Sinopsis: Mengisahkan Kagami yang baru balik dari US yang kononnya dia rasa dia paling hebat sebagai pemain basketball..semasa register dalam kelab basketball, dia bertemu ngan salah sorang ahli "Generation of Miracles" yang tidak diberi pendedahan istimewa. Khabarnya, kesemua ahli "Generation of Miracles" sangat berbakat dalam permainan basketball dan sukar untuk ditandingi. Namun, ahli ke-6 "Generation of Miracles" yang digelar "The Phantom" atau nama sebenarnya - Kuroko tidak menampakkan ciri2 sebagai ahli sukan yang tough kerana tubuh beliau yang kelihatan lemah. Kagami merendahkan keupayaan Kuroko kerana beliau menganggap Kuroko tidak layak untuk berada dalam satu kumpulan dengannya. Selepas perlawanan persahabatan ngan senior mereka, Kagami akhirnya mengakui keupayaan Kuroko dalam bidang sukan itu. Kuroko pula bersetuju untuk membantu menaikkan nama Kagami dengan mengalahkan kesemua ahli "Generation of Miracles". Apakah "skill" sebenar Kuroko yang berjaya membuka mata Kagami? Adakah mereka boleh berupaya menandingi pemain basketball dari "Generation of Miracles"?Jadi apa lagi, silalah menonton dan moyan sama2..
Anime ni banyak mengingatkan TT pd Slamduck, dari segi watak dan jalan cerita...every episod mmebuatkan TT terasa "thrill", tak bosan.
Genre: Sport, Comedy, Shounen
Rating Overall from ANimelist: 8.35
Apapun selamat menonton! Last edited by naen on 7-4-2013 11:40 PM