CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11203|Reply: 29

CERPEN : Selamat tinggal Aisyah……

[Copy link]
Post time 1-6-2012 06:04 AM | Show all posts |Read mode

“aku terima nikahnya Aisyah bte Mohd Ali dengan mas kahwinnya RM40 tunai…..”Affan menjawab dengan linangan air mata kesyukuran.Setelah imam dan saksi mengesahkan ucapannya kini ia bergelar seorang suami dan mulalah tanggungjawab sebagai ketua keluarga…


       “Aisyah…..adakah kamu reda menerima abang sebagai suami?”katanya pembuka malam pertama.“Jika Aisyah menerima abang sebagai suami,itu tandanya saya reda…”jawab isterinya sambilk tersenyum kecil…Maka bermulalah malam pertama yang indah…Hujan menitis laju di luar jendela….


      Selepas cuti  bulan madu selama 10 hari,Affan mula bekerja.Tugas sebagai seorang  jurutera bukan semudah yang disangka.Affan perlu rajin turun memantau pekerja tapak pembinaan dan berjemur  panas terik  sebagaimana dirasai pekerja buruh binaan.


     “Pak…bagaimana kerja di sini?”tanya Affan suatu hari….

“Syukur …walaupun capek..gajinya lumayan!”jawab pekerja  dari tanah seberang yang tekun menjalankan tugasnya.


   “alif baris dua atas aan……”Affan mengajar sepatah demi patah isterinya selepas solat Maghrib….isterinya mengikut bacaan sepatah demi sepatah….Walaupun penat siang hari bekerja,namun malamnya diisi dengan mengajar isteri kesayangan mengeja kalimah Tuhan…..



   “Abang tidak menyesal beristerikan wanita jahil seperti Aisyah?Membaca Quran pun tidak tahu…..”luah isterinya pada satu hari.



“Sayang….Abang terima sayang sebagai isteri dan redha segala kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri sayang….Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan…”Jawab Affan jujur…



       “Kamu ada ijazah dari Universiti  Uitm…sambung pula Master di Australia..dapat pula jadi jurutera dalam syarikat terkemuka negara,mengapa pilih Aisyah yang hanya sekolah rendah?”bentak ibunya pada suatu ketika.


       “Mak…..kebahagiaan bukan diukur dari pendidikan tinggi atau pendapatan seseorang..kebahagiaan diukur dalam jiwa yang ada iman dan takwa…”jawab Affan merendah diri,air mata jantan membasahi pipi akibat bentakan ibunya.


             “Nama apa?”tanya Affan ketika latihan praktikal di daerah Quensland.“Aisyah……….”jawab seorang anak gadis yang bekerja sebagai pengemas bilik  di sebuah hotel yang didiami Affan ketika menjalankan latihan praktikal sebuah daerah di Australia.



       “Sudah lama kerja di sini?” sambung Affan lagi….

“Sudah tiga tahun…..”jawab Aisyah….


        Perbualan ringkas adalah perkenalan pertama Affan dan seorang gadis berkulit hitam manis yang berasal dari Masjid Tanah Melaka itu.Kemiskinan   menyebabkannya tercampak ke Australia dan menjadi pengemas bilik di negara kanggaroo itu.


     “Saya tidak sekolah tinggi…..setelah tamat darjah enam di Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin,saya tidak menyambung sekolah menengah.Saya membantu ibu  mendapatkan wang  dengan bekerja sebagai penjual sayuran di  pasar Masjid Tanah…Ayah meninggal dunia ketika saya darjah tiga”cerita Aisyah suatu hari di sebuah restoran  …


        Aisyah merembes  ketika menceritakan kisah hidupnya…Jelas kelihatan matanya berkaca….Affan  mendengar dengan perasaan simpati….Amat kental gadis ini….meninggalkan pelajaran untuk membantu ibunya.Sebagai anak sulong,Aisyah tekad tinggalkan alam persekolahan demi menyara adik-adik ..


         Setelah tamat menyambung Master di  University of Melbourne,Affan pulang ke tanah air dan menyuarakan hasrat  kepada ibunya.


“Mak….Affan sudah ada pilihan hati….”katanya pada satu petang ketika ibunya menuang air tea  O  kegemarannya.

“Siapa?dia belajar Universiti mana?sama belajar ke?”balas ibunya

“Namanya Aisyah…..saya kenal di Australia…dia bekerja sebagai penegmas bilik  di sebuah hotel di Australia….”jawab Affan jujur.

“Apa ?pengemas bilik?”jerkah ibunya

“Mak….dia juga manusia…..walaupun berpendidikan rendah…dia juga wanita mempunyai perasaan….Affan kenal hati budinya…”balas Affan.

“Mak tak setuju!”bentak ibunya lantas meninggalkan Affan termanggu di  beranda rumah….

