CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1714|Reply: 9

Wanita Hilang Mata Selepas Dikorek Teman Lelaki

[Copy link]
Post time 7-6-2012 04:44 PM | Show all posts |Read mode


Britain – “Saya tidak akan dapat melihat anak-anak saya lagi’ itu luahan seorang wanita yang kehilangan kedua belah matanya selepas dicungkil oleh teman lelakinya yang panas baran dalam serangan 12 jam yang disifatkan polis sebagai mengejutkan.

Selain hidung dan rahangnya patah, mata Tina Nash, 31 telah dicungkil keluar oleh Shane Jenkin.


Biarpun selama ini Tina sering dibelasah namun serangan pada April tahun lalu di rumahnya di Hayle, Cornwall, amat menakutkan sehingga wanita itu tidak sedarkan diri.


Tina dirawat selama sebulan di hospital namun doktor gagal menyelamatkan matanya.

Menurut Jenkin, selama ini dia bersabar dengan perangai lelaki berkenaan malah pernah membantu beberapa kali membebaskan Jenkin daripada penjara atas pelbagai kesalahan.


“Saya hanya boleh bermimpi dapat melihat semula ketika tidur namun apabila bangun, semuanya hilang.

“Saya seperti dikebumikan hidup hidup dan berasa diri seperti hantu. Boleh mendengar suara orang namun tidak boleh memandang biarpun anak-anak sendiri. Ia sesuatu yang sukar dan saya telah kehilangan dunia,’’ katanya.


Dalam pada itu, Jenkin, mengaku salah atas tuduhan dengan senjaga menyebabkan kecederaan parah ke atas Tina dan hukuman ke atasnya akan dijatuhkan tidak lama lagi.


Jenkin yang terkenal dengan sikap baran itu telah diharamkan daripada memasuki beberapa buah pub selepas menumbuk polis dan pemilik bar.

Malah dia dikenali di ramai kerana akan membelasah sesiapa yang membangkitkan kemarahannya dan pernah cuba mencungkil mata seorang lelaki.


Selain itu Jenkin pernah dipenjarakan selama 10 bulan kerana memukul dan memijak kepala seorang lelaki sehingga mengalami kerosakan otak selepas beberapa kali dipijak lelaki gila itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2012 05:00 PM | Show all posts
boleh tak hukuman korek mata laki tu kasi kat pompuan tuh...konpem pompuan tu boleh melihat semula
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 05:06 PM | Show all posts
kejam sungguh:@
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 05:17 PM | Show all posts
sendiri cari penyakit. dah tau laki panas baran, lagi mau stay..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 05:29 PM | Show all posts
Berikan mata lelaki itu kepada wanita itu. So jaht lelaki itu, ataupun semoga lelaki itu akan kehilangan matanya seperti dalam cerita Final Destination tu~
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 05:41 PM | Show all posts
x boleh bayangkan mcm mana perempuan tu kesakitan masa mata dia dikorek. kejap gila jantan tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2012 05:56 PM | Show all posts
penglihatan adalah nikmat yang terindah di dunia. sangat2 bersimpati pada saudari kerana dilahirkan dalam melihat tapi dirampas penglihatan itu oleh manusia yang berlagak seperti tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 05:58 PM | Show all posts
Dunia skrg...sungguh tak terjangkau akal dan pemikiran...Lps ni apa pulak yg dikoreknya..haishhh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2012 06:08 PM | Show all posts
Ngerinya... mesti dia trauma sepanjang hayat
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 12:02 AM | Show all posts
gler lejam laki tu.... scary2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.445570 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list