CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2256|Reply: 6

Masjidil Haram Menjelang 2020.

[Copy link]
Post time 4-7-2012 02:09 PM | Show all posts |Read mode
[size=85%]Wajah Masjidil Haram bakal berubah dengan mendadak menjelang tahun 2020. Ketika ini projek pembinaan master plan Masjidil Haram Fasa 1 sedang giat dijalankan. Adakah anda tahu apakah yang bakal dibina pada bangunan yang mengelilingi kiblat umat Islam dunia kelak? Rancangan pembinaan yang dihasilkan oleh firma pembinaan ATKINS ini tertiris ke internet lebih kurang 3 tahun yang lalu. Pihak kerajaan Saudi suka merahsiakan rancangan permodenan Masjidil Haram kerana apa yang mereka rancangkan mendatanagkan kontroversi. Bangunan luaran Masjidil Haram yang ada sekarang akan dimusnahkan. Ianya akan digantikan dengan bangunan berkubah yang dibina daripada konkrit.

Dari tepi kubah ini kelihatan seperti seorang yang sedang sujud. Rekaan kubah gergasi setinggi 80 meter yang terbuka membolehkan makmum melihat Kaabah sungguhpun dari jarak jauh. Rekaan dinding luaran yang ada sekarang dibina ketika kerajaan Ottoman masih memerintah. Tiang yang digunakan untuk membinanya menyukarkan makmum untuk melihat Kaabah dari jarak jauh. Selain itu sebuah pintu gergasi boleh ubah akan menggantikan binaan kerjaan Ottoman ini. Ketika musim haji pintu gergasi akan terbuka sepanjang masa. Ketika musim Umrah pintu boleh ditutup untuk mengawal aliran manusia yang memasuki Masjidil Haram. Apabila siap kelak kapasiti maksimum Masjidil Haram akan meningkat dari 900 000 kepada 2 juta orang.

Fasa pertama ini bakal menelan belanja GBP 13 Billion dan dibiayai keluarga di Raja sepenuhnya dan akan dibina oleh syarikat Saudi Bin Ladin. Buat masa ini fasa pertama hanya akan menambah satu sahaja bahagian Masjidil Haram. Sekiranya perlu rekaan kubah yang sama boleh digunakan untuk sekeliling perkarangan masjid dan mengjasilkan bulatan gergasi. Jika ini dilakukan Masjidil Haram mampu memuatkan sehingga 5 juta pelawat pada satu-satu masa.







kredit blogserius.blogspot.com
  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2012 02:45 PM | Show all posts
semoga cita2 ku utk smpai kesana tercapai ...............
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 02:49 PM | Show all posts
Setiap tahun ada saja tambahan kemudahan kepada para jemaah untuk keselesaan mereka
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 03:45 PM | Show all posts
YA ALLAH bila lah dapat nye jemputan untuk menziarah rumah ALLAH nie.. teringin sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 04:31 PM | Show all posts
teringin nye nak menjejakkan kaki ke sini.....InsyaAllah suatu hari nanti....Aminnnnn ya rabbal a'laminnnn....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 04:32 PM | Show all posts
5 juta pada satu2 masa?! fuh.. berharap aku salah seorang dari 5 juta tu nnt.. amin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2012 04:34 PM | Show all posts
wahhh....aku harap satu hari nanati aku dpt jejak tanah suci ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.143366 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list