Affan merenung jauh ,seakan panas dirasakan walaupun hujan lebat di luar rumah…



     “Affan..belajarlah rajin-rajin…….jadilah manusia berguna….”pesan ayahnya ketika membonceng basikal tua milik ayahnya ke sekolah setiap pagi…



Melihat basikal tua yang terbiar di bawah rumah menyebabkan Affan merembes….Ayahnya menghantar ke sekolah setiap pagi dan sentiasa memberikan kata semangat untuk berjaya dalam pelajaran.


       “Ayah…..Affan dapat ke Universiti……”katanya di hospital ketika menziarahi ayahnya yang koma akibat kemalangan …Matanya berlinangan dan terus menerus mengucapkan ayat tersebut di sisi ayahnya……


    “Maaf…..kami sudah berusaha sedaya upaya  menyelamatkan ayah kamu….namun Allah lebih menyayanginya….”kata doktor .Affan dan ibunya berpelukan dan menangis sepanjang malam …


         Mengimbau  kenangan silam bersama ayahnya amat meruntun perasaan.Ketika cuti sekolah,Affan mengikut ayahnya ke kebun getah dan melihat betapa payahnya ayah menunggang basikal ke kebun pada subuh yang sunyi berteman nyamuk dan cengkerik malam….

        Namun ayah tidak pernah mengeluh.Dengan tulkang empat kerat,ayahnya menoreh getah dan mengumpulkan getah untuk dimesin dan dijual .Dengan rezeki halal itulah ayahnya memebsarkan Affan dan adik-adiknya seramai  3  orang….

          Setelah Affan membaca Yasin di tanah  kubur,Affan menuturkan ayat “Ayah…..aku amat mencintai Aisyah….aku amat mencintainya namun  ibu tidak merestui hubungan kami….Ayah..apa yang perlu aku lakukan??Jawablah Ayah….”


         Matanya  merah dan berkelopak dengan air mata membasahi pipi…..Affan tiada tempat mengadu dan sering meluahkan perasaan di kubur ayahnya.


       “Maafkan Affan…..Affan harap mak merestui perkahwinan kami….”kata Affan memohon restu ibunya setelah majlis perkahwinan.Majlis perkahwinan diadakan secara kecilan dan hanya keluarga terdekat dan teman baik dijemput.


   Ibunya seakan tidak endah dan tidak menyambut tangan menantunya Aisyah.Affan hanya diam membatu melihat karenah ibu tersayang….


     “Sabarlah sayang…mungkin suatu hari nanti  mak akan terima sayang seadanya..”pujuk  Affan menggembirakan isterinya…


         “Inilah kali pertama Aisyah ke sini……gembira sangat!”luahnya isterinya  pabila menjejakkan kali ke bumi pulau Langkawi  untuk berbulan madu dengan suami tersayang….Affan hanya mengangguk dan faham.


         Masa berlalu amat pantas.Berita paling menggembirakan Aisyah kini berbadan dua…Doktor memberitahu Aisyah akan mendapat anak kembar…


       Ketika  Aisyah sakit bersalin di hospital  Besar Melaka ,ibu mertua menemaninya kerana Affan bertugas di luar negara.Saat getir tanpa suami amat menghiris  perasaan namun Aisyah faham keadaan suaminya yang perlu bekerja dalam dan luar negara.


            Apabila selamat bersalin,ibu mertua mengucup dahi Aisyah dan mengucapkan tahniah kerana selamat menjadi ibu dan mendapat dua cahaya mata kembar.Aisyah tidak dapat menahan air mata kerana  inilah kali pertama ibu mentua mengucapkan ayat yang penuh kasih sayang….


“Maafkan mak……maafkan mak…selama ini mak tidak menghargai Aisyah..namun Aisyah melayan suami dan ibu mertua dengan baik…..kini baru mak sedar segala salah silap mak….”kata ibu mentuanya sambil mendukung kedua-dua  cucu  kembarnya di hospital.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2012 06:05 AM | Show all posts

Aisyah masih ingat ketika suami tersayang berada di luar negara,Aisyah yang menguruskan rumah tangga.Walaupun perut membesar dan sarat mengandung,Aisyah membawa ibu mertua mendapatkan rawatan kencing manis dan mengambil ubat di hospital kerajaan.Aisyah tidak pernah mengeluh mengemas rumah,memasak dan melakukan pelbagai kerja rumah.Segala tugas dilakukan dengan hati yang tulus…

       Affan pulang ke tanah air setelah  Safa dan Syahirah berusia dua minggu.Dicium anak kembarnya bertali-tali.Amat gembhira melihat wajah anak-anak yang sihat dan wajah mereka pula seiras ibu mereka.

       Aisyah yang masih dalam pantang tidak dapat menyambut suami di lapangan terbang KLIA.Hnaya doa yang dipanjangkan kepada Tuhan ahar suami tersayang selamat pulang.

