About:
Cerita tentang seorang gadis kampung bernama Anggun, yang berusaha untuk mencari adiknya yang hilang, Juwita. Description:
Pencarian Anggun secara tidak langsung telah meletakkan Anggun di dalam satu kelompok manusia penuh glamor, tetapi mampu membawa bahaya dan padah sekiranya dia tersilap langkah.
KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2012: Pertama kali membawakan drama bernaskhah berat, aktres Lisa Surihani akui agak sukar untuk membayangkan situasi yang serius yang terpaksa dilaluinya dalam drama bersiri berjudul, Mana Hilangnya Juwita.
Pun begitu, Lisa Surihani berkata, dia cuba sedaya upaya untuk memahami penderitaan yang dialami Anggun - watak yang dibawakannya di dalam drama bersiti tersebut yang kehilangan seorang adik bernama Juwita.
"Mana Hilangnya Juwita merupakan sebuah drama yang berat dan memaparkan isu-isu berat serta masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat serta dunia realiti hari ini.
"Namun, andai ianya terjadi pada diri saya sendiri, pasti saya akan berasa bimbang dan sanggup berbuat apa saja untuk mencari adik kandung saya.
"Cuma apa yang sukarnya adalah apabila saya perlu membayangkan bertapa seriusnya situasi yang berlaku dalam drama ini.
"Boleh dikatakan, dalam pencarian mencari Juwita, saya menghadapi pelbagai babak kehidupan sosial yang agak serius seperti terpaksa pergi ke rumah pelacuran yang saya sendiri tidak pernah alaminya," katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my
Drama bersiri Mana Hilangnya Juwita, 15 episod bakal ditayangkan di Astro Ria mulai 9 Julai ini, pukul 10 malam.
Selain Lisa, drama yang diarahkan oleh Joeza Rasidi turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Erra Fazira, Datin Umie Aida dan Zahiril Adzim.
Pertama kali digandingkan dengan Zahiril Adzim dan Umie Aida, Lisa Surihani akui agak gementar dan dalam masa yang sama gembira kerana dapat menimba pengalaman baru.
"Saya dan Bob (Zahiril Adzim) sudah lama kenal, namun baru pertama kali digandingkan bersama dengannya. Saya tahu dia seroang pelakon teater yang punya cara lakonan dan pemahaman yang agak berbeza dan ia membuatkan saya lebih gementar.
"Tapi saya seronok kerana dapat mendalami ilmu lakonan dengan dia, begitu juga dengan Umie Aida punya lebih berpengalaman dalam bidang lakonan," jelasnya.
Bercakap mengenai wataknya sebagai Anggun, Lisa menceritakan, Anggun adalah seorang kakak yang sangat bertanggungjawab serta mempunyai misi mencari adiknya, Juwita di Kuala Lumpur.
"Menetap di sebuah kampung di Johor, Anggun terpaksa mencari adiknya di Kuala Lumpur yang sudah dua minggu hilang tanpa khabar berita.
"Kisah bermula di Kuala Lumpur, apabila Anggun berhadapan dengan pelbagai situasi dan masalah sosial yang berlaku sebelum menjumpai adiknya," ceritanya secara ringkas.
Lisa masih lagi menjalani penggambaran Mana Hilangnya Juwita yang baru sahaja selesai episod empat dan akan meneruskannya sehingga Ramadan ini.
“Mana Hilangnya Juwita” adalah sebuah drama aksi 15 episod dibawah arahan Joeza Rasidi terbitan produksi Padi Pictures Sdn Bhd yang memfokuskan kisah penculikan yang seringkali terjadi di komuniti kita.
Drama 15 episod menceritakan tentang Anggun yang mencari Adiknya Juwita sehingga sanggup datang ke Kuala Lumpur setelah beberapa hari tidak dapat dihubungi. Namun dalam perjalanan mencari adiknya, dia menemui pelbagai halangan sehingga membawa dirinya ke Balai Polis. Setelah merasakan kesukaran tersebut, dia bertindak meminta pertolongan bekas kekasihnya Haider untuk menjejaki Juwita.
Menurut Joeza Rasidi yang ditemui di Sidang Media drama “Mana Hilangnya Juwita”, bertempat di U8, Bukit Jelutong Shah Alam semalam, isu tersebut dijadikan tema filem untuk menarik perhatian penonton di samping dapat memberikan pengajaran.
