CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3217|Reply: 5

Kanibal Di China-Lelaki Kunyah Muka Wanita!

[Copy link]
Post time 4-7-2012 04:20 PM | Show all posts |Read mode






Menggemparkan apabila berlakunya kejadian ngeri apabila seorang lelaki mabuk mengunyah muka wanita , sebelum ini pernah berlaku di Miami dimana seorang lelaki bogel di bawah pengaruh bath salt meratah muka dan di tembak mati... kejadian kali ini pula berlaku di negara China.

WENZHOU – Serangan kanibal terbaru yang mengerikan nampaknya menular ke China, apabila seorang pemandu bas mabuk cuba menggigit muka seorang wanita.

Wanita malang itu memerlukan pembedahan plastik bagi memulihkan kecederaan akibat perbuatan lelaki berkenaan. Menurut media tempatan, pemandu yang dikenali sebagai Dong itu meminum arak terlalu banyak ketika makan tengah hari sebelum kejadian beberapa hari lalu.

Dia kemudian berlari ke tengah jalan raya di bandar raya ini dan berdiri di depan kereta dipandu wanita bernama Du serta menghalangnya daripada bergerak. Dong memanjat ke atas bumbung kereta dan mula menumbuk kenderaan itu, manakala Du yang panik menjerit meminta tolong.

Apabila Du keluar dari keretanya, Dong melompat ke arahnya dan menolak wanita itu hingga mangsa terjatuh di atas jalan raya.

Dong kemudian menggigit muka Du menyebabkan dia yang menjerit ketakutan dan kesakitan, berlumuran darah.

Orang ramai kemudian cuba menarik Du daripada mangsa. Saksi berkata, Dong sudah hilang ingatan kerana enggan melepaskan Du. Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya menahan Dong bagi mengakhiri kejadian itu.

Du dibawa ke hospital dan doktor berkata, dia memerlukan pembedahan plastik bagi merawat hidung dan bibirnya yang cedera teruk akibat digigit lelaki berkenaan.

Kejadian itu berlaku tidak lama selepas satu siri insiden serangan kanibal dilakukan seorang penagih dadah di Amerika Syarikat bulan lalu. – AP

kredit taotauajer.blogspot.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2012 01:13 AM | Show all posts
kat usa pon ada cam ni gak , giler lah zombie sudah datang
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 01:27 PM | Show all posts
trauma perempuan tu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 02:12 PM | Show all posts
Orang kalau dah terlalu mabuk apa pun dia sanggup buat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 02:36 PM | Show all posts
arak punca nya
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 04:07 PM | Show all posts
kenapa kena makan muka? tangan pun leh je di gigit2 kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.145495 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list