Ramai wanita sekarang berebut untuk mendapatkan '**** mamak'. **** mamak yang dimaksudkan ni bukan yang korang pikir, ia adalah sejenis tumbuhan/buah yang dinamakan '**** mamak' atau nama saintifiknya 'samanea saman'.
Buah **** mamak ini dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit termasuklah darah tinggi dan kencing manis. Namanya mungkin sangat kurang sopan jika disebutkan namun khasiatnya amatlah bernilai. Hai, buah punya khasiat, mamak punya anu dapat nama.
Orang Perlis memanggil buah ini sebagai BUAH **** MAMAK . Anda pernah makan buah ini ? Buah ni masa mudanya hijau, bila masak berwarna hitam.Kalau nak makan dipecahkan kulitnya, isinya kehitam-hitaman,berlapis2 macam asam keping,rasanya pahit2 manis.Kata orang tua2 bijinya boleh dibuat obat kencing manis. orang sekarang dah tak reti makan buah **** mamak walaupun mai dari kampung. kehadiran bunga **** dari pokok yang sama menandakan buah **** sudah sedia untuk dipetik.
Ia dikatakan berasal dari Kepulauan India . Di Malaysia , ia membiak liar di pinggir hutan dan jalan. Ketinggian pokoknya boleh mencapai sehingga 50 meter. Ia dikategorikan sebagai buah-buahan bermusim iaitu di antara bulan Ogos hingga Oktober. Pokoknya boleh ditanam dengan menggunakan biji benih dan keratan batang. Kebiasaannya isi buah ini dimakan mentah dan bijinya direbus untuk dijadikan penawar kepada penyakit kencing manis.
"Buah **** Mamak : Buah ni memang hitam, keras, panjang, kalau jatuh kat tanah yang lembut biasanya ia akan terpacak. Mungkinlah dek sebab 'doctrine signature' sebegini yang menyebabkan ia di kenali sebagai **** Mamak. Dikatakan biji dia diproses untuk dapatkan minyak, dan digunakan untuk mengurut 'anu..... supaya gagah dan terjaga. Kiranya **** Mamak ni memang herba untuk lelaki"...