Jika diteliti dan diamati secara mendalam, didapati simbol logo pengakap yang diguna pakai oleh Pengakap Malaysia sekarang mempunyai unsur-unsur keagamaan khususnya Kristian sebagai identiti. Secara umumnya, simbol keagamaan Kristian ialah tiga kelopak bunga lili atau dikenali sebagai Fluer-de-lis. Bukti jelas perbandingan dua logo di bawah menerangkan maksud logo tersebut. Manakala lakaran seterusnya menunjukkan evolusi simbol bunga Fleur-de-lis kepada logo Pengakap.
Persamaan Logo Pengakap Malaysia dan Pengakap Sedunia
Lakaran evolusi Fleur-de-lis kepada logo Pengakap
Simbol Fleur-de-lis
Fleur-de-lis pada baju Marie de medici
Terjemahan Bahasa Inggeris daripada “fleur-de-lis” (kadang-kadang dieja “fleur-de-lys”). Fleur-de-lis adalah ungkapan di dalam bahasa Perancis yang memberi maksud Bunga Lili iaitu Fleur (Bunga) dan lis (Lili). Secara tradisional, simbol ini telah digunakan untuk mewakili kerabat raja Perancis. Ia digambarkan sebagai menandakan kesempurnaan, cahaya, dan kehidupan. Menurut legenda, bunga ini dikatakan hasil persembahan malaikat kepada Clovis, raja Merovingian kaum Frank. Pemberian bunga ini dikaitkan dengan simbol penghapusan dosa Clovis kerana beliau telah bertukar memeluk Kristian. Selain daripada itu, Clovis juga telah menggunakan simbol ini kerana tuah bunga lili ini membolehkannya menyeberang sungai dan berjaya dalam pertempuran. Bunga lili menjadi satu pengaruh yang unik kepada simbol-simbol kerajaan beraja di negara-negara Eropah khususnya Perancis dan Sepanyol.
Agama dan Perang
Simbol bunga lili ini telah dijadikan logo pada sepanduk putih oleh Joan of Arc yang menunjukkan tuhan telah memberkati fleur-de-lis menjadi lambang kerajaan Perancis ketika beliau memimpin pasukannya mencapai kemenangan ke atas Inggeris semasa menyokong Dauphin, Charles VII untuk mencari takhta Perancis.
Simbol Fleur-de-lis pada Pope
Susulan daripada kejadian tersebut, Gereja Katolik Rom telah mengatakan bahawa bunga lili sebagai lambang khusus dari Perawan Maria (Virgin Mary). Oleh kerana fleur-de-lis mempunyai tiga “kelopak bunga,” katanya fleur-de-lis juga telah digunakan untuk mewakili Tritunggal Kudus (Holy Trinity).
Oleh itu, penggunaan simbol Fleur-de-lis juga merangkumi simbol-simbol rasmi yang diguna pakai oleh Ketua Paderi Kristian yang bergelar Pope bagi gereja besar Katholik di Vatican, Itali. Penggunaan simbol ini banyak digunakan oleh sebahagian Pope sebagai logo-logo rasmi mereka seperti Pope Vincenzo Raaele Pecci (1810 – 1903), Pope Giovanni Antonio Monthini (1897 – 1978) dan Pope Angelo Geuseppe Roncalli (1881 – 1963).
Simbol Pope berunsurkan Fleur de lis
CREDIT TO: http://apanamadotcom.wordpress.com/2011/06/01/logo-pengakap-dan-unsur-keagamaan-kristian/
sebenarnya saya dulu tak pernah ambil tahu pun pasal pengakap ni sebab mase zaman skola menengah dulu xpernah pun ambil pengakap ..tapi masekat U...saya ambil bdang sejarah dan ambil ko-kurikulum kelanasiswa @ bahasa mudahnye pengakap la...
dlm pengakap saya didedahkan dgn sejarah pengakap & sumelah pasal pengakap..
dalam pengakap ade satu aktiviti angkat sumpah name virgil- pasal mengaku kesalahan & menyesali perbuatan ....tp kami xbuat la virgil ni...cume didedahkansahaja...
pastu tabik pengakap pun kene 3 jari.....kenape 3..adehhhh...kenape x gune5 jari.... meihat pade logo bunge pun nak 3 kelopak..padehal bunge lily ni 6 kelopak....
so far pengakap okeyla...saya paling suke buat gajet dari buluh...dah macam sesi kraftangan pun ade...
sape2 yg pernah terlintas hati/tertanye-tanye pasal pengakap atau ade something yg ingin dsharekan berkenaan tajuk thread ini...meh la sharekan.....bole kite tmbah pengetahuan ...