaitu merompak dan memiliki senjata tentera secara haram, serta membunuh dan mengerat kekasihnya yang hamil bagi menyembunyikan hubungan sulit mereka.
Pendakwa raya mengeluarkan dakwaan terhadap tertuduh yang dikenali sebagai Danh Son, 36, pada 14 Januari lalu.
Tertuduh yang merupakan pakar pembedahan am di Hospital Besar Dong Nai, Vietnam, melakukan jenayah kejam itu pada 13 April tahun lalu.
Mengikut pertuduhan, pada penghujung 2022, seorang wanita berusia 35 tahun dikenali sebagai TTBN dari Bien Hoa City membawa saudaranya ke hospital untuk mendapatkan rawatan, di mana dia dan tertuduh pertama kali bertemu.
Wanita itu dan tertuduh kemudian didakwa menjalinkan hubungan cinta walaupun kedua-duanya sudah berkahwin.
Pada Mac 2024, wanita tersebut memaklumkan kepada tertuduh bahawa dirinya hamil dan menuntut lelaki itu bertanggungjawab, selain mengancam untuk mendedahkan hubungan sulit mereka kepada keluarga dan tempat kerjanya.
Bimbang perkara tersebut menjejaskan nama baiknya, tertuduh memutuskan untuk membunuh kekasihnya dan mengerat tubuh mangsa untuk menghapuskan bukti.
Selepas membuang mayat mangsa di pelbagai lokasi, tertuduh mencuri wang bernilai 2.8 juta dong (sekitar RM497), gelang emas, cincin, rantai, sepasang anting-anting dan dua telefon bimbit.
Pihak berkuasa percaya tertuduh menggunakan wang mangsa untuk perbelanjaan peribadi.
Pada 26 April 2024, Jabatan Polis Siasatan Jenayah Wilayah Dong Nai menahan tertuduh untuk siasatan.
Pemeriksaan di kediaman tertuduh di Bien Hoa menemui sepucuk revolver dan lima butir peluru.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dua2 dah kawin kemudian pompuan tu bunting. Yakin ya itu anak doktor tu. Laki dia mati pucuk ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Jarang-jarang nampak di sini berita non malay bunuh orang pukul orang. |
|
|
|
|
|
|
|
nape tak buat surat nikah kawen kat siam backdated punya |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh kan. Sanggup bunuh daripada bertanggungjawab. |
|
|
|
|
|
|
| |
|