View: 4682|Reply: 6
|
Perayaan Shavuot di Israel (43 Gambar)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by manap77 at 4-6-2012 13:49
Shavuot adalah Hari Raya Yahudi yang bertepatan pada hari ke-6 bulan Ibrani Sivan (bersamaan akhir Mei atau awal Jun). Hari raya Shavuot adalah untuk memperingati hari Allah menurunkan Taurat kepada Musa dan Bani Israel di Gunung Sinai.
Shavuot merupakan salah satu daripada tiga hari raya Haji ke Yerusalem dalam Taurat yang menandai berakhirnya Penghitungan Omer.
Tanggal Shavuot secara langsung berkaitan dengan Hari Raya Paskah (Hari memperingati pembebasan Bani Israel dari Mesir). Taurat memerintahkan orang Yahudi menghitung selama tujuh minggu yang dinamakan Minggu Penghitungan Omer, dimulai pada Hari Raya Paskah dan kemudian diakhiri dengan perayaan Shavuot.
Penghitungan hari dan minggu ini difahami sebagai bentuk persiapan untuk Pemberian Taurat. Pada Paskah, orang Yahudi dibebaskan secara fizikal dari perhambaan Firaun; manakala pada Shavuot, mereka dibebaskan secara spiritual dari paganisme dengan pemberian Taurat dan menjadi umat yang melayani Allah.
Di samping itu, Shavout juga terkait dengan musim menuai di Israel. Pada zaman semasa kewujudan Haikal, korban disembahkan berupa dua roti dari gandum hasil tuaian dibuat pada hari raya Shavuot. Ia merupakan hari pertama seseorang dapat membawa hasil tuaian dinamakan Bikkurim untuk dipersembahkan kepada Haikal di Yerusalem. Terdapat 7 jenis Bikkurim yang dibawa dari Tanah Israel sebagai korban iaitu gandum, barli, anggur, ara, delima, zaitun, dan kurma.
Antara tradisi yang diamalkan pada perayaan ini ialah:
1. Akdamot, pembacaan puisi liturgi pada sesi sembahyang dinihari di waktu subuh
2. Halav (susu), makan dan minum produk-produk dairi seperti susu dan keju.
3. Ruth, pembacaan Kitab Ruth pada sembahyang waktu subuh
4. Yerek, dekorasi rumah dan sinagoga dengan tanaman hijau.
5. Torah, mengkuti pembelajaran Taurat sepanjang malam.
Akdamut
Upacara dinihari mazhab Samaritan di Gunung Gerizim di wilayah pergunungan Samaria
Yahudi Haredim bertafakur di Gunung Gerizim sekitar Makam nabi Yusuf
Sembahyang di Tembok Ratapan Yerusalem
Kaum Haredim menuai di Kibbutz
Sambutan penuaian di ladang-ladang kibbutz
Halav
Makanan dari susu seperti roti keju dan berbagai isi lainnya secara tradisional disajikan pada Shavuot untuk mengenang saat ketika Taurat masih belum diturunkan, cara-cara sembelihan masih tidak diajarkan manakala makanan dari haiwan yang telah disiapkan sebelumnya tidak kosher, maka mereka memilih untuk makan makanan dari susu ketika itu.
Antara makanan tradisi dari produk susu mengikut suku masing-masing ialah
-Ashkenazi-
Blintz, sejenis pancake
Kreplach, jemput berintikan daging dan ubi kentang disajikan dalam bentuk sup
-Mizrahi-
Sambusak, karipap atau samosa keju (Turkey)
Atayef, sejenis pancake berintikan yogurt (Syria)
Kahi, doh keju dengan buah pelaga dan puri raspberi (Iraq)
-Sefardi-
Kelsonnes, pasta ravioli dari keju
Siete Cielos, baklava versi kek dengan kuah madu (Tunisia dan Morocco)
|
|
|
|
|
|
|
|
Informasi untuk menambahkan pengetahuan |
|
|
|
|
|
|
|
makanan dia sume sedap2!!! |
|
|
|
|
|
|
|
terliur tgk makanan diorang.. |
|
|
|
|
|
|
|
sangat berinformasi...
|
|
|
|
|
|
|
|
sedap tgk makanan...lapar lak |
|
|
|
|
|
|
| |
|