View: 10018|Reply: 19
|
Kisah Cubaan Mencuri Jasad Rasullulah S.A.W
[Copy link]
|
|
Salam semua..
Mod,,jika ada tread same..leh tutup k
Cubaan Kaum Salib Mencuri Jasad Rasulullah S.A.W
1) Samhudi, seorang ahli Sejarah menyebutkan dalam kitab tarikhnya ” Wafaul Wafa “
2) Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya ” Talkhisul Ma’alim Daril Hijrah “
3) Abbasi dalam bukunya ” Fi ‘Amdatil Akhbar “
semua kitab itu menceritakan tentang percubaan kaum Salib dalam membongkar kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan mencuri mayat baginda yang suci dan utuh , kerana mayat para Nabi tidak dimakan oleh tanah. percubaan itu terjadi pada tahun 557H.(1162M) , yakni pada zaman khalifah Abbasiah, Al-Mustanjid Billah.
Mereka telah mengirim 2 org lelaki dari benus Eropah ke tanah suci Madinah Al-Munawwarah, di mana Nabi bermakam. mereka datang menyamar sebagai org perantau dan bertempat tinggal di suatu rumah tidak jauh dari “Raudhah ” di mana kubur Rasulullah s.a.w. terletak. keduanya menjalankan tugasnya siang dan malam menggali dan melubangi tanah yang menjuruskan ke makam Rasulullah s.a.w..
Tiba2, pada suatu malam ,seorang raja bernama Raja Nurudin dari Iraq, bermimpi melihat Rasulullah s.a.w.. Baginda membangunkannya dan menerangkan bahawa diri baginda dalam bahaya dan beliau meminta perhatian Raja Nurudin tersebut.
Keesokannya, Raja Nuruddin bermimpi lagi Rasulullah s.a.w. yang juga mengatakan seperti malam sebelumnya, yakni baginda dalam bahaya.
Dan pada malam ketiga, Nuruddin bermimpi lagi dengan Rasulullah s.a.w. sambil membentak2 kepada Nuruddin mengapa tidak acuh sama sekali atas apa yang di alami Baginda s.a.w.. dan pada malam itu juga lah, Nuruddin terbayang 2 org lelaki sedang beraksi menjalankan perbuatan nekadnya itu.
Dan setelah itu, barulah Nuruddin yakin penuh percaya dengan mimpinya itu dan keesokannya , beliau memanggil Menteri yang bernama Jamaluddin untuk segera berangkat ke Madinah. Setelah 20 hari di jalan ,maka kedua-duanya sampai di destinasi tersebut.
Ketika kedua-dua pembesar itu pergi ke Raudhah , maka benarlah terjadi seperti apa yang dilihat Raja dalam mimpinya, 2orang lelaki yang mengaku beragama Nasrani sedang beraksi menggali lubang yang menjurus ke makam Baginda s.a.w.. mereka mengaku bahawa mereka hendak mencuri jasad Nabi Muhammad s.a.w.. maka, lelaki2 Nasrani itu pun dihukum bunuh dan mayatnya di bakar.
Demikianlah dalamnya rasa permusuhan dari kaum Salib itu terhadap Islam, dinul syumul, bukan sahaja umatnya mahu dibinasakan dengan sehancur2nya dalam perang 200 tahun itu, ajarannya mahu dikikis semua, tetapi juga jasad Nabinya yang telah di dalam kubur pun mereka mahu merampas dan memperkosa sedemikian rupa.
Tetapi ,dewasa ini kerana tidak mungkin lagi untuk mencuri dan membongkar kubur Nabi akhir zaman itu, atas asbab penjagaan yang terlalu ketat , maka kaum Salib meneruskan perjuangan operasinya di bidang lain, iaitu di bidang da’wah, propaganda dan misi yang tujuannya tidak lain menasranikan umat Baginda s.a.w..
ingatlah firman ALLAH , mafhumnya :
” Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. itu (Muhammad) bagimu adalah ikutan yang baik ! “ (Surah Al-Ahzab : 21)
5 kali cubaan mencuri jasad Rasulullah
- CUBAAN PERTAMA SEMASA PEMERINTAHAN AMRULLAH ALUBAIDI Penyamar dari Mesir dan telah dibunuh oleh kaum kerabatnya. Allah menghantar taufan dan gempa bumi ke Bandar Madinah
- CUBAAN KEDUA SEMASA PEMERINTAHAN AL-UBAIDI Mereka menghantar orang yang tertentu dan berkerjasama dengan penduduk yang tinggal berhampiran kubur nabi dengan mengorek lubang kearah kubur nabi, dengan izin Allah ada suara memberitahu perbuatan kianat tersebut maka Allah mengancangkan bumi Madinah.
