Seorang pelajar India yang berukuran lebih sedikit dari dua kaki telah disahkan sebagai wanita terpendek di dunia oleh Guinness World Records.Gelaran itu sebelum ini dipegang oleh Bridgette Jordan.Cik Jyoti Amge dengan ketinggian 62.8cm (24.7in) dianugerahkan gelaran ini ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 18 hari ini, 16 Dis.Pada tahun 2009, dia dinamakan sebagai remaja terpendek di dunia dengan ketinggian 61.95cm.
Berpakaian sari tradisional, Cik Amge berdiri di atas kerusi di sebelah tempat duduk Rob Molloy, pengadil rasmi untuk Guinness World Records, sambil memotong kek hari jadinya."Selaras dengan garis panduan kami, Jyoti diukur tiga kali dalam tempoh 24 jam oleh doktor," kata Guinness
World Records.Cik Amge telah menghadiri sekolah sejak dia berumur empat tahun dan baru sahaja selesai mengambil peperiksaan sekolah tinggi.
Cik Amge merancang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti sehingga menggenggam ijazah.Gadis ini juga mengimpikan untuk menjadi pelakon Bollywood.
|