CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5307|Reply: 41

100 rentung cuba cedok minyak tumpah

[Copy link]
Post time 15-7-2012 03:28 AM | Show all posts |Read mode
PELABUHAN HARCOURT, Nigeria - Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.

Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.



"Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan," jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.

Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.

Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.

Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak - AFP

Ngerinyer.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2012 03:32 AM | Show all posts
aduiii terus rentung pastu xleh nak cam
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 08:44 AM | Show all posts
punyalah nak ambil minyak tumpah dah tak ingat keselamatan diri masing2.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 10:39 AM | Show all posts
nak amek minyak smpai rentung.. fikir2 kan lahh. kalo aku mmg x amek dh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 10:46 AM | Show all posts
samer jer perangai ngan orang kita...suker barang free!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 10:50 AM | Show all posts
tak tau nak cakap apa..ngeri tengok mayat dah rentung banyak banyak macam tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2012 10:53 AM | Show all posts
mcm yg gambar rentung kat mane tu jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 11:00 AM | Show all posts
budak2 tu yg kesian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2012 12:17 PM | Show all posts
ngeri...rentung habis
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 03:16 AM | Show all posts
mati semut kerana gula.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 07:31 AM | Show all posts
mati semut kerana gula.......
HannahMontana Post at 16-7-2012 03:16



    mati fucuk pun kerana gula...diabetes
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 07:33 AM | Show all posts
mati semut kerana gula.......
HannahMontana Post at 16-7-2012 03:16



    mati pucok pun kerana gula
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 09:49 AM | Show all posts
cmne diorg amik minyak yg tumpah tu?btw,baru ku tau Nigeria ni ad minyak...tp nape sampai minyak tumpah pun nk amik,minyak diorg mahal cam kt gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 09:56 AM | Show all posts
kesian nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 10:15 AM | Show all posts
kesian nyer mati katak jea
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 10:20 AM | Show all posts
kat sana minyak mahal.. so kebanyakkan rakyat dihimpit kemiskinan... even untuk bekalan elektrik pun diorang kena guna generator sbb bekalan elektrik kat sana..kejap2 dimatikan...dan mereka perlu generator..... tu sebabnya diorang dok cedok minyak yang tumpah tu.... apa pun.. takziah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2012 12:54 PM | Show all posts
moral of the story....jangan mencuri
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 01:22 PM | Show all posts
Moralnya jangan le mencuri itu baru kat dunia
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 01:38 PM | Show all posts
mencuri terang terang .... terus tuhan bayar cash kat dunia
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 07:01 PM | Show all posts
ya allah....ngeri sangat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.090870 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list