       Keletah Safa dan Syahirah  amat menggembirakan neneknya,Hajjah  Shafiah.Masa berlalu dan kini kedua-duanya sudah pandai memanggil Nenek.Hajjah Shafiah amat gembira kesunyian rumah terisi dengan keletah cucu kesayangan yang sudah pandai menunggang basikal dalam rumah….

        Apabila pulang ke rumah,Affan pasti mengajar isterinya membaca ayat-ayat Quran.Sepatah demi patah diajar dan kini Aisyah sudah pandai mengajji.Alunan merdu  bacaan Quran menghiasai kamar asmara cinta dua hati Affan dan Aisyah.

       Amat gembira Affan.Setiap malam Jumaat Affan bersama isterinya mengalunkan surah Yasin dalam kamar di malam yang sunyi setelah menunaikan solat tahajjud bersama…Itulah rutin Affan dan isterinya setiap pagi Jumaat,bangun sepertiga malam dan solat tahajjud bersama-sama.

        “Sayang…..bacakan surah Yasin…….”pinta Affan di bilik wad hospital ketika usianya semakin ke penghujung….

        Aisyah menitiskan air mata dan terus menerus membaca surah Yasin di sisi kepala suami tersayang….Panas yang disangka akan ke petang,namun hujan di tengahari…itulah ketentuan Allah….Affan menderita kanser otak dan disahkan tahap kritikal oleh doktor.

      Safa dan Syahirah  yang baru bersekolah  Tabika  masih tidak memahami penderitaan ayah mereka.Mereka asyik bermain –main di hujung katil melihat ayah mereka terbaring….

        Ketika Aisyah membaca ayat-ayat Tuhan bermaksud “Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.” Terdengar suara kecil suaminya menyebut kalimah LAILAHAILLALLAH  dan mesin pengimbas  denyutan jantung terhenti……….

   Aisyah memeluk jasad suaminya yang kini telah pergi buat selamanya……..

~~ TAMAT  ~~



HAKCIPTA TERPELIHARA @  2012  SAAT SULAIMAN
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 08:10 AM | Show all posts
Best...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 08:29 AM | Show all posts
Fuhhh...  menitis air mata baca cerpen ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2012 08:38 AM | Show all posts
Reply 3# kucingpia


   TQ............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2012 08:39 AM | Show all posts
Reply 4# ladyFinger12


   aku yg menulisnya pun merembes.........................rasa cam nak jadikan skrip drama pula........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2012 09:05 AM | Show all posts
Reply 1# GuaAnakMelaka

Bro.. (Bro ke Sis? )

Kisah benar ke? Siap sijil bagai....

Garap buat novel la... mesti best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2012 09:18 AM | Show all posts
Reply 7# Nicki_Meow


   bro le..x tgk nama ?
novel?belum ada masa menulisnya...buku dah 9 buah....................novel satu pun lum siap......................

ada idea tp dalam kepala je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2012 03:34 AM | Show all posts
3 org je komen???

aku ingat nak buat skrip drama nie................
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 09:10 PM | Show all posts
saya pernah baca cerpen ni kat satu website.. tak ingat kat mana.. awak ke yang menulisnya.. wah.. best juga citernya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2012 01:17 AM | Show all posts
cmf_honeysweet posted on 21-7-2012 09:10 PM
saya pernah baca cerpen ni kat satu website.. tak ingat kat mana.. awak ke yang menulisnya.. wah.. b ...

website?

website apa?

yup aku yg menulisnya............................
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 03:36 PM | Show all posts
ada baca kat Penulisan2u dengan satu blog..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2012 03:26 AM | Show all posts
cmf_honeysweet posted on 22-7-2012 03:36 PM
ada baca kat Penulisan2u dengan satu blog..

Penulisan2u?

aku x pernah hantar cerpen ke sana.boleh bagi link full??

ini dah kira cetak rompak ni........angin betul aku!
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 11:10 AM | Show all posts
best wpun ringkas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2012 06:12 PM | Show all posts
cmf_honeysweet posted on 22-7-2012 03:36 PM
ada baca kat Penulisan2u dengan satu blog..

Tolong bagi link penulisan2u dan blog yg u dakwa telah membacanya...


aku x sabau nak saman orang ni...bila lak aku hantau ke penulisan2u???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2012 11:27 AM | Show all posts
man a arrh cmf_honeysweet????

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2012 04:21 PM | Show all posts
citer pendek jer tp best..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2012 11:32 AM | Show all posts
ani5977 posted on 30-7-2012 04:21 PM
citer pendek jer tp best..

Thanks...............



Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 06:37 PM | Show all posts
Lagi satu sentuhan mantap.. kipidap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2012 02:56 AM | Show all posts
wasap posted on 28-8-2012 06:37 PM
Lagi satu sentuhan mantap.. kipidap

TQ................
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.091076 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list