View: 2121|Reply: 1
|
MInta Bantuan - Langkah Seterusnya Selepas Kertas Kerja Kita Diterima
[Copy link]
|
|
As salam, Mula-mula saya nak bgtau saya budak baru belajar dlm bidang keusahawanan ni. Sebelum ni pernah wat bisnes tetapi secara tak formal, atas dasar kawan-kawan so takde black and white.
Kali ni lebih serius, dah daftar syarikat dengan SSM bulan Januari 2012, akaun semasa syarikat pun dah buka, buku cheque semua dah dapat.
Terbaru, saya telah hantar kertas kerja tentang perkhidmatan yang saya tawarkan kepada sebuah syarikat GLC. Alhamdullilah, kertas kerja saya mendapat feedback dari syarikat tersebut. Perkhidmatan saya ialah PROGRAM PENDIDIKAN DAN MOTIVASI utk syarikat tersebut.
Program dijangka bermula bulan Julai ni hingga Oktober. Setiap bulan diorang nak buat program ni pada hari Sabtu untuk kakitangan mereka. Seminggu sekali.
Saya blur bila memikirkan, program ni berlangsung setiap bulan, dan kos adalah berbeza mengikut jumlah peserta yang telah dikirimkan oleh pihak syarikat.
Jadi saya nak tanya, memandangkan kertas kerja dah hantar, pihak sana kata OK ngan program ni. Apa langkah seterusnya yang saya perlu buat.
1. Perlu keluarkan invoiskan?
2. Saya kena minta syarikat bayar deposit ke? berapa percent? deposit di masukkan dalam akaun syarikat? ada sebarang surat ke perlu dilekuarkan sebagai tanda black and white dua-dua pihak.
3. Bayaran bulan berikutnya macam mana pula? saya kena keluarkan invois baru ke? atau ada surat lain?
Mohon tunjuk ajar supaya program ini berjalan dengan lancar dan nampak pro. Maklum la saya baru berdaftar syarikat, projek dah mula masuk skit2..
Thanks... |
|
|
|
|
|
|
|
Payment akan bergantung kepada perjanjian dengan syarikat tu le.Dalam kertas kerja ada tak?Kalau x ada kena htr quotation le n then dalam quotation letak le terms of payment ie sebulan selepas tamat ke etc |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|