- PERANCANGAN RAJA-RAJA NASRANI DENGAN KOMPLOT DARI NASRANI MAGHRIBI. Pemimpin Islam yang bernama Nuruddin Zanki bermimpi dan mengetahui perancangan tersebut lalu bertindak dan memang terdapat dua orang Maghribi yang berpura-pura beribadat di dalam Masjid Nabawi , Mereka ditangkap. Penguasa Nuruddin telah membina penghadang daripada besi untuk keselamatan jasad Rasulullah.
- SEKUMPULAN NASRANI DATANG BERSAMA JEMAAH HAJI DENGAN NIAT MENCURI JASAD RASULULLAH. mereka tidak berjaya dan telah ditangkap oleh penduduk Islam semasa mereka pulang bersama jemaah haji.
- PADA KURUN KE-9 HIJRAH 40 lelaki cuba melarikan jasad Baginda tetapi dapat ditangkap oleh penguasa Islam zaman tersebut.
http://shalehudin.blogspot.com/2012/05/cubaan-mencuri-jasad-rasulullah-saw.html
|
|
|
|
|
|
|
|
kisah yg atas sekali tu ustaz aku pernah cerita masa sekolah dulu
yg lain tu baru rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
mmg pernah baca. tp elok gaks wat renungan |
|
|
|
|
|
|
|
Salam. Nak tanya bukankah ada satu cubaan di mana seseorang naik atas kubah Raudhah dan terkenah panah petir terus terbakar di situkan? Krn itu kubah itu tidak rata sebelah spt dulu. Benarkah? |
|
|
|
|
|
|
|
aku x pernah tahu...(shame me) but baguih TT bukak thread nih, buanga pengajaran dn pelajaran... thanx TT.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam. Nak tanya bukankah ada satu cubaan di mana seseorang naik atas kubah Raudhah dan terkenah pan ...
kejora10 Post at 6-6-2012 20:35
dengo cite mayat tuh hancur & tak boleh diubah so terus di tutup & seal kat situ jugal. pasal tuh bentuk tak rata katanyer...wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
yup..pnah dga citer ni dr abng ipau yg bru blek dr umrah dlu..katenya mayat tu x bleh nk bwk trun,kn ...
hot_ice Post at 6-6-2012 22:36
hoax kan nih |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kejora10 at 6-6-2012 23:34
Sebenarnya org itu ingin menghancurkan kubah setelah cuba memusnahkan tanah perkuburan di Baqi' tetapi telah dipanah petir dan org tidak mampu memindahkan mayatnya terbakar kerana melekat dan hancur atas kubah. Maka ditampalkan saja kubah itu seadanya. Krn itu bentuk kubah bonjol sedikit.
Mungkin cerita ini tidak termasuk dlm percubaan mencuri jasad Rasulullah S.A.W krn baginda bukan dikebumi di situ.
Wallahu'alam cuba pastikan kesahihan iya. Bahaya. |
|
|
|
|
|
|
|
salah laaaa...
ini di ceritakan oleh seorang pelajar agama di universiti di madinah kepada saya sendiri ketika ziarah masjid nabawi. sebenarnya yang di atas kubah itu adalah tingkap yang dibina semasa zaman pemerintahan uthmaniah untuk menyinari kubur Nabi s.a.w. apabila negara arab saudi ditubuhkan, fatwa telah dikeluarkan tidak boleh seseorang berada di atas kubur nabi (ketika nak bukak tingkap tersebut setiap hari), maka tingkap tersebut telah dikunci sampai sekarang. ntah dari mana telah timbul cerita pasal org nak curi mayat nabi pulak dari atas kubah tu. semua cubaan untuk mencuri jenazah nabi adalah dari bawah tanah jadi jangan la percaya cerita palsu pasal mayat atas bumbung tersebut. tingkap tu kecik je, x de rupa mayat pn. orang2 madinah pn pelik bila diceritakan pasal mayat tu.hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
atas kubah tu yang bonjol tu bekas tingkap tapi yang macam rangka atau ranting kering lima batang tu apa ker benda? |
|
|
|
|
|
|
|
yup..pnah dga citer ni dr abng ipau yg bru blek dr umrah dlu..katenya mayat tu x bleh nk bwk trun,kn ...
