CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6315|Reply: 32

Hakers Paling Kuat Di Dunia

[Copy link]
Post time 10-7-2012 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Hakers Paling Kuat Di Dunia


Maklumat ini di ambil dari Focus.Com dan hackers dibahagikan kepada dua ketegori oleh website berkenaan iaitu “Black Hat” dan “White Hat”. Bagi maksud artikel ini, hackers merujuk kepada segolongan individu atau kumpulan yang terbabit memecah masuk ke sistem computer individu , syarikat atau pertubuhan dan dikreditkan sebagai penyebab kerugian wang berbillion ringgit serta maklumat penting sejak wujudnya world wide web. Namun, bukan semuanya yang merosakkan dan bertindak atas niat jahat. Maka, dengan itu, kita akan melihat satu persatu Black Hat Hackers dan White Hat Hackers ini.
Black Hat Hackers

Juga dikenali sebagai CRACKERS. Mempunyai ciri-ciri perosak dan biasanya bertindak bagi tujuan keuntungan peribadi. Black Hat Hackers ini lah yang selalu ditangkap bagi kesalahan-kesalahan cyber crimes dan Top 5 untuk kategori Black Hat Hackers ini adalah:-





Jonathan James



Jonathan James adalah juvenil yang pertama sekali dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan hacking ini. Dikenali dengan nama “c0mrade“, Jonathan berusia 15 tahun ketika melakukan kesalahan pertamanya dan 16 tahun ketika menjalani hukuman. Beliau amat terkenal kerana sasaran beliau ialah organisasi yang besar atau high-profile. Ini termasuklah Defense Threat Reduction Agency dan NASA(mencuri software berharga US$ 1.7 juta).





Adrian Lamo


Digelar sebagai “The Homeless Hacker” kerana selalu hack dari kedai kopi, Kinkoatau perpustakaan. Adrian Lamo terkenal kerana berjaya memecah masuk komputer organisasi besar seperti The New York Times, Yahoo dan Microsoft. Lamo ditangkap pada tahun 2003 dan dibebaskan pada tahun 2007. Adrian Lamomenjadi seorang journalist dan speaker selepas itu. Beliau kembali menjadi perhatian media apabila melapurkan kepada kepada pihak berkuasa yang Bradley Manning telah melepaskan banyak dokumen kerajaan yang sensitif kepadaWikileaks.





Kevin Mitnick

Pada usia 12 tahun, Kevin Mitnick telah berjaya melepasi punchcard system di US untuk menerusi social engineering. Kevin mula terlibat dalam network computer hacking pada usia 16 tahun dan telah dengan sendirinya menggelarkan dirinya (self proclaimed) “Hacker Poster Boy“. Oleh kerana sering melakukanhacking tanpa berjaya ditangkap, US Department of Justice pun mengelarkan Kevin Mitnick sebagai “the most wanted computer criminal in United States history“. Pada thaun 1988, Kevin akhir tertangkap dan disabitkan atas kesalahan memecah masuk rangkaian komputer Digital Equipment Corporation dan mencuri perisaian mereka. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga





Kevin Poulsen

Terkenal sebagai pakar dalam hacking talian telefon. Kevin Poulsen juga dikenali sebagai Dark Dante dan mula terkenal kerana hacking talian stesen radion LA,KIIS-FM yang membawa banyak kemewahan kepadanya termasuk membolehkan beliau membeli sebuah Porshea antaranya. Pihak berkuasa mengelar Kevinsebagai “The Hannibal Lecter Of Computer Crime“. FBI amat membencinya kerana suka mencuri masuk ke rankaian komputer mereka bagi mencuri maklumat.Poulsen akhirnya ditangkap dan dipenjarakan. Sekarang Kevin Poulsen menjadi editor di Wired.Com.