Walaupun isu yang dikaitkan agak sensitif, namun Joeza berpendapat bahawa drama tersebut boleh menjadi pembuka mata masyarakat dengan emosi yang dipaparkan dalam filem.
Beliau menyambung lagi, barisan pelakon dipilih setelah skrip cerita disiapkan manakala pemilihan pelakon dibuat berdasarkan bakat dan keserasian pelakon dengan watak yang ada. Drama “Mana Hilangnya Juwita” merupakan kali pertama Joeza mendapat peluang bekerjasama dengan nama besar seperti Erra Fazira dan Umie Aida.
Selaku pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani turut menambah bahawa nama besar bagi seseorang artis itu dipilih bertepatan dengan drama yang bakal ditayangkan ini.
“Selain kualiti produksi yang bermutu tinggi serta garapan jalan cerita yang bagus, kekuatan sesebuh drama diukur dari pemilihan pelakon yang memang sudah terkenal dengan bakat yang ada.”
“Ini kerana mereka mampu untuk menyampaikan apa yang pengarah cuba ceritakan kepada penonton.”
Nizam turut menambah sokongan padu yang diterima dari para pelakon hebat ini ditambah dengan garapan cerita yang pastinya menarik perhatian, pasti memberikan kelainan kepada drama terbitan Astro untuk diikuti.
Antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah artis eksklusif Astro, Lisa Surihani. Selain daripada itu pelakon lain adalah Zahiril Adzim, Azhan Rani, Syazwan Zulkifli, Raja Ilya dan tidak ketinggalan, Diana Johor.
SHAH ALAM: Drama bersiri terbaru iaitu Mana Hilangnya Juwita bakal mengangkat tentang kejadian penculikan yang sering berlaku dalam masyarakat.
Pengarahnya iaitu Joeza Rasidi berkata, elemen itu dijadikan sebagai plot utama agar jalan cerita yang ditampilkan lebih menarik malah dapat memberikan iktibar kepada penonton.
"Banyak elemen dalam drama 15 episod ini kita masukkan perkara-perkara yang pernah terjadi dan disiarkan dalam akhbar tetapi diolah menjadi lebih menarik.
"Ia sedikit sebanyak dapat memberikan pengajaran kepada penonton," ujarnya semasa sidang media drama bersiri itu di sini, Isnin.
Mana Hilangnya Juwita bakal menemui penonton pada 9 Julai ini, pukul 10 malam di Astro Ria.
Dalam pada itu, Joeza berkata, dia agak gemuruh apabila dapat bekerjasama dengan tiga pelakon hebat iaitu Erra Fazira, Datin Umie Aida dan Lisa Surihani yang mempunyai kehebatan masing-masing.
Joeza bagaimanapun berkata, ketiga-tiga pelakon itu cukup profesional dan mudah bekerjasama dengan mereka.
"Walaupun mereka adalah antara pelakon yang terbaik, sikap profesional dan mendengar arahan daripada saya sebagai pengarah adalah cukup istimewa. Tidak sukar bekerjasama dengan nama-nama besar seperti mereka," ujarnya.
Selain tiga pelakon wanita tersebut, antara pelakon lain yang turut terlibat sama adalah Zahiril Adzim, Azhan Rani, Raja Ilya dan Diana Johor.
Drama Mana Hilangnya Juwita mengisahkan tentang Anggun yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari adiknya, Juwita yang hilang.
Namun perjalanannya untuk mencari adiknya mengundang pelbagai kisah yang membongkar mengenai misteri kehilangan Juwita.
OK la tuh. Daripada rancangan hiburan yang memanjang kat saluran Astro Ria, tambahan pula cerita Indon yang memanjang episodnya, salah ke drama tema serius berat letak kat saluran tersebut?
KEKUATAN drama bersiri aksi sebanyak 15 episod, Mana Hilangnya Juwita arahan Joeza Rasidi bukan sekadar mesejnya sebaliknya ia turut menggandingkan tiga aktres hebat tanah air iaitu Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-15 dan 18 (filem Soal Hati dan Hingga Hujung Nyawa), Erra Fazira; Pelakon Wanita Terbaik FFM16 (Embun), Umie Aida dan Pelakon Wanita Terbaik FFM23 (Lagenda Budak Setan), Lisa Surihani.
