CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2716|Reply: 4

kriss vektor- keris untuk zaman modern

[Copy link]
Post time 3-5-2012 11:07 PM | Show all posts |Read mode
[size=85%]Keris ialah senjata yang sinonim dengan bangsa Melayu. Ianya menjadi lambang perjuangan melayu seperti mana sebiah KUKRI menjadi simbol perjuangan askar Gurkha. Walaupun keris tidak lagi digunakan dengan meluas sebagai senjata mempertahankan diri, ianya kini menjadi simbol ketuanan Melayu. Parti UMNO menggunakan keris didalam logo pertubuhan mereka dan setiap tahun keris akan dicium sebagai lambang perjuangan parti perkauman mereka. LULZ.

Didalam mitos melayu pula Keris Tamingsari digunakan oleh Hang Tuah. Dikatakan Hang Tuah tidak lut ditikam jika Tamingsari didalam tangan belaiu. Mitos Hang Tuah banyak persamaan dengan mitos King Arthur dan Excalibur milik beliau. Anyways kini Keris bukan lagi senjata yang dianggap bad ass kerana these days senjata pilihan untuk mempertahankan diri ialah pistol.

Syarikat Kriss dari Amerika Syarikat menghasilkan Kriss Vector V, sebuah sub mesingan untuk kegunaan pertarungan jarak dekat (close quarter combat). Yes, memang nama syarikat ini diambil sempena senjata kebanggaan Melayu. Pemilik syarikat Kriss merasakan nama Kriss sangat sesuai untuk produk keluaran mereka. Senjata keluaran syarikat mereka kecil tetapi berbisa separti sebuah Keris. Binaanya yang kompak membuatkan Kriss sesuai sekali digunakan oleh pasukan keselamatan untuk pertempuran dalam bandar. Raifal M4 an sub mesingan MP5 yang ada sekarang agak sukar digunakan untuk kegunaan peperangan didalam bangunan. Walaupun kecil Kriss Vector V bukan calang-calang senjata. Ia menggunakan peluru 0.45 ACP yang digunakan didalam mesingan lagenda Thompson. Walaupun ianya begerak lebih perlahan dari peluru 9mm yang digunakan kebanyakkan sub mesingan, peluru 0.45 ACP mempunyai jisim yang lebih besar dan impak akibat ditembak adalah lebih besar.Bila anda melakukan room clearing anda mahukan musuh anda terus dineutralkan selepas ditembak dan tidak mampu meneruskan misi mereka. Oleh sebab itu lah peluru kaliber 0.45 ACP dipilih.

Keris mungkin sudah tidak relevan lagi sebagai senjata peperangan. Kini giliran Kriss pula untuk menusuk badan manusia dimedan perang. Persoalannya sekarang ada tak pahlawan melayu moden yang menggunakan senjata ini. Buat masa ini Tentera Diraja Malaysia dan Tentera Negar Indonesia Angkatan Darat tidak menggunakan senjata ini didalam inventori mereka.

[size=85%]


[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2012 07:06 PM | Show all posts
nampak mcm hebat jer..tpi kualiti dia bley dipercayai jer,tahan lasak ke..biasa nyer jenis cmni target market di kcik jer...senjata tuk perang biasa perlu praktikal,tahan lasak & ekonomi,perlu boleh dimaksimumkn penggunaan nye
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 09:49 PM | Show all posts
best nampak, kalau negara kita tk haram senjata berat kan bagus
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 06:49 PM | Show all posts
mamat ni kalau bukak thread tertentu mesti nak bagi 2 rupiah pasal hal rumah kita....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 08:32 PM | Show all posts
ingatkan keris melayu tadi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.062222 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list