hot_ice Post at 6-6-2012 22:36
aku pun penah baca kat web mn ntah katanya nih hoax jek. xdpt dipastikan betul atau tak. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by haji_one at 7-6-2012 08:26
Hmm..berlaku kekeliruan ni berkenaan binaan diatas maqam Rasulullah s.a.w yg berbentuk kubur tu. Saya dahulu pun ingatkan yg binaan tu adalah kubur sehinggalah salah seorang guru agama (penasihat ibadah haji) masa musim haji berusaha mendapatkan maklumat sebenarnya mengenai binaan tersebut.
Kisah disebalik objek dan binaan tu ada sebenarnya, pada satu masa dahulu, Madinah pernah dilanda kemarau yg maha dahsyat, sehingga binatang ternakan dan tanaman mati. Kemudian, salah seorang alim ulama' di Madinah Al Munawarrah telah berdoa pada Allah swt agar diturunkan hujan bagi membasahi bumi Madinah yang kontang dan kering tu.
Alim ulama' itu mendapat hidayah dan petunjuk untuk membuka atap bumbung yang setentang dengan maqam Rasulullah s.a.w. Kemudian, sekumpulan pemuda diarahkan untk membuka atap / bumbung dr bahagian luar sehingga langit boleh melihat maqam Rasulullah saw. Sebaik sahaja dibuka bumbung tu, langit menjadi hitam, awan menjadi berat dan hujan turun mencurah2 dan membasahi bumi madinah. Setelah hujan mulai turun, ruang yang terbuka (bumbung) itu ditutup kembalii dengan binaan sekarang ini (seperti didalam gambar) dan diikat untuk mengemaskan lagi binaan tersebut..
Kisah ini ada dicatatkan dalam kitab Siratul Madinah Al Munawarrah (kalau tak silap saya..sebab saya tengok pun pada musim haji tahun lepas - 2011M/1432H dan dibaca tafsirkan oleh guru agama Tabung Haji sebab ianya adalah karangan dlm bahasa Arab). BTW, guru agama tersebut membeli kitab tersebut untuk simpanan beliau.
Lagi satu, kisah2 berkaitan ni ada banyak dibukukan dan boleh dibeli dikedai-kedai buku kat Mekah dan Madinah..cuma nak membaca la problem skit sebab tulisan arab.
Harap dapat berkongsi dan menjawab soalan berkaitan dengan binaan tersebut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by capiloton at 7-6-2012 09:21
besarnya jasa Sultan Nuruddin..
apa jadi dengan 2 orang yang kena tangkap tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# haji_one
logik la kan. klu mayat, melekat camna pun mesti ditanggalkan. klu x, hujan ke nnt, xke air mayat yg akn turun ke bwh?sure ada pakar yg uruskn mayat dak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply haji_one
logik la kan. klu mayat, melekat camna pun mesti ditanggalkan. klu x, huja ...
supernaturalee Post at 7-6-2012 09:12
Sebenarnya, versi cerita ada mayat kat atas bumbung maqam nabi tu hanya datang dr negara kita (dan juga Indonesia)..tapi kalau kita tanya penduduk Madinah mahupun warga patani, indonesia dan lain-lain bangsa yg menetap lama kat sana..semuanya menyangkal dakwaan tersebut.
Masa bersama dengan seorang guru agama kat sana tahun lepas, guru agama ni ada bertanya kat orang tempatan, memang diceritakan pasal kemarau, bumbung dibuka dan hujan..then, memang ada banyak kitab/buku yang dijual kat sana yg menceritakan tentang ni. Masalah berlaku bila orang kita tak mengunjungi kedai2 buku dan tidak reti membaca bahasa arab..so, takdak orang yg nak temukan jawapan bagi isu ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 16# haji_one
pelik mcmana buleh keluar cite smpi mcm tu skali.
anyway thanx haji utk pencerahan ni semua. |
|
|
|
|
|
|
|
oooo..... thank u hajjjii |
|
|
|
|
|
|
|
Syukran jazilan,Syaikh... |
|
|
|
|
|
|
| |
|