Dalam drama terbitan Padi Pictures Sdn Bhd untuk siaran Astro ini, Lisa memegang watak utama iaitu Anggun yang mencari adiknya bekas model sambilan, Juwita yang hilang; Artis Eksklusif Astro, Erra pula sebagai pemilik agensi model, Dewi Serena dan Umie sebagai pegawai polis, Yuni.
Selaku pengarah berpe�ngalaman, Joeza berkata, dia tidak ada masalah bekerjasama dengan tiga aktres hebat yang juga nama besar dalam bidang seni tanah air itu.
“Ia kali kedua saya bekerja dengan Lisa, tapi dengan Umie dan Erra
pula baru kali pertama kami bekerjasama.
Namun, ketiga-tiga aktres ini memberikan komitmen terbaik sepanjang penggambaran.
“Jika nak diikutkan, cara saya bekerja dengan mana-mana pelakon sama ada hebat atau tidak tetap sama iaitu kami akan berbincang terlebih dulu mengenai karakter masing-masing sebelum penggambaran dimulakan. Ketiga-tiga aktres ini cukup profesional ketika di lokasi dan ia memudahkan penggambaran dijalankan dan juga berpuas hati dengan prestasi lakonan mereka,” katanya.
Ditanya sama ada drama Mana Hilangnya Juwita berdasarkan cerita benar, Joeza berkata, memang drama itu mendapat inspirasi daripada pelbagai kejadian jenayah dan penculikan yang berlaku di negara ini.
“Maaf, saya tidak maksudkan mana-mana kejadian jenayah dan penculikan tertentu kerana tidak mahu menjejaskan sensitiviti segelintir pihak di luar sana.
“Apapun, banyak elemen yang dimasukkan dalam cerita ini berdasarkan kejadian jenayah yang pernah berlaku dan mendapat liputan di akhbar tetapi kami olah semula menjadikan jalan ceritanya lebih menarik. Apa yang penting, kami hasilkan cerita ini supaya dapat memberi impak dan pengajaran berguna pada penonton,” katanya.
Selain tiga aktres terbaik, drama ini turut dibantu barisan pelakon iaitu Pelakon Harapan Lelaki FFM22 (Kami The Movie) iaitu Zahiril Adzim; Azhan Rani (Rizal Hamzah), Syazwan Zulkifli (Loko), Raja Ilya (Bella) dan Diana Johor (Misha).
Joeza ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Mana Hilangnya Juwita yang berlangsung di Jelutong, Shah Alam, di sini, baru-baru ini. Hadir sama, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani dan penerbit drama ini, Nor Aliah Lee.
Berkongsi lanjut mengenai drama itu, akui Joeza, dia turut berdepan dengan cabaran tersendiri sepanjang penggambaran drama itu.
“Antara babak yang paling susah dan mencabar ialah perjalanan Anggun ketika mencari adiknya Juwita yang hilang. Selain itu, untuk menyiapkan babak ‘pergaduhan’ kerana ia cerita aksi dan penyiasatan ala CSI.
“Setakat ini, pihak kami baru menyiapkan penggambaran sebanyak lima episod dan penggambaran akan disambung semula selepas majlis pelancaran ini. Penggambaran bermula sejak akhir Mei lalu dan membabitkan lokasi sekitar Klang, Pelabuhan Klang dan Hulu Langat,” katanya.
Sementara itu, Nor Aliah pula berkata, pihaknya memilih tiga aktres terbaik itu iaitu Lisa, Umie dan Erra untuk beraksi dalam drama berkenaan, sejak akhir tahun lalu.
“Skrip drama ini bagus dan sebab itu kami ingin gabungkan aktres yang bagus juga untuk memantapkan drama ini. Dari segi pemilihan karakter pula memang
kami pilih yang sesuai dan tepat untuk dilakonkan seseorang pelakon itu
mengikut jalan cerita drama ini,” katanya.
Mana Hilangnya Juwita menceritakan mengenai Anggun yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari adiknya, Juwita yang hilang. Namun, perjalanannya untuk mencari adiknya mengundang pelbagai kisah yang turut membongkar misteri kehilangan Juwita.
Tayangan perdana episod pertama dan kedua drama bersiri ini bakal menemui penonton jam 10 malam pada 9 Julai ini di saluran 104, Astro Ria. Manakala, episod ketiga dan selanjutnya akan ditayangkan setiap Isnin, jam 9 malam.