CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4312|Reply: 12

26 Atlet Malaysia layak ke Sukan Olimpik 2012

[Copy link]
Post time 20-5-2012 12:06 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR - Dua puluh enam atlet daripada tujuh jenis sukan setakat ini, layak secara merit ke Sukan Olimpik di London, Julai depan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata mereka terdiri daripada lapan atlet bagi acara akuatik-terjun, badminton (enam), memanah (empat), berbasikal trek (tiga), berbasikal lebuh raya (dua) dan masing-masing seorang bagi acara menembak, lawan pedang dan angkat berat.

"Bagi atlet untuk acara akuatik-renang, kita sedang menunggu keputusan daripada Persekutuan Akuatik Antarabangsa (Fina) untuk layak di bawah kategori B.

"Negara meletakkan harapan utama memenangi pingat emas di Sukan Olimpik dalam acara badminton khususnya menerusi Datuk Lee Chong Wei. Sukan berbasikal terutamanya melalui Azizulhasni Awang juga mampu membuat kejutan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah mengenai penyertaan Malaysia di Sukan Olimpik London termasuk bilangan atlet, sasaran emas selain perancangan awal untuk Sukan Olimpik 2016 dan 2020.

Ahmad Shabery berkata Azizulhasni, yang digelar 'The Pocket Rocketman', mempunyai kelebihan daripada segi usia bagi menyumbang pingat emas pertama negara terutamanya pada Sukan Olimpik 2016.

"Pada usia 24 tahun sekarang, Azizulhasni mampu berada pada kedudukan antara kedua dan ketiga di dunia bagi acara keirin serta menjadi pencabar utama kepada pelumba utama keirin dunia Sir Chris Hoy yang kini berusia 36 tahun.

"Jika prestasinya baik pada Sukan Olimpik kali ini, beliau mampu menewaskan Chris Hoy dan memenangi emas. Namun sekiranya tidak berjaya, pada 2016 beliau masih mampu menjadi pelumba utama atas faktor usia, malah lebih berpengalaman," katanya.

Selain itu, beliau berkata sukan memanah, akuatik-terjun dan menembak turut mempunyai peluang memenangi pingat berdasarkan prestasi semasa serta perubahan format pertandingan dalam beberapa jenis sukan.

Ahmad Shabery berkata kementerian menyediakan pelan strategik program latihan prestasi tinggi ke arah 2020 meliputi empat bidang Keberhasilan Utama iaitu latihan atlet elit, latihan atlet pelapis, pembangunan kejurulatihan dan penganjuran kejohanan dalam negara. - Bernama


Link: http://www.sinarharian.com.my/sukan/ahmad-shabery-26-atlet-malaysia-layak-ke-sukan-olimpik-1.46853

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2012 08:53 AM | Show all posts
Sikitnye....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2012 12:47 PM | Show all posts
Sikitnye....
perang_sivil Post at 21-5-2012 08:53


Better than none
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 11:17 AM | Show all posts
semoga berjaya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2012 11:42 PM | Show all posts
Empat pingat emas yg dijangkakan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada Sukan Olimpik 2012 di London. Harapan utama emas sudah tentu terletak pada bahu jagoan badminton no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei. Selain itu, beregu badminton no 1 negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong juga berpeluang cerah. Tetapi secara peribadi, prestasi beregu utama negara pada masa kini amat tidak konsisten lebih2 lagi selepat tamat cabaran negara di Piala Thomas 2012.

Dua lagi emas yg berada dalam jangkaan adalah melalui acara berbasikal yg pastinya jaguh keirin negara, Mohd Azizulhasni Awang menjadi perhatian. Dan satu lg adalah Pandelela Rinong yg kini merupakan jaguh terjun yg disegani.

Ayuh Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 11:12 AM | Show all posts
Empat pingat emas yg dijangkakan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada Sukan Olimpik 2012 di London. ...
TheLuPikir Post at 28-5-2012 23:42



    selamat maju jaya pada TimNas Malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2012 12:14 PM | Show all posts
prospek paling besaq adalah Diving
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2012 12:50 PM | Show all posts
Reply 7# lordvoldemort


    cycling pun... Badminton??? perak bonus, gangsa wajib at least sebijik.. emas????? sangat susah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2012 01:39 PM | Show all posts
Reply  lordvoldemort


    cycling pun... Badminton??? perak bonus, gangsa wajib at least sebiji ...
perang_sivil Post at 2-6-2012 12:50


badminton mmg sgt sukar, dgn Datuk Lee Chong dibelenggu masalah kecederaan, beregu mmg sangat tidak konsisten
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2012 01:49 PM | Show all posts
badminton mmg sgt sukar, dgn Datuk Lee Chong dibelenggu masalah kecederaan, beregu mmg sangat ti ...
TheLuPikir Post at 2-6-2012 13:39



    bagaimana prospek beregu wanita dan beregu campuran?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2012 04:31 PM | Show all posts
bagaimana prospek beregu wanita dan beregu campuran?
perang_sivil Post at 2-6-2012 13:49


Beregu wanita negara sy rasa agak sukar untuk menaruhkan harapan kepada mereka utk memenangi pingat tetapi beregu campuran kita Chan Peng Soon - Goh Liu Ying yg kini berada di kedudukan ke-9 dunia berpeluang untuk memenangi pingat pertama mereka di Olimpik 2012 berdasarkan prestasi semasa mereka yg memberansangkan dan konsisten. Walaubagaimanapun, setiap peserta di Olimpik 2012 tetap berpeluang untuk menang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 10:50 AM | Show all posts
bagaimana prospek beregu wanita dan beregu campuran?
perang_sivil Post at 2-6-2012 13:49


beregu wanita nak komen pun payah sebab tadak yg layak lagi... tunggu wildcard tengok
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 01:30 PM | Show all posts
Terjun mungkin boleh dapat emas.. Prestasi diorang setanding dengan penerjun-penerjun China.. Terbaik..

http://blogbualsukan.blogspot.com/
bualsukan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.470465 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list