Robert Tappan Morris



Anak kepada seorang saintis di Agensi Keselamatan Negara AS, Robert Tappan Morris dikenali sebagai pencipta “Morris Worm” iaitu computer worm yang pertama dilepaskan di internet. Atas sebab itu, Robert Tappan Morris juga mencari orang yang pertama dituduh di bawah Computer Fraud And Abuse Actpada tahun 1986. Beliau sekarang berkhidmat sebagai professor di MIT,Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory.


White Hat Hackers
White Hat Hackers adalaah mereka yang menggunakan skill yang ada pada mereka ke arah kebaikkan. Mereka sering di labelkan sebagai “Ethical Hackers” dan dibayar gaji oleh syarikat-syarikat bagi menguji sistem komputer mereka. Ada yang bertindak tanpa kebenaran atau arahan mana-mana syarikat tetapi tidak bagi kepentingan peribadi mahupun menyalahi mana-mana undang-undang. Namun, yang MENARIK mengenai White Hat Hackers ini adalah ada diantara mereka telah berjaya menemui pelbagai penemuan kejayaan semasa membuat hacking ini. Malah, hasil penemuan itu amat berguna dan disanjungi hingga ke hari ini. Top 5 White Hat Hackers adalah seperti berikut:-





Stephen Wozniak
Stephen Gary “Woz” Wozniak adalah co-founder Apple Computer Co(Sekarang Apple Inc) bersama-sama mendiang Steve Jobs dan Ronald Wayne. Beliau juga dikenali dengan pelbagai nama seperti “Woz”, “Wonderful Wizard of Woz”, “iWoz” dan juga dirujuk sebagai “Other Steve” di Apple Computer (Steve Jobs adalah Steve yang lebih popular ). Steve Wozniak belajar selama setahun di University Of California, Berkeley sebelum berhenti. Beliau kemudiannya mereka Apple I dan Apple II yang membuat dirinya terkenal. Sebagai hacker, Woz bermula dengan hacking beberapa alatan telefon bagi membuat panggilan percuma.





Tim Berners-Lee

Sir Timothy John “Tim” Berners-Lee adalah seorang saintis British dan professor diMIT. Sir Tim Berners-Lee akan sentisa diingati sebagai pencipta World Wide Web. Ini dicapai bersama Robert Cailliau pada tahun 1990 apabila mereka berjaya membuat komunikasi pertama yang berjaya antara Hypertext Transfer Protocol (http) client dengan server menerusi internet. Sebagai pelajar beliau pernah ditangkap kerana hacking di Universiti Oxford dan dilarang menggunakan komputer universiti. Namun, ini tidak menghalang beliau mencipta komputer sendiri dengan menggunakan antaranya tv lama, soldering iron, TTL gates, dan M6800 processor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2012 04:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by eizarz at 10-7-2012 16:23

sambungan....




Linus Torvalds
Linus Benedict Torvalds seorang hacker dan software engineer berasal dari negara Finland. Linus Torvalds paling kenali sebagai orang membangunkan Linux, satu operating system Unix yang popular. Dengan komputer yang ada padanya semasa remaja, beliau pun mula hacking operating system yang ada. Objektif beliau ialah: “I just want to have fun making the best damn operating system I can“. Linus Torvalds mencipta Linux Kernel pada tahun 1991 dengan menggunakan Minix OS sebagai inspirasi.





Richard Stallman
Richard Stallman adalah popular dengan GNU Project yang beliau hasilkan bagimembangunkan OS percuma. Atas sebab ini juga beliau dikenali juga sebagai “Father Of Free Software“. Beliau juga dikenali sebagai software freedom activist. Pada tahun 1985, beliau melancarkan Free Software Foundation. Beliau juga memperkenalkan konsep copyleft satu konsep baru dalam pengedaransoftware secara percuma dan dalam masa yang sama mengekalkan hakcipta sesuatu software yang telah diedarkan itu. Semasa menjadi penuntut di Universiti lagi, Richard Stallman agak kritikal terhadap penggunaan sesuatu barang secara terhad. Beliau benci bila komputer di universiti dilengkapi denganpassword dan selalu bertindak dengan melakukan hacking, membuang password dan memberitahu pelajar-pelajar lain bahawa password telah dibuang.





