CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11796|Reply: 56

Kisah Tali Gantung Dan Banduan Terakhir

[Copy link]
Post time 24-6-2012 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Kisah Tali Gantung Dan Banduan Terakhir | Kita selalu mendengar tentang hukumangantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati.




Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.


Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang. Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan. Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.



APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan selatas kelulusan pegawai yang bertugas. Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri. Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi. Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam. Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza. Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat. Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’ Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.



HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.


Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.



BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.


Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah. ‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel. Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.


‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2012 10:03 AM | Show all posts
Budget hidangan terakhir RM7.50 je? Tak dpt la nak order steak atau pon lobster

Tapi teringat cerita cikgu saya dulu, makanan banduan akhir ni tidak dibenarkan ada tulang. Misalnya, kalau minta ayam goreng... Isi je akan dihidangkan, tulang tu dibuang. Hmm Entah betul ke tidak
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 10:52 AM | Show all posts
ngeri pulak baca info kat atas...
semoga kita dan keluarga dijauhkan dari perkara2 spt ini..amin
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 11:35 AM | Show all posts
berdebar2 siot baca ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 12:32 PM | Show all posts
seriau giler .....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 12:49 PM | Show all posts
aku rase sedih sgt...sayu jek hati...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2012 02:05 PM | Show all posts
Rasa sedih & seriau sekaligus bila baca. Sungguh, hukuman mati ni bukan senang pada yang dihukum dan menghukum. Semuanya dilakukan dengan teliti.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 02:29 PM | Show all posts
tetiba plak aku rasa sayu bila ada yg minta pen & kertas utk tulis nota terakhir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2012 03:16 PM | Show all posts
Sadis sungguh akhir riwayat hidup seorang penjenayah tapi masih tak ada yang serik walaupun sudah tahu apa hukumannya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 03:18 PM | Show all posts
giler serammm....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 03:22 PM | Show all posts
kesiannyer ya... sayu jer baca...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 04:34 PM | Show all posts
TT, thank you so much for sharing this info...

Bila membaca... terasa amat memberi kesan di dalam sanubari....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 04:37 PM | Show all posts
Penah org post benang hidangan terakhir sebelum ke tali gantung...good info
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 04:37 PM | Show all posts
Memang sangat sedih. Lebih sedih juka banduan ni tidak bersalah eg dia telah di'frame'. Hanya Allah xaje yg tau perasaan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 04:54 PM | Show all posts
takut sedih sayu semua ada....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 09:16 PM | Show all posts
slOwly jer aku baca pOsting pasal ni...
terasa sayu jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2012 08:29 AM | Show all posts
seriau terasa di hati...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 08:53 AM | Show all posts
berdebar-debar rasa bila membaca sambil membayangkan setiap langkah hukuman ni...

Mesti sedih sangat bagi ahli keluarga pesalah ni...

Apa-apa pun, takziah pada yang telah pergi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 09:25 AM | Show all posts
terus teringat cerita Norish Karman tajuk dia tak berapa ingat.   Kalau tak silap Tersungkur di pintu syurga kot...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 09:27 AM | Show all posts
kisah yang menginsafkan..namun ramai lagi penjenayah tegar yang tak ambil iktibar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.162764 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list