Jutaan tahniah kami ucapkan kepada pelakon cilik negara kita, Mia Sara Nasuha Mohammad Ridhuan, 7, di atas kejayaannya yang dianugerahkan sebagai pelakon termuda dalam Festival Filem Malaysia (FFM) yang juga disenaraikan dalam Malaysian Book Of Records malam tadi.
Mia yang hadir bersama bapanya dan juga pengurusnya berasa gembira dengan anugerah yang diberikan yang berlangsung di Intercontinental Hotel.
Bagi Mia, dia berasa terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mengucapkan tahniah kepada dirinya.
Pelakon cilik itu sentiasa mengingatkan dirinya untuk tidak mudah lupa diri dan akan berusaha dengan lebih gigih di masa hadapan.
Kejayaannya itu banyak dikongsi bersama peminat-peminat di laman sosial Twitternya sendiri.
“Mia nak ucapkan terima kasih pada yg ucapkan tahniah pada Mia. InsyaAllah Mia tak lupa diri. Mia akan usaha lebih gigih lagi masa depan ,” tulis Mia dalam Twitternya semalam.
Menyingkap perjalanan seni Mia, kariernya bermula dengan menjadi model dalam beberapa iklan komersial tempatan.
Dan kerana ramai yang melihat personaliti Mia mampu untuk pergi jauh dalam dunia seni, bakatnya sebagai pelakon kecil diangkat terus dan muncul pertama kali dalam drama Adam Maya.
Semenjak itu, Mia banyak membintangi dalam beberapa filem tempatan dan drama televisyen termasuklah wajahnya banyak terpampang di iklan-iklan majalah dan kaca televisyen.
Setakat ini, Mia sudah pun dianugerahkan dengan tiga anugerah iaitu; Pelakon kanak-kanak terbaik dalam Festival Filem Malaysia 24; Best Kid Actress oleh TV# Kids Awards; dan Youngest Actress Winning Festival Film Malaysia oleh Malaysian Book of Records.
Mia juga pernah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Filem Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2011.
Doa kami, semoga perjalanan seni Mia akan terus bersinar dan mampu mengukuhkan namanya di dalam dunia yang penuh mencabar.
Kredit: http://meanshiney.blogspot.com/ |