Tsutomu Shimomura

Tsutomu Shimomura adalah seorang saintis Jepun dan computer security expertyang berkerja di AS. Beliau adalah anak kepada Osamu Shimomura, pemenangNobel Prize (Chemistry) 2008. Tsutomu Shimomura mula menjadi terkenal apabila komputernya di hacked oleh Kevin Mitnick. Bengang dengan Kevin, beliau pun membantu FBI bagi menangkap Kevin.  Namun, dari segi sejarahnya,Tsutomu Shimomura pun bukanlah tidak biasa dengan aktiviti hacking ini. Beliau dikatakan pakar dalam hacking talian telefon AT&T dan mengawasi panggian telefon di talian tersebut.




p/s: best nye klo aku boleh jadi hackers mcm ni...sila delete klo dah ade
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 05:14 PM | Show all posts
haha..terernye..best kan jadik mcm ni..hack kad kredit pon okie juge,,beli beg LV..hahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 06:37 PM | Show all posts
Muka macam tak bersalah je
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 06:43 PM | Show all posts
ooo gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 09:28 PM | Show all posts
xde ke hacker yg ensem
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2012 08:21 AM | Show all posts
Setau aku la, masa aku belajar net security dulu..

black hat ni yang godam sesebuah sistem untuk kepentingan / keuntungan peribadi.
white hat pula yang diupah oleh sesebuah organisasi untuk godam sistem dia sendiri untuk tengok sejauh mana security sesebuah sistem.

please correct me if im wrong, maklumlah dah lama tinggalkan zaman study.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 08:30 AM | Show all posts
aku boleh hack lantai simen je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2012 08:59 AM | Show all posts
diorang nie genius....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 10:29 AM | Show all posts
perghh!~ best nyer kalo segenius dier rang ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 10:53 AM | Show all posts
perrggggghh best giler... umur 16 dah start meng"hack-hack" niee
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 03:02 PM | Show all posts
genius tapi tidak beretika..hurmmm
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 04:20 PM | Show all posts
Ramai hacker muda2 belia lg kan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 01:05 PM | Show all posts
tingat cite Leverage...heheh..dia hack suh bayar bil spital nenek dia...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 01:45 PM | Show all posts
KALAU JADI AKU... AKU XNAK BANYAK2 SAMPAI KANTOI.. NAK SIKIT2 JE.. JANJI LEPAS MAKAN MINUM SAMPAI SETAHUN UDAH !
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 01:45 PM | Show all posts
kalo prasan Black Hat ni.. end up jd org hebat2 skarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2012 03:38 PM | Show all posts
dadapat masuk MEPS punya line kan best... sorg aku ambik seposen jer... fuhhh.. kayo...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 07:58 PM | Show all posts
bagi kawan kisah hackers yang menarik ialah kevin mitnick ngan steve wozniak. Mitnick ni ditangkap sebab cam kat atas bagitau, hack komputer mamat jepun tu.. jadi mamat jepun tu bengang giler.. dia bekerjasama dengan fbi untk trace mitnick ni.. rasanya dekat setahun jugak baru dapat tangkap.. kiranya.. mitnick ni memang power... cam wozniak lak.. dia lebih dianggap sebagai innovator berbanding sebagai hackers dan dia ni tak tertarik sangat kepada duit macam steve job. Jadinya steve job ni menggunakan kepakaran wozniak untuk menghasilkan komputer dan dia menjualnya.. sbb tu wozniak, walaupun pengasas bersama apple, tapi lebih suka bekerja sebagai orang bawahan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 08:30 PM | Show all posts
teringat mamat hensem dlm bloody monday..falcon

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 09:08 PM | Show all posts
muker nerd2 jeh..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.286858 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list