Hotel kapsul ini adalah penginapan berbentuk unik yang dibangunkan untuk para lelaki Jepun yang terlalu sibuk untuk pulang. Hotel-hotel terdiri dari blok-blok individual kecil, di mana tempat tinggal berukuran peti menyimpan mayat dengan ruang yang cukup untuk tidur.
Kemudahan yang terdapat dalam penginapan ini termasuk TV, sambungan internet wayarles, cermin dan jam penggera.
Kapsul yang ditutup dengan pintu atau kemudahan tirai dan bilik mandi biasanya bersama. Kunci loker biasanya disediakan untuk setiap tetamu untuk menjaga keselamatan barang yang diletakkan di loker di luar kapsul.
Bayaran sewa menginap di hotel kapsul ini adalah sekitar 2,500-4,000 Yen satu malam. Hotel ini dikatakan hotel budget murah buat orang Jepun.Hotel Kapsul juga popular di kalangan pelancong tetapi dengan anggaran terhad.
betul idea yg sgt bagus utk letak kat airport...utk backpacker traveler mcm aku...ni mungkin the best option...drpd asik sesat tgh2 mlm wandering kat jalan cari hotel tak jumpa2...