CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4746|Reply: 25

Gunung Berapi Mega Bakal Meletus....

[Copy link]
Post time 6-6-2012 07:27 AM | Show all posts |Read mode
Ramal letusan luar biasa gunung berapi

Saintis jangka bunyinya akan dapat didengar di seluruh dunia

WASHINGTON: Letusan luar biasa gunung berapi dengan kuasa pemusnah kehidupan mungkin berlaku lebih awal daripada yang dijangka, lapor satu kajian saintis.Saintis berkata, gunung berapi mega adalah fenomena  alam semula jadi yang kurang difahami dan cuma menunggu masa untuk berlaku.Sedikit saja gunung berapa seumpama itu wujud dalam dunia tetapi jika satu daripadanya meletus, kesannya amat dahsyat.

Adalah dijangkakan bunyi letusan luar biasa itu akan kedengaran di seluruh dunia, hujan hitam akan turun dan langit berubah menjadi gelap.

Keadaan dahsyat itu cuma sedikit kurang daripada impak asteroid khususnya daripada segi kemusnahan yang berlaku jika ia menghempas bumi.

Gunung berapi besar dipenuhi kolam magma mega yang terbina jauh di dasar bumi. Pada awalnya ia dijangka mengambil masa 100,000 hingga 200,000 tahun untuk membina tekanan mencukupi untuk letusan besar berlaku.

Bagaimanapun, penyelidikan yang disiarkan dalam jurnal online, Public Library of Science ONE, kini menunjukkan proses itu cuma mengambil masa beberapa ribu tahun atau mungkin juga beberapa ratus tahun saja.

Penyelidikan mendapati kolam magma besar mungkin sebenarnya wujud untuk beberapa ribu tahun atau beberapa ratus tahun sebelum ia meletup.

Penemuan baru itu dapat membuktikan berita amat buruk kepada Taman Negara Yellowstone di Amerika Syarikat yang memiliki kolam tadahan magma 9.6 kilometer di bawahnya. Takungan di kolam tadahan itu semakin meningkat sejak tahun 2004.

Taman di Wyoming itu berada betul-betul di atas sekumpulan besar batu lebur kira-kira 480 kilometer sepanjang puncak tertinggi 48 kilometer di dasar bumi. – Agensi



Mungkin bencana inilah yang diramalkan akan berlaku pada bulan disember nanti...kiamat mungkin tak berku tapi ianya akan memusnahkan hampir seluruh kehidupan di bumi. Saya tengok video dlm youtube ramai pnduduk di Amerika telah buat persiapan utk bencana mcm ni...diorg ni dipanggil the preppers...sya skrg ni pun ada gk buat bbrapa persiapan..beli seberapa byk makanan dlm tin,air mineral botol besar...bukan nk apa,dulu bencana letupan gunung pinatubo...harga makanan melonjak naik...risau nnti bila berlaku lagi bencana mcm ni akan menyebabkan pembelian panik,rusuhan berebut makan...sya bukannya mntk bencana ni berlaku,cuma bersedia,kita x tau akan akan berlaku sebenarnya di masa depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2012 08:34 AM | Show all posts
biar betikkk... takutnyeee
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 09:30 AM | Show all posts
br keluar berita semalam
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 09:58 AM | Show all posts
takutnya dgr berita2 camni
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 10:09 AM | Show all posts
minta-minta dijauhkan bencana
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 10:09 AM | Show all posts
katanya 2/3 amerika akan musnah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2012 10:32 AM | Show all posts
Baru tau ka?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 12:01 PM | Show all posts
kalu lagi berapa ratus tahun hmmm biar p lah aku pun dh tkdk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2012 12:02 PM | Show all posts
membayangkan letupan die cam dlm cite 2012 tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 12:08 PM | Show all posts
Bencana alam seperti gunung berapi memang sukar untuk dielakan cepat atau lambat ia akan meletus juga.  Apa yang boleh dibuat ialah bersedia dengan apa saja kemungkinan yang akan terjadi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 12:11 PM | Show all posts
scerinya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 01:33 PM | Show all posts
daripada aku sek rendah lg kuar berita yellowstone ni meletup...smpai nk beranak ni alhamdulillah blm masanya lg..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 02:11 PM | Show all posts
disember ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 02:23 PM | Show all posts
alamak apa patut kita lakukan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 02:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by Ryu-NurESQue at 6-6-2012 14:25

xkan kena kat melaysia....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 02:40 PM | Show all posts
scarynya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2012 04:44 PM | Show all posts
selain yellowstone tu, tak salah satu lagi super volvano kat danau toba, dah dekat sangat dengan malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 04:50 PM | Show all posts
cettt ade ke bulan 12 ni... biar betik... merepek la.... bedio mane bedio,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 08:52 PM | Show all posts
hanya Allah saja yg tahu apa yg bakal terjadi......
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 09:53 PM | Show all posts
pasal yellowstone ini sudah lama dikatakan akan meletup, harap ianya lambat lagi meletus
